nuffnang ad

Wednesday, 26 December 2012

Abang bank buat magic !

Assalamualaikum.

Pagi tadi azie pergi BSN sebab kad ATM rosak. Since last week lagi nak withdraw duit tak boleh. Terpaksa azie makan meggi tau kat palam aritu sebab kad ATM buat hal. Duit dalam purse ada 3 ringgit je tau tak. So, sebelum balik ke palam ni, azie pon pergi la BSN tu nak buat kad baru. Karang ada jugak masuk berita "pelajar UiTM Palam ditemui kebulur dalam bilik disebabkan tak ada duit untuk beli makanan". -,-

Jadi,untuk mengelakkan perkara2 sedemikian*ayat skema*,azie pon pergi lah BSN.Skang kan musim banjir,jadi dengan senang hatinya, pikir, mesti nanti sikit je orang. Tak yah nak tunggu lama2. Sekali,lepas ambik no giliran, hamik kau.Takde maknanya sikit. Semua kerusi penuh! Pastu berderet yang berdiri tau. -,-


Nampak tak? No. sekarang 119. Lambat ya amat la nak tunggu sampai giliran azie.Balik rumah pon sempat lagi guling2 depan tv ni. Sorang2 pulak alahai lamanya buat urusan. Tapi takpe,azie tetap sabar. Tunggu jugak sebab nak buat kad baru .Rela tunggu lama2. 

Lepas sejam stengah tunggu, akhirnya, tibalah *skema lagi sekali* giliran azie. Azie pon cepat2 pergi kaunter 3, pastu bercakap ngan abang kat kaunter tu.

azie              : kad rosak la. Tak boleh nak withdraw.
abang bank : dah tiup-tiup? 
azie              : hah? tiup? tiup apa?
abang bank : tiup mesin atm tu la. kot2 jadi.
azie              : ohh. tak. *dia melawak rupanya. men tiup2 pulak.ingat azie ni bomoh?*
abang bank : tak try gosok?
azie              : hah? gosok apa? *ah sudah. ni ilmu bomoh mana pulak ni kena gosok pulak*
abang bank : gosok kad atm tu la.Macam ni* dia pon gosok dengan pemadam kat tempat cip tu*
azie              : ohh. Tak pernah buat. Lap ngan kain je. 
abang bank : nah,pergi try withdraw,kalau tak jadi, mari sekali lagi kat abang ambik borang.

Azie pon,cepat-cepat la pergi withdraw and.............. jeng jeng jeng! Dah boleh keluar duit! Happy giler wa cakap lu bila duit tu keluar dari mesin. Macam tak pernah jumpa duit pulak dah. hehe. Wahh. Abang bank pandai betul buat magic. Tenyeh je kad ngan pemadam (orang ganung panggil roba) , terus kad boleh guna balik. Tak rosak dah. Hebak hebak. 

Kesimpulannya, azie tunggu lebih sejam stengah kat BSN tu semata-mata untuk tunggu abang bank buat magic dengan gosok kad dengan pemadam...... -,- kalau daku tau,daku gosok sendiri kat umah. sob sob sob.


8 comments:

  1. pernah gak jadi. tapi tanya orang kat kaunter pertanyaan je. xpon pegi kat pak guard. dorang pon pandai gak buat 'magic' tu.. haha~

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde kaunter pertanyaan pon. BSN tu kecik je. mula2 nak tanya pak guard jugak,tapi lepas tengok muka garang semacam. erkk. tak jadi nak tanya. hahaha~

      Delete
  2. hahaha..kesian azie.tips bagus ni..nanti kak intan leh guna kan kalau x leh guna kad

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kesian. tunggu punye lah lama. adesss~

      Delete
  3. adehhhh.. sia2 je tunggu lama2.. nasib baik last2 boleh keluar duit jugak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. nasib baik. kalu tak? kebulurrrr

      Delete
  4. haha. agaknya dah ramai pernah jadi macam tu,sebab tu abang tu suruh tiup la,gosok la. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknye lah kan. hihi. lepas ni, simpan pemadam dalam beg. kad rosak,terus gosok je~

      Delete

hai abang,kakak,adik yang ensem dan gorgeous. komen jangan tak komen ! ^_^