nuffnang ad

Tuesday, 11 December 2012

Hari yang paling letih.

Assalamualaikum.

Haihh. Penat. Siyes. Arini sangat penat. Rasa badan ni semua dah longlai. Rasa nak ponteng kelas je esok, tapi tak boley! :'(

Pagi ni, azie main bola jaring. heh. pelik,kan? azie ni memang jenis tak berapa nak in ngan sukan ni. Bola jaring memang azie tak pernah main pon. Tapi, bila classmate ajak, rasa nak join. Bukannye nak main sangat pon,just want to have fun with my classmates. :) Tapi , sangat malu la kan, tak reti nak shoot bola! hahaha. Dah lah court tu dekat ya amat ngan kolej kediaman lelaki, jadi suara kena kepit. Taknak bagi bising sangat.  Lagipun, kitorang main pukul 6:30 pagi ,tau! nanti kang, main bising2, ada pulak yang jerit 'hoi! aku nak tido la weh.'.

Lepas habis main bola jaring tu, pegi kolam ikan kat belakang fsk 1,5 tu. Macam tasik. Cantik sangat! Sebab belakang tu masih hutan, jadi memang nampak hijau jeee. azie kan suka hijau ,jadi paham2 je la ye. hihi.Ouh, kat kolam ni memang banyak ikan keli, so kitorang memang dah beli 3 bungkus nasi putih,nak bagi makan ikan. Best sangat bila nampak ikan berebut2 nak makan nasi tu. 

Dah habis main bola jaring, jalan2 kat kolam ikan, azie and yana,my classmate a.k.a housemate pon balik umah. Azie pon siap2  sebab lepas tu nak keluar pergi Klang Sentral and Giant. Yana tak ikut. Penat sangat kot. Nak keluar pon satu hal. Time kitorang nak keluar je, mesti ada yang tak kena. Orang ramai giler la. Bas takde la. Hujan la. Macam2 hal. Konspirasi ke apa ni taknak bagi azie and housemate naik bas tu? -,- Bila dah selamat naik tu, tak dapat duduk pula. Peluang untuk duduk tu memang tipis senipis kulit bawang kau tau. Berdiri la kau dalam bas rapid tu lama2 sambil badan terhuyung hayang macam orang mabuk lepas minum air ketum bergelen gelen.

Dah elok2 berdiri tepi pintu tu kan, tetiba je pintu tu terbuka! ah sudah, pakcik driver ni. Nak buka tu,bagi tau dulu,boley tak? azie terkepit tau tak kat pintu tu. kawan2 duk tarik azie, tapi masalahnya,kaki tersepit. Sakit. Sikit. :(

Bab terkepit kaki dah lepas.Ok. Ingat kan boley la naik bas tu dengan aman. Tapi pakcik bas ni. Haihhh. Pakcik, pakcik dah sumbat makhluk bernama manusia dalam bas tu sampai mampat macam tin sardin tau, so boleh tak pandu slow2 ? Naik bas rapid tu dah macam naik roller coaster,tau. So,sape2 yang tak pernah merasa roller coaster sila pergi ke uitm puncak alam. anda hanya perlu membayar seriyal  seringgit sahaja. Sangat murah kan? mak jenab mesti suka naik roller coaster murah,ni.Pak husin pon,kan?*merepek*

ayuh penduduk kampung pisang! jom naik roller coaster~~

Dah sampai kat Klang Sentral tu , jumpe la plak ulat2 tiket yang perangai memang kurang ajar ya amat. 

ulat tiket: Dik,nak kemana dik?
azie : Hah? Tak. Kawan yang nak beli,bukan saya. *sambil tunjuk kat housemate*
ulat tiket: Nak balik mana? Kulim?
azie : Teman kawan je. Taknak beli tiket pon.*time ni dah geram.pastu boley pulak mamat keding tu ikutttt je azie*
ulat tiket: Saya tanye je,nak balik mane?
azie : Takkkk. Saya teman kawan je. *dey tambi, berapa kali nak cakap?*
ulat tiket : Kan senang,cakap je. Orang cina pon boley jawab! *kau dah kenapa babit orang Cina?*
azie: !@#$%^&!@#$ *aku dah jawab la tadi,vangang. -,-*

Lepas dah habis beli tiket, terus jalan pergi Giant. Giant ni dekat je. Tapi kalau nak pergi Tesco,kena lintas highway. Tak sanggup den nak lintas highway. Insurans nyawa tak beli lagi ni. Kang mati katak aku kat situ.
Sampai kat Giant,kat pintu masuk tu je iman azie dah tergugat! bukan sebab ada orang ensem ke apa, tapi nampak mat bangla jual DURIAN! durian uolss. Bau menusuk kalbu weh. Sedap giler bau.  Nak beli,duit tak ada. 4 pek,rm10. Siyes bau dia sedap. Kempunan la nak makan. Time balik tu,tak pandang langsung durian tu. Takut tergoda. >.<

Dah habis beli barang semua, Kitorang pon balik. Time around 2 pm. Pastu baru teringat, pukul 4 ada briefing untuk sukarelawan porgram sukan UiTM. O emm jiiii. :O Sampai umah pukul 3, badan pulak letih giler. Pukul 4 ada meeting tu. Rasa nak tercabut badan. Dah lah pagi tu main bola jaring. 

Untuk sukarelawan tu, azie and linda(housemate) and anith(jiran sbelah rumah) take part bahagian bola keranjang. Sebab tu je yang nak sukarelawan 3 orang. Azie sebenarnya,nak yang Dota. Sambil2 jaga,boley la jugak tengok Dota tu game ape? bunuh2 ke? tumbuk2 ke? best sangat ke sampai lelaki suke giler game tu. 

Kesimpulan kepada esei yang agak panjang ni, hari ini sangat letih ! dah lah letih, badan terkepit kat pintu bas, kena sound lagi. benci ulat tiket! benci benci benci.


4 comments:

  1. pasal bas tu dah nama pon rapid kan?? kalau bawak berhemah jadi la snail bus.. x gitu?? ;p

    kalau terserempak dengan ulat tiket tu, diamkan diri je.. buat macam pekak. jalan je terus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rela jadi snail bas la daripada terhuyung hayang~ hihi
      azie dah diam dah mula2. pastu diorang desak jugak. berasap seyhh layan mamat2 sengal tu

      Delete
  2. ulat tiket yang tanya tu adalah saya. Pelajar Tahun Akhir Sarjana Muda Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan. saya buat part time kat situ.. makan komisyen sekiranya dapat promote awk kemana2 company yang ada. kalo ayat tya cina tu sayalah..
    mamat sengal kan kitorang duk situ carik makan.. kurang2 nya before abes degree saya dah mampu beli honda city baru bawak pegi kelas dik. thanks.

    ReplyDelete
  3. By the way dekat Malaysia ni.. gaji sorang ulat tiket kalah gaji sorang doctor locum. mmg kat klang sentral depa nampak selekeh,, cm bangang but some of them student like you and some also got degree and masters,. their not like ordinary Malay.. because they like business

    ReplyDelete

hai abang,kakak,adik yang ensem dan gorgeous. komen jangan tak komen ! ^_^