nuffnang ad

Sunday, 30 December 2012

Jadual baru. Yeay !

Assalamualaikum.

Students asasi kat UiTM Palam ni memang selalu tukar jadual. Sebab kami ni,students asasi sebenarnya menumpang je kat kampus ni. Bangunan asasi pon tak siap lagi. sobs sobs. That's why jadual belajar kitorang bergantung kepada budak degree and diploma.

Kalau budak degree and diploma cuti, paling lambat students asasi akan balik pukul 6:20 petang. Tapi kalau budak degree and diploma ada, kitorang terpaksa la balik lewat. Pak imam siap2 nak azan maghrib,kitorang baru sibuk nak siap2 kemas buku nak balik kolej kediaman. Kadang2 ada kelas malam sampai pukul 10:30 malam tau. Nama pon menumpang kan. *ayat touching*

Tapi, alhamdulillah dah ada jadual baru. yeay! Jadual dulu giler kejam. Hari isnin and khamis, start kelas pukul 8:30 pagi tapi abis pukul 6:20 , 7:20. Hari jumaat pulak, kelas pagi pukul 8:30-10:30 pagi sekali pastu sambung plak pukul 5:30-7:30. Mesti ada yang pikir, "Hek eleh azie ni. ok la tu 2 kelas je ari jumaat. Nak kecoh plak" azie bukannya apa, malas la nak daki tangga maut tu. Penat gilosss turun nek tangga tu.


Yang kotak purple tu library kat PSB tingkat 5. Bangunan tingi2 warna oren tu lah kolej kodiaman pelajar asasi perempuan. Kau tengok. Larat ke nak ulang alik pergi kelas tiap2 ari kalau tangga tinggi cenggitu. -,- Tangga tu ada anak tangga 200++. Orang kata 284,tapi tak pulak azie rajin nak kira satu2. Hoi, tengah letih lepas abis kelas,ingat rajin ke nak kira?

Eh cop, ni entry nak cite pasal jadual kan. Asal banyak cite pasal tangga maut/batu caves/kejayaan tu? back to topic, ni jadual azie yang dulu :


Ni pulak jadual yang baru. :D *sengih lebar2 macam buat iklan gigi darlie*


Isnin dah balik awal and hari khamis ada banyak gap. yeay! :D Hari jumaat pon lecture math dah anjak ke depan,pukul 10:30-12:30 .

Saturday, 29 December 2012

Improvement?

Assalamualaikum.

bosan tak tahu nak cite pasal apa,so this entry is just a short one. :)

azie ni memang suka buat doodle. bile tengok doodle-doodle kat blog2 orang (mostly blog gegirl) , tetiba rasa teringin nak buat sendiri. sebab tu la, gigih godek2 pakcik google sebab nak cari tutorial buat doodle. tapi kebanyakan tutorial yang azie jumpa,azie tak berapa nak paham,sebab tak pandai guna photoshop, so hasil doodle pertama yang azie dapat...

doodle ni azie ada letak kat entry My first doodle ! :D  rasa nak gelak guling2 atas lantai sambil tekan perut, pastu nyorok bawah katil. serius rasa kelakar giler doodle ni. hihi. tangan apa cenggitu tu? tudung pulak, bulatttt je. maklum,saya budak baru belajar,kalau salah,tolong lempang  ajarkan. eh,macam lain la plak bunyinya. dah lupa dah peribahasa ni. huhu.

dan ni, doodle terbaru azie..

ok la sikit kan. tangan takde la kelakar macam yang first tu. -,-

eh eh eh. tudung dah tak bulat dah. yeay! 

 p/s: siapa2 yang tahu kat mana nak belajar buat doodle atau ada tutorial,sila lah bagitau azie ye~ *wink wink*

Wednesday, 26 December 2012

Abang bank buat magic !

Assalamualaikum.

Pagi tadi azie pergi BSN sebab kad ATM rosak. Since last week lagi nak withdraw duit tak boleh. Terpaksa azie makan meggi tau kat palam aritu sebab kad ATM buat hal. Duit dalam purse ada 3 ringgit je tau tak. So, sebelum balik ke palam ni, azie pon pergi la BSN tu nak buat kad baru. Karang ada jugak masuk berita "pelajar UiTM Palam ditemui kebulur dalam bilik disebabkan tak ada duit untuk beli makanan". -,-

Jadi,untuk mengelakkan perkara2 sedemikian*ayat skema*,azie pon pergi lah BSN.Skang kan musim banjir,jadi dengan senang hatinya, pikir, mesti nanti sikit je orang. Tak yah nak tunggu lama2. Sekali,lepas ambik no giliran, hamik kau.Takde maknanya sikit. Semua kerusi penuh! Pastu berderet yang berdiri tau. -,-


Nampak tak? No. sekarang 119. Lambat ya amat la nak tunggu sampai giliran azie.Balik rumah pon sempat lagi guling2 depan tv ni. Sorang2 pulak alahai lamanya buat urusan. Tapi takpe,azie tetap sabar. Tunggu jugak sebab nak buat kad baru .Rela tunggu lama2. 

Lepas sejam stengah tunggu, akhirnya, tibalah *skema lagi sekali* giliran azie. Azie pon cepat2 pergi kaunter 3, pastu bercakap ngan abang kat kaunter tu.

azie              : kad rosak la. Tak boleh nak withdraw.
abang bank : dah tiup-tiup? 
azie              : hah? tiup? tiup apa?
abang bank : tiup mesin atm tu la. kot2 jadi.
azie              : ohh. tak. *dia melawak rupanya. men tiup2 pulak.ingat azie ni bomoh?*
abang bank : tak try gosok?
azie              : hah? gosok apa? *ah sudah. ni ilmu bomoh mana pulak ni kena gosok pulak*
abang bank : gosok kad atm tu la.Macam ni* dia pon gosok dengan pemadam kat tempat cip tu*
azie              : ohh. Tak pernah buat. Lap ngan kain je. 
abang bank : nah,pergi try withdraw,kalau tak jadi, mari sekali lagi kat abang ambik borang.

Azie pon,cepat-cepat la pergi withdraw and.............. jeng jeng jeng! Dah boleh keluar duit! Happy giler wa cakap lu bila duit tu keluar dari mesin. Macam tak pernah jumpa duit pulak dah. hehe. Wahh. Abang bank pandai betul buat magic. Tenyeh je kad ngan pemadam (orang ganung panggil roba) , terus kad boleh guna balik. Tak rosak dah. Hebak hebak. 

Kesimpulannya, azie tunggu lebih sejam stengah kat BSN tu semata-mata untuk tunggu abang bank buat magic dengan gosok kad dengan pemadam...... -,- kalau daku tau,daku gosok sendiri kat umah. sob sob sob.


Tuesday, 25 December 2012

Menang Le Lanun Ranggi Contest !

Assalamualaikum.

Patut lah arini rasa gatal je tangan. ingatkan gatal sebab kena ulat gatal bulu,rupa-rupa nya,gatal sebab nak dapat hadiah! hihi. Alhamdulillah,azie menang contest hencik lanun yang azie join aritu. klik sini kalau nak tengok contest apa.

Tak sangka sebenarnya dapat menang.Alkisahnya,dah 2,3 hari tak dapat bukak blog sebab lupa nak bawak balik broadband,jadi tadi bila abah azie balik,terus cepat2 ambik broadband abah and cucuk kat laptop sebab nak tengok pemenang contest hencik lanun tu. ye lah, nak tengok dialog siapa yang menang. hasilnyaaaaaa~

ni print screen kat blog hencik lanun
dan in shaa Allah azie akan dapat hadiah-hadiah ni :

kalau hadiah tak sampai kat umah, meh kita pakat2 serang hencik lanun dengan bantuan Flying Duchman! :D



Thursday, 20 December 2012

Happy Belated Birthday Syu !!

Assalamualaikum.

Okayh. Entry ini memang khas untuk housemate azie ,iaitu *ayat skema nak mampuih* Nurul Syuhada binti Sulaiman ! Birthday syu dah lama sebenarnya. 16/12/2012 hari tu tapi disebabkan azie buat-buat  busy, arini baru sempat nak wish kat blog ni.

Entry hari yang paling letih tu ,azie ada mention pergi Giant kan? sebenarnya nak pergi beli hadiah untuk birthday girl ni la. hihi. Disebabkan nak beli hadiah, sanggup tau redah hujan,pastu kena kepit pintu bas otometik. tsk. tsk. T_T  Syu,sila hargai hadiah kitorang tu. Sila gantung di tempat yang tertinggi dalam wardrobe anda,ye.

Oh,lupe nak bagitau, azie and housemate kongsi duit beli baju and shawl untuk sparta syu ni. Nak beli baju tu punye la pening. Ye la, 5 orang kan, taste tak sama. masing2 cakap baju pilihan diorang tu cantik. Azie cakap yang tu cantik, housemate lain cakap tak cantik. Housemate cakap baju tu cantik,azie pulak tak berkenan. Dah tu acano? Asyik keluar masuk kedai la jawabnya~ Akhirnya, hanim pilih satu baju biru and we all *omputih u'olss* pon decide nak beli baju tu. Dah penat keluar masuk kedai.

eh eh. lupe sekali lagi. Dasar nyanyuk azie ni. Sepatutnye tepek gambar birthday girl dulu baru lah nak membebel,ye dak? Nah ini dia, azie mempersembahkan..........SYU !

birthday girl! 

azie and housemate. yang atas sekali tu birthday girl. cantik pulak susunan. :D
syu ni blogger jugak tau, tapi lagi otai daripada azie la. azie baru setahun jagung dalam dunia blog ni. sila terjah blog syu ni sekarang ! :)

last but not least, doodle untuk syu! walaupun tak cantik,terima jugak!




Tuesday, 11 December 2012

Hari yang paling letih.

Assalamualaikum.

Haihh. Penat. Siyes. Arini sangat penat. Rasa badan ni semua dah longlai. Rasa nak ponteng kelas je esok, tapi tak boley! :'(

Pagi ni, azie main bola jaring. heh. pelik,kan? azie ni memang jenis tak berapa nak in ngan sukan ni. Bola jaring memang azie tak pernah main pon. Tapi, bila classmate ajak, rasa nak join. Bukannye nak main sangat pon,just want to have fun with my classmates. :) Tapi , sangat malu la kan, tak reti nak shoot bola! hahaha. Dah lah court tu dekat ya amat ngan kolej kediaman lelaki, jadi suara kena kepit. Taknak bagi bising sangat.  Lagipun, kitorang main pukul 6:30 pagi ,tau! nanti kang, main bising2, ada pulak yang jerit 'hoi! aku nak tido la weh.'.

Lepas habis main bola jaring tu, pegi kolam ikan kat belakang fsk 1,5 tu. Macam tasik. Cantik sangat! Sebab belakang tu masih hutan, jadi memang nampak hijau jeee. azie kan suka hijau ,jadi paham2 je la ye. hihi.Ouh, kat kolam ni memang banyak ikan keli, so kitorang memang dah beli 3 bungkus nasi putih,nak bagi makan ikan. Best sangat bila nampak ikan berebut2 nak makan nasi tu. 

Dah habis main bola jaring, jalan2 kat kolam ikan, azie and yana,my classmate a.k.a housemate pon balik umah. Azie pon siap2  sebab lepas tu nak keluar pergi Klang Sentral and Giant. Yana tak ikut. Penat sangat kot. Nak keluar pon satu hal. Time kitorang nak keluar je, mesti ada yang tak kena. Orang ramai giler la. Bas takde la. Hujan la. Macam2 hal. Konspirasi ke apa ni taknak bagi azie and housemate naik bas tu? -,- Bila dah selamat naik tu, tak dapat duduk pula. Peluang untuk duduk tu memang tipis senipis kulit bawang kau tau. Berdiri la kau dalam bas rapid tu lama2 sambil badan terhuyung hayang macam orang mabuk lepas minum air ketum bergelen gelen.

Dah elok2 berdiri tepi pintu tu kan, tetiba je pintu tu terbuka! ah sudah, pakcik driver ni. Nak buka tu,bagi tau dulu,boley tak? azie terkepit tau tak kat pintu tu. kawan2 duk tarik azie, tapi masalahnya,kaki tersepit. Sakit. Sikit. :(

Bab terkepit kaki dah lepas.Ok. Ingat kan boley la naik bas tu dengan aman. Tapi pakcik bas ni. Haihhh. Pakcik, pakcik dah sumbat makhluk bernama manusia dalam bas tu sampai mampat macam tin sardin tau, so boleh tak pandu slow2 ? Naik bas rapid tu dah macam naik roller coaster,tau. So,sape2 yang tak pernah merasa roller coaster sila pergi ke uitm puncak alam. anda hanya perlu membayar seriyal  seringgit sahaja. Sangat murah kan? mak jenab mesti suka naik roller coaster murah,ni.Pak husin pon,kan?*merepek*

ayuh penduduk kampung pisang! jom naik roller coaster~~

Dah sampai kat Klang Sentral tu , jumpe la plak ulat2 tiket yang perangai memang kurang ajar ya amat. 

ulat tiket: Dik,nak kemana dik?
azie : Hah? Tak. Kawan yang nak beli,bukan saya. *sambil tunjuk kat housemate*
ulat tiket: Nak balik mana? Kulim?
azie : Teman kawan je. Taknak beli tiket pon.*time ni dah geram.pastu boley pulak mamat keding tu ikutttt je azie*
ulat tiket: Saya tanye je,nak balik mane?
azie : Takkkk. Saya teman kawan je. *dey tambi, berapa kali nak cakap?*
ulat tiket : Kan senang,cakap je. Orang cina pon boley jawab! *kau dah kenapa babit orang Cina?*
azie: !@#$%^&!@#$ *aku dah jawab la tadi,vangang. -,-*

Lepas dah habis beli tiket, terus jalan pergi Giant. Giant ni dekat je. Tapi kalau nak pergi Tesco,kena lintas highway. Tak sanggup den nak lintas highway. Insurans nyawa tak beli lagi ni. Kang mati katak aku kat situ.
Sampai kat Giant,kat pintu masuk tu je iman azie dah tergugat! bukan sebab ada orang ensem ke apa, tapi nampak mat bangla jual DURIAN! durian uolss. Bau menusuk kalbu weh. Sedap giler bau.  Nak beli,duit tak ada. 4 pek,rm10. Siyes bau dia sedap. Kempunan la nak makan. Time balik tu,tak pandang langsung durian tu. Takut tergoda. >.<

Dah habis beli barang semua, Kitorang pon balik. Time around 2 pm. Pastu baru teringat, pukul 4 ada briefing untuk sukarelawan porgram sukan UiTM. O emm jiiii. :O Sampai umah pukul 3, badan pulak letih giler. Pukul 4 ada meeting tu. Rasa nak tercabut badan. Dah lah pagi tu main bola jaring. 

Untuk sukarelawan tu, azie and linda(housemate) and anith(jiran sbelah rumah) take part bahagian bola keranjang. Sebab tu je yang nak sukarelawan 3 orang. Azie sebenarnya,nak yang Dota. Sambil2 jaga,boley la jugak tengok Dota tu game ape? bunuh2 ke? tumbuk2 ke? best sangat ke sampai lelaki suke giler game tu. 

Kesimpulan kepada esei yang agak panjang ni, hari ini sangat letih ! dah lah letih, badan terkepit kat pintu bas, kena sound lagi. benci ulat tiket! benci benci benci.


Monday, 10 December 2012

Le Lanun Ranggi Contest

Assalamualaikum.

jom join segmen. First time azie join segmen macam ni. Sebelum ni banyak join yang nak tingkatkan followers je. Kali ni tingkatkan kreativiti plak. walopon tahu fail,tapi,tetap nak join!


nak join? boleh boleh boleh. klik sini.


okayh. epic fail tapi at least azie try. >.< kalau nak bace dialog2 yang lagi lawak dan gempak dan menarik kau memang daboom! silelah terjah blog hencik lanun tu ye. :)

[Tutorial] Selesaikan masalah font PS

Assalamualaikum.

ok,tajuk agak.....errrr. azie pon tak tau nak letak tajuk ape. kalau ada cadangan,gitau ye.
sebenarnya, start dari 3 ari lepas,photoshop buat hal. Ntah kenapa tetiba tulisan mak aihhh besar gedabak! walaupon buat saiz 6 pt je, tapi dah macam 60 pt besarnya. Siyes besar wa cakap lu.

Pastu godek2 pakcik google dapat la penyelesaiannya. Senang je. Senang sangat2. Kalau sibuk,boleh mintak tolong adik umur 4 taun yang hingus meleleh tu buatkan. :)

Cara-cara nya:

1) Quit Photoshop.
2) Lepas tu bukak balik PS tu.
3) Then cepat2 tanpa buang masa, terus tekan alt + ctrl + shift serentak. Tekan sampai keluar kotak 'change your settings' . something like that la. 
4)Tekan ok dan taraaaaa! font kembali normal. 

lepas ni,dah boleh gune PS dengan riang gumbira~ hihi

Segmen : Pencarian Blogger Baru

esok cuti,so ingat nak buat sesi BW skit. hihi. jom join segmen akak niera yang kiut ni ! ;)


 jumlah follower sekarang: 144

syarat2 senang je:
1) ada follower tak lebih dari 1000
2) follow blog kak niera dan perwadah
3) letak banner
4) nyatakan jumlah follower sekarang
5 ) link kan ke blog kak niera

top refferal dapat adiah misteri uolss!

senang kan? just like 1 2 3 and done!

cop cop. tarikh last, 31/12/2012 :)

Thursday, 6 December 2012

Tolong bagi cadangan, boleh?

Assalamualaikum.

Nampak tak tajuk? tolong,boleh? sem 2 ni untuk BEL,kitorang kena buat term paper. Ala2 research tu. Masalahnya, azie tak tahu nak buat tajuk apa. :(

Tadi ada discuss, pastu cadang nak buat pasal food. grup azie ada 3 orang, dalam list masing2 ada food. hahhaahah. Nampak sangat memang suka makan. Terbukti. Time discuss untuk term paper tu,sempat lagi bincang nak makan apa lepas kelas. heee~

Malangnya, kumpulan lain dah pilih makanan. 2 group pula tu, jadi takkan la kitorang nak buat benda yang sama juga,kan? then,kitorang tukar nak buat marriage and narrowed topic dia, young marriage. Malang sekali lagi, Madam Turis cakap that topic is too common. Ah sudah! acano ni??

stress!


Madam Turis cakap, untuk pilih tajuk, kita kena tanya soalan2 macam:

is it academic?
boleh buat bahan akademik tak? means bukan benda yang main2 la.

too common?
Adakah benda tu terlalu biasa? Tak payah baca research yang kita buat tu pun,orang ramai dah tahu dah secara jelas tentang perkara yang kita bincangkan tu. -,-

too current?
Benda tu baru lagi ke? Baru rumour2 je,tak konpem lagi, jadi resources agak terhad and belum tentu boleh dipercayai, jadi nak buat reserach pun susah.

haa, susah kan? tak tau nak pilih tajuk apa dah. TOLONG!! tolong,tolong,tolong bagi cadangan.
besar pahala tolong orang dalam kesusahan ni. :) hihi

Tuesday, 4 December 2012

"Segment by NZ: I Tanya U Jawab"


The questions:
  1. Your nickname: azie/zieni/nini/jinny
  2. Do you wish you had another name? If yes, what is it? : nope. mak ayah dah bagi nama yang cukup cantik. :)
  3. Your girl best friend: ramai. at least i think so. >.<
  4. Your guy best friend: no one,i guess.
  5. Your favourite food:tomyam! *mu housemates tau. kan kan kan? ^_~*
  6. Your favourite drink: telan je mana2 air yang azie rasa sedap :D
  7. The one thing you always bring everywhere you go: handphone
  8. Your current favourite song: t-ara cry cry
  9. Your favourite singer: super junior
  10. Your birthday: 19 february 94
  11. The last person you texted or texted you: my beloved father. :)
  12. What does the text say? abah nak pergi jamuan.
  13. Someone you wish to see right now: my bestfriend. :')
  14. Someone you want to apologize to: the same bestfriend :'(
  15. Someone you miss: the same bestfriend again.
  16. What time did you wake up this morning? 6:30 am
  17. How great your life is in 2012 so far? so far so good,because now is just only first week of 2nd sem.
  18. Do you have a pet? If yes what is it and what is the weirdest thing it has ever done? nope.
  19. Where would you have your honeymoon? aiseh. suami pon belum ada. abah tak carikan lagi. hahahah
  20. Do you regret anything from your past? yes. my pmr and spm result. :(
  21. If you could have one superpower, what would it be? invisible.
  22. What is your status? (Single/Taken/Married/Divorced?What?): single mingle. :)
  23. Are you in love? If yes, have you told the person how you feel? can i say it's secret? hihi
  24. The thing you hate the most: any sauce.
  25. The type of people you hate the most:picky.
  26. The last gift a person gave you: tudung. my mum sew it for me. :)
  27. What is your favourite color? of course green. it's obvious. super duper obvious.
  28. Would you take your ex back? no.
  29. Something you can't live without: food
  30. Do you like this segment? yes! at leat release my tension! :D
ni segmen nadrahzulkifly. sape2 nak join, klik sini. :)