nuffnang ad

Thursday, 10 October 2013

no tittle

Assalamualaikum.

sekarang pukul 12:46 pagi,hari khamis malam jumaat.malam yang dulu biasanya aku dah buat kuak lentang atas katil tapi skang kena mengadap buku anatomy.

dah bosan stadi,so aku buke blog untuk study. kononnye la study. padahal 3 jam baru 3 helai slide.

bile orang tanye blajar kat mana and aku jawab "medik kat unisza" , everyone was like "woah! hebatnya" dengar je camtu, aku rasa terbeban. diorang expect semua budak medik bijak padahal malam2 stadi macam hape je. orang lain la. aku kadang2 time datang malas bantai maraton drama. tapi time rajin camni la.blajar sampai pagi.

aku tak paham kenapa mostly anggap medic ni hebat and they will look at us like we're aliens. please la weh kitorang pon manusia. makan nasi,tido terkangkang,mandi sambil nyanyi macam korang jugak.so jangan la nak buat diskriminasi.

lepas tu kutuk belakang cakap budak medic ni manja la, anak emas unisza la,kos korang tak setaraf ngan medik la. aku tak paham. seriously. kenapa perlu cakap budak medik sombong? bukan kitorang yang sombong tapi korang yang buatkan diri korang rasa rendah diri. aku senyum je kat mane2 pempuan lain kos yang aku jumpe tapi diorang takde pon senyum balik. maybe sebab tak puas hati selalu berebut bas.

kalau pasal bas nak tarik muka,then kau beli la bas satu khas untuk kos kau tu. settle.

emosi pulak aku pagi2 buta ni.

adiossss. sayonara.

Monday, 19 August 2013

A1.

Assalamualaikum.

Tetiba malam (pagi sebenarnya. pagi buta nak lagi tepat) ni rasa rindu kat budak2 A1. Bukan malam ni je sebenarnya,sejak habis asasi dulu lagi. Tak tahu kenapa .

Kalau ikutkan dulu,time awal2 masuk kelas A1 tu, azie tak rapat sangat pon dengan budak2 A1 ni tapi lama2,boleh get along. :')

Perangai masing2 buat azie kadang2 rasa nak gelak. Kadang rasa nak marah. Kadang terasa hati. Kadang rasa nak merajuk. Kadang rasa nak ketuk kepala sampai benjol macam shin chan. Tetiba shin chan terlibat. Abaikan.



1)Fiqa bijak sangat. Pandai. Masa test 1 pyhsics dia score 100. Bapak terror kan? azie pon tak tau macam mana dia study sampai score macam tu. azie tak tidur malam before test pon score 80 je. Fiqa jenis orang yang happy go lucky. Senang kalau satu group ngan dia sebab fiqa buat semua yang susah2. Azie and others buat yang simple2 je. haha. thanks fiqa :)


2)Eisya pon pandai. Eisha yang pakai tudung putih tu. Sangat pandai math. Ramai budak2 laki tanye eisya pasal math. Even aiman yang azie rasa dah cukup bijak pon tanye math kat eisya ni. Dengar cite eisya dapat degree math kat ukm. Ke u lain eh? azie lupe . huhu. Azie berkenan betul tengok eisya pakai jubah. lawa2. sebab tu suruh mak jahitkan satu jubah untuk azie. haha. sampaikan raya kali ni mak beli 2 jubah untuk azie. alhamdulillah. :)

3)Eliesa yang kecik molek tu. Hehe. Konon diri sendiri tinggi sangat nak panggil orang kecik. Tapi takpe. Eliesa tak marah,kan? Eliesa sangat cute. Cara dia cakap sangat comel. Macam budak2. That's why la kot bebudak panggil dia adik.


4)Maria yang pakai spek. Suka sangat cari gaduh dengan Raja. haha. Bergurau sebenarnya. Sape yang pernah baca entry ice skating dulu tu, ni lah dia Maria yang pegang azie sampai jatuh. Then azie pegang tangan dia,dia pulak jatuh. haha.

5)Ros yang sorang lagi tu. Sangat ceria! (nampak tanda seru tu?) kalau ambik gambar Ros selalu buat peace. bukan satu tangan je tau. Dua sekali dia buat. Dah jadi trademark. Kamal selalu je perli trademark Ros tapi Ros buat dek je. Alah kamal. Sape je yang dia tak kutuk,kan?


6)Sheera yang tengah senyum comey tu. Arini birthday dia. Azie dah ucap dah kat fb. hihi. Sheera pandai main gitar. Power,kan? Bila tengok sheera main gitar perghhhh. memang beza macam langit dan bumi bila azie main gitar abang azie. Sheera main best! Sampaikan class trip kat cerakah tu pon dia bawak. Sheera main gitar,Hawa nyanyi. Dah boleh buat album dah tu. :)

7)Hazimah yang pakai baju petak2 ni muka dia ada iras2 kakak MDS . haha. Bila tengok hazimah selalu terbayang muka akak tu. jangan marah eh~


8)Farah Hannan tengah buat peace. haiiii. curi trademark ros ke? hihi. Farah orang terengganu juga. Ramai sbenarnya orang ganu kite dalam class A1 ni. Ros , farah, aisyah,me and kamal.

9)Fatimah sangat baik. Kalau dia ada notes2 yang berguna,dia selalu post kat grup kelas. Kalau ada announcement,mesti dia mesej gegirl A1. Sepatutnya fatimah yang jadi class rep. Boleh diharap. hihi


10)Puteri yang tengah buat gaya like a boss tu. gambar ni time diorang buat pre med. Dan in shaa Allah tiga2 awek cun dalam gambar ni akan sambung degree medic . Tahniah. Memang layak la sebab diorang bijak. Puteri pon bijak. Bila azie tanye something mesti dia dapat jawab dengan confident cuma azie ni lalembap.Puteri kena ulang banyak kali baru faham. huhu. Oh ye,puteri orang nogori. den suko benor dengor dia cakap nogori. (aku main hentam,salah cakap slang nogori blakang kira)

11)Hawa yang kat tengah tu pakai tudung merah. For God sake,Hawa sangat cantik bila pakai tudung. Dulu time pegi kelas je hawa pakai tudung, kat luar tak. Rambut dia sangat panjang. Konpius jugak azie,macam mana dia boleh jaga rambut cantik camtu. Nak jugak tahu rahsianya. hihi. Tapi lately,tengok twiitter and facebook hawa,post2 dah semakin ilmiah and hawa pon guna dp yang bertudung. Alhamdulillah. Mungkin Hawa dah berubah. Hawa sangat cantik bertudung. Sangat2 cantik. :')

12)Raja Nurzahratulamani binti Raja Zakaria. Raja takde gambar. laptop azie kena format so takde gambar raja. Gambar ramai2 ada tapi jenuh pulak nak crop bagai kan so bagi special,azie taruh nama penuh Raja. Aci,kan? (kenyit2 mata dan lari sebelum kena lempang) Dulu, kalau pergi kelas,azie akan pergi bertiga. Raja,Yana and azie yang kiut ni. Biasa janji jumpe depan reff pastu gerak sekali pergi kelas. 3 sekawan. pernah sekali tiga2 pakai tudung hijau padahal tak rancang pon. comel. lupe nak ambik gambar.

13)Nurul Amira pon sama sebab dia. Takde gambar sorang. Harap maaf. tapi aisyah, azie nak ucapkan terima kasih la sebab ajar kimia last minit. last minit tu la buat azie paham and dapat jawab final kimia. terima kasih sangat2. :)

14)Aisyah Zubaidi  bertudung labuh. suka tengok aisyah pakai tudung labuh. comel. aisyah pemalu dengan lelaki tapi kalau dengan perempuan,fuhhh. tangan tu macam ketam. skit2 nak cubit orang. tu tangan ke kepit ketam tu haa?

15)Syafinaz yang ganazzzz. finaz memang azie rase nak mintak ampun sangat2. dah sebulan lebih azie beli keropok untuk minah ni sebab finaz suruh pos tapi sampai sekarang tak pos2. takde masa. sebab azie kerja. lepas kerja cuti berminggu2 pulak cuti raya. in shaa Allah finaz,tak minggu ni ,minggu depan. huhu.

16)Athieqah . Athieqah baik. Sopan je. Azie tak tahu nak komen apa sebab thieqah selalu jalan berkepit ngan dayah . haha. Sori sebab tak ambik gambar banyak2. Thieqah ada send mesej raya aritu tapi takde kedit nak balas. Lepas tu bila ada kedit,lupa nak balas. Seminggu lebih baru ingat mesej dia tapi takkan nak balas jugak,ye tak? huhu. sori thieqah. tahun depan in shaa Allah Azie mesej raya kat thieqah! :D

17)Hidayah Gamello. Nama fb azie bagi kauuuu~ curlassss gitu. nak cite apa ek pasal dayah. ayat dah panjang untuk orang lain plus pagi buta. dah pukul 2:12 pagi skang ni so otak blur nak cite apa. papepon,dayah cantik lagi gojesss.

18)Mashalida. lecturers selalu sangat tersalah sebut nama masha. Ada yang sebut mas-ha-lida. Padahal masha-lida. Macam nama azie la. Selalu je orang sebut a-zi-yey-ni. padahal a-zi-ni je. e tu dah ayah yang letak takkan nak buang,kan? (tetibe emo kau kenapa azie oiiii) 



19)Yana mek klate. Azie duk pung pang pung pang cerita pasal gegirl(nama nak gedixx je) A1 ni, boleh pula terlupa pasal classmate+housemates yang kiut ni. Ramai yang terkejut bila tau azie n yana satu rumah. No wonder la kan pergi kelas sama2,balik pon same2. hihi. Nasib baik ada yana. Ada orang tolong kejutkan bila azie lambat bangun.

20)Azie. dah tahu sapa so tak payah cerita.

"heyyy azie. kau jangan kutuk aku."
21)Kamal. Lantak la. Aku nak kutuk jugak. Kamal ni Class rep A1. Alahh. Macam ketua kelas camtu la. Mulut dia ni fullamakkkk. Macam mesin popcorn. ada jeeee benda yang dia nak cakap,nak kutuk. Even dalam dewan kuliah kalau duduk depan dia ke,belakang ke,tepi ke,asal name around dia,konpem tak boleh fokus kat lecturer sebab suara dia lagi kuat dari suara lecturer and buat aku rasa nak tampar sampai tercabut mulut dia. Tapi kalau takde dia ni,sunyi kelas. Jadi terpaksa reda la.


22)Syafiq Ghani opkos la yang laki tu,ye dak? sebab perempuan tu azie. -,- Mamat ni la supplier Running Man kat azie tau. sobs sobs. terharu pulak aku. habis asasi,dah takde orang yang nak sibuk "azie azie, running man latest. episode bla bla bla" kenapa la kau dapat UMT sekali ngan kamal? bukan kat palam sekali ngan aku? kalau tak,boleh aku pow episode RM lagi ngan kau.


23)Hanifah. Gaya duduk macam along mintak hutang kan? tapi takde maknanya along. mamat ni pendiam. tak tahulah plak kalau dalam geng laki,dia chatterbox. aritu sekali sebelum pegi rumah aiman,kumpul kat reff,takde kerusi kosong yang lain,azie duduk sebelah dia .then si hanifah ni cakap "eh azie. kau tak takut ke duduk sebelah aku?"  Aku tak tahulah kenapa kau tanye soalan cepumas macam tu. ni aku nak jawab ni. "kenapa aku nak takut? kau pembunuh bersiri ke?"



24)Wan. hurmm. dia misteri. kejap macam ok je bila aku cakap ngan dia. kejap macam tak. tapi aku suka haircut dia time awal2 sem 2 dulu. smart.


25)Syakib yang tengah  buat iklan gigi tak berbayar tu. Dia ni pon sama cam kamal. kecoh tapi perangai baik la,tak annoying macam si kamal tu. haha.

26)Aiman yang sem 1 pendiam,sem 2 dah peramah. haha. dulu time sem 1,serius aku rasa pelik ngan aiman. mamat ni takde kawan ke? jalan straight masuk dewan kuliah tak toleh kiri kanan terus duduk kat tempat fevret dia duduk sorang2. baris ke3 atau ke4 dari depan belah tengah kat kerusi hujung. Ada cop nama dia ke eh kat situ? Time sem 1 aku takut nak tegur dia. Tapi time sem 2, aku beranikan diri tegur dia. last2 hek eleh. takdelah senyap mana pon mamat ni. boleh je ngam. haha. sori la aiman,tak dapat aku nak jadi tukang sambut baby kau. aku tak dapat medik :'(


27)Nazmi yang baju kuning hitam tu ye.Nazmi pon misteri cam aiman. tapi misteri nazmi ni tak terungkai sampai kesudah. dah habis asasi pon tapi aku cakap ngan dia baru sekali kalau tak silap. tak tahu kenapa. yang aku tau,dia bijak bio and pernah tengok dia pegang nota bio sambil hafal2 kat kerusi padahal time tu bukan ada quiz atau test bio.

28)Syafiq fahmi takde gambar. brodben pon dah lembap so aku pon malas nak donlod dari grup fb. haha. dia sepanjang aku kenal dia la,seorang pendiam. tak reti nak komen lebih sebab tak rapat.

29)Hafifi atau nama manja fifi. Gambar dia ni pon takde harap maklum. Budak Sabah and minat bio.



Dah puas mengimbau nostalgia kenangan lalu (ayat bm nak A+) ,sekarang masa untuk tidur. Aisyah yang selalu pesan suruh update kat chatbox tu,azie dah update. :')

Sunday, 21 July 2013

Jawatan kosong di Giant Gong Badak

Assalamualaikum.

Lagi dua minggu azie akan berhenti kerja sebab nak sambung belajar. Azie kerja kat butik Iman Damai. Jual tudung , jubah, telekung and etc. Girl stuffs only.

Best tau kerja sini. Boleh meningkatkan keyakinan diri and menguji level kesabaran kita ni,tinggi ke rendah. haha.

Menguji keyakinan tu sebab ye lah kan kalau tak berani macam mana nak approach customer. Tak kanlah customer masuk,kau just duduk jauh2 pastu cakap "haa,tengok lah kak. dah siap tengok,berkenan terus bayar ea kak" Cakap pulak tu jarak 2 meter. Melampauuu. Mau kena lepuk nanti kat bos. Tapi kan kan kan, azie dulu macam tu la. haha! First day masuk kerja. Being this is my first time jadi part time worker kan,so agak awkward la nak layan customer. Azie akan duduk jauh2,pastu diam tak berkutik. Kalau customer tanye harga berapa? azie akan jawab "errrr. raseny2 rm120. akak tengok kat tag betul ke tak?" serius aku rasa nak lari sorok belakang tiang je. malu weh. boleh plak aku suruh customer tengok sendiri. -,-

Tapi tapi tapi! Sekarang azie dah terer. Hihi. Dah tak payah nak sorok2 belakang tiang mahupun rakan sekerja sebab sekarang ni azie pulak yang terkejar2 nak layan customer. Haha. Ye lah kalau tak layan customer,takde sales. Bile takde sales,komisyen sikit. Bile komisyen sikit,gaji pon sikit. Bile gaji sikit, tak boleh nak beli novel banyak2. T_T nampak tak permainan dia?

Part menguji kesabaran tu plak sebabnya kerenah customer ni ya ampun rasa nak hempuk je kepala customer tu dengan tukul besi sais gergasi. Mulut customer ni kadang2 boleh tahan laser gak. Azie plak orang yang jenis cepat panas hati. Ya,mengaku memang cepat marah. Tapi kerja kat butik iman damai ni dah menjadikan azie orang yang sabar lagi sopan bin santu melayan kerenah pelanggan. aww aww~

contohnye kan,

customer: makkkk aihhhhh. bawak kosong rm10 sehelai. kat bus stand rm5 je.
azie: senyummmmm je. Dalam hati , dah tu kau pergi beli sana la dik.

customer: dah ni kenapa mahal sangat? *sambil buat muka tak puas hati*

azie: sebab kualiti kain tak sama kak. Yang atas ni lembut sikit,yang bawah kasar sikit. Nak2 plak atas ada keronsang. *sehabis ikhlas azie senyum*
customer: baik beli kat pasar*sambil jeling*
azie: *senyum* terima kasih kak. Dalam hati ya ampun,geramnye aku!

customer: dik cuba tengok jubah yang tu
azie pon ambik lah jubah. Pastu customer nak yang lain,ambik yang lain plak. Punye la 5 ,6 helai jubah dia sarung dalam stengah jam layan dia sorang,tetiba cakap,takpe lah dik,tengok2 je.
Dushhh! jubah tu gantung kat atas kot, mahu tercabut kepala aku duk lengguk nak buat turun jubah tu then senang2 cakap nak tengok2 je. Patut masuk kedai lenggang kangkung macam itik pulang petang selamba badak tak bawak purse. Rupe2 dah bercadang taknak beli. -,- sabar azie sabar. Customer sentiasa betul.

Eh cop baru azie perasan, tajuk tak seiring sehati sejiwa dengan entry ni. Ok. untuk memperbetulkan entry balik, meh lah azie buat iklan jawatan kosong.

Siapa2 yang nak jadi confident and penyabar macam azie ihikss, ayuhlah mintak kerja kosong kat Butik Iman Damai kat Giant Gong Badak ye. Dekat entrance belah foodcourt tu. Sebelah kedai kopitiam. Sebab azie dah nak berhenti 2/8 ni. sebab nak settle hal2 masuk uni. :') Kalau berminat,sila tinggal no telefon kat sini pastu azie akan mesej la untuk panggil interview ataupon lagi bagus datang kedai terus. ok?

Thursday, 11 July 2013

Sarjana Muda Teknologi Makmal Perubatan UiTM

Assalamualaikum.

Dulu azie berdebar tunggu result UPU. Tapakpei lepas dapat result tengah hari tadi,tu pon ayah yang mesej, azie rasa kosong. KOSONG. macam....eh kenapa kos ni? kenapa tak medik?

Sedih la jugak sebenarnya tak dapat medik,dapat MLT a.k.a medical lab technology a.k.a teknologi makmal perubatan . Nak2 ramai kawan2 azie dapat medik,farmasi,dentist. u know, course yang kritikal . Pulak tu dapat kat u yang femes,yang terkenal. Azie dapat UiTM je.

Bukan tak bersyukur, ya azie rasa sangat bersyukur sebab still dapat tawaran tapi ye lah, hati nak lain tapi dapat lain. Ada rasa terkilan sikit tapi bila pikir2 balik,maybe this is the best choice for me.

Maybe kalau azie dapat medic,azie akan menangis meraung sebab tak dapat nak catch up study. Yang dapat medic ni kan mostly 4 rata, azie bukan kata nak dapat 4 rata, 4 bujur pun tak dapat.

Allah knows better. Kalau dapat medik,nanti kena hadap buku 24 jam,then takde masa nak layan Running Man . Ah sudahhhh. Macam mana tu? *tetiba.haha*

So, sekarang ni azie dalam proses meredhakan diri untuk belajar terima hakikat yang azie tak dapat medic. Tak dapat nak tunaikan hajat abah yang nak azie jadi doktor. Tak dapat nak capai2 cita2 azie nak jadi pakar obstetrics and gynecologist.

"Takpe, Allah dah aturkan yang terbaik untuk aku."  I keep on repeating this in my heart. :')

Tak dapat jadi doktor pon , dapat jodoh seorang doktor pon ok jugak kan,abah? ahaks.

Siapa2 yang tengah belajar degree MLT ni boleh lah bagi semangat sikit ek kat azie. haha.


p/s: Btw, MLT ni kampus Puncak Alam so yeah, azie akan jumpe lagi tangga maut tu. erghhh.ingatkan habis asasi kat situ dah tak jumpe dah.  kuat betul jodoh kitorang -,-

Sunday, 19 May 2013

Tips mastering

Assalamualaikum.

             tips ni korang buat senyap2 je tau. lecturer tau,diorang ubah bagi assignment lain plak.

Akak dah send tips tu kat emel adik2 semua tapi ada certain emel yang korang bagi tu akak dah send 2 kali tak boleh jugak.maybe korang silap tulis emel atau akak yang silap tulis.hew hew hew~

Ok.benda ni kind of secret so jangan lah adik2 pergi share kat fb.senyap2 sudah.kalau lecturer tahu,nanti adik kena pikir sendiri la plak nak jawab mastering tu :)

So akak tulis la post ni,so that orang lain pon boleh tumpang sekaki dua kaki.
Peringatan ye, tips ni untuk mastering fizik je sebab akak dah puas godek2 library pakcik google mahupun makcik yahoo, tak jumpe pon solution untuk exercise kimia. Yang ade cuma fizik.mungkin pakcik google dan makcik yahoo nak main sorok2.jadi mastering kimia, sila buat study grup then jawab same2. :)

Untuk makluman adik2, soalan mastering tu nanti 80% diambil daripada soalan yang ada dalam buku teks fizik korang karya(lain macam plak bunyi.lantak~) James Walker tuuu.
So,first thing yang adik perlu buat ialah download solution untuk soalan yang ada dalam buku tu.tak susah pon nak cari solution tu.

Adik pergi kat search engine tu taip 'James Walker homework solution chapter 26' .kalau chapter 20 yang adik nak cari,tulis la chapter 20.gituuu~
Akak sebenarnya ade contoh solution tu tapi disebabkan laptop akak rosak, tak boleh nak cucuk brodben,akak tak boleh nak tunjuk.skang ni pon tulis blog gune henfon.sob sob.nanti kalau dah elok laptop tu,akak upload la solution2 tu semua.ataupon adik2 yang dah dapat emel dari akak tolong share.

Aik aik aik.dah lari topik plak dah.ok, dah download solution tu? Bagus! Skang tengok soklan kat mastering tu.kalau dia tulis 26.10 maknanye soalan chapter 26 nombor 10.
Haaaa. Lepas tu ajaklah housemate korang secara berjemaah untuk tengok solution yang korang dah curi dari pakcik google tu tadi.

Tapi awas tau.jangan lah mentang2 dah ada jalan kerja,hangpa semua pon duk ambik jawapan tu setepek hang letak kat answer mastering. Tak boleh. No no no !
Sebabnya kadang2 nilai yang digunakan tak sama walopon soalan same.contohnye dalam mastering,panjang wire adalah 2 meter,tapi dalam solution tu 20meter. Haaaa kan besar beza tu.karang ade yang menyumpah seranah james walker sebab bagi jawapan salah walhal diri sndiri yang ngok ngek tak bace soklan betul2. (perli diri sendiri.muahahha)

Untung tau kalau adik2 download awal2 james walker punye solution sebab nanti senang,sebelum kelas tutorial,adik boleh kaji dulu soalan tu camne nak jawab dan pahamkan.esok luse,bile masuk kelas tutorial,angkat kolar baju tande riak takbur pastu angkat tangan nak jawab soalan tu. Muahahha. Eh eh eh. Gurau. Riak tak baik.

Tu jelah tips yang mampu akak bagi.akak tau pon start sem 2. Adik2 untung sebab belum masuk dah tau.goodluck! Study smart jangan study hard jeeeee ~ ^_^




Saturday, 11 May 2013

Asasi Sains UiTM Puncak Alam

Assalamualaikum.

Tadi,azie tengok kat search keyword, ada orang yang search ‘ Asasi sains Uitm Puncak Alam’ kat blog azie ni. So, azie pon rasa terpanggilah lah nak buat entry pasal UiTM Puncak Alam ni. Kitorang panggil Palam je. Ringkas.

Azie tulis berdasarkan pengalaman azie sepanjang azie start duduk sini dari 1 Jun 2012 and in shaa Allah akan habis pada 12 April 2013. Maybe akan ada perubahan pada tahun korang lepas2 ni, jadi jangan la plak nanti nak compare2 plak ye.

(intro ni dah buat lame.sekarang azie dah habis dah pon. Yay! :D)

INGAT! Ni pengalaman semasa batch 2012/2013. Tahun korang mungkin berbeza

Kolej kediaman

Kolej kediaman ni tempat korang tinggal lah. Kat sini panggil kolej kediaman tau, bukan asrama lagi dah ye anak2.
Untuk pelajar perempuan, kolej kediaman kitorang nama Kolej Rafflesia. Ada Kolej Rafflesia 1,2,3,4,5 dan 6.

kitorang duduk kat padang kawad.belakang belah kiri R3, tengah R1, belah kanan R2
Kalau pelajar lelaki pulak Kolej Angsana. Kolej Angsana plak ade 1 until 5.
Azie duduk kat R1. R1 ni agak jauh dari tangga palam. R4 paling best. Naik je tangga palam,terus Nampak R4. Tak yah jalan jauh2. So,sape2 yang bertuah time daftar nanti,dapat lah R4. J Ataupon boleh mintak kat abang2 dan akak2 masa mula2 masuk tu,nak R4.

Kat sini, tempat tinggal kita macam ala2 apartment.
Satu rumah ada 4 bilik. Ade jugak yang 5 bilik. 
Satu bilik pulak kongsi 2 orang.Bilik dia selesa la untuk 2 orang.
Setiap bilik,ada 2 meja study,2 loker dan 2 katil single.Jadi tak payah berebut okay.

loker dia besar. tengok tu,loker akak ada bnyak ruang lagi~
Bilik air plak ada 2 . Satu bilik air sekali ngan tandas. Satu lagi bilik air takde tandas.
And then ada satu lagi tandas asing.
Ampaian pon ada tapi kecik. Azie selalu jemur kat tingkap je dalam bilik. Hihi.
Sinki ada dua.
Ada ruang kecik untuk letak barang2 mandi ataupon dijadikan tempat basuh baju.

Setiap kolej ada bilik dobi,surau dan bilik pelajar. Semua ni di tingkat 1.
Dalam  bilik dobi,ada 5 mesin basuh.

kena aturkan baldi macam tu tau. kadang2 akak skip sebab orang depan  tak basuh2 baju dia  -,-
kat bilik dobi pon ada ampaian
Sekali basuh 2 ringgit. Ada yang guna duit syiling,ada yang guna duit kertas. So tak perlu simpan duit syiling banyak2 sangat. Hihi.
Di bilik bacaan pulak ada TV, 2 meja belajar dan kerusi panjang .

Barang-barang elektrik

Pelajar tak dibenarkan bawak tv,peti sejuk,radio ataupon rice cooker ye. Haram sama sekali.
Tapi kalau nak bawak water heater,iron tu boleh la. Laptop? Lagilah boleh dik. ^_^
Setiap barang elektrik akan dicharge sebanyak RM10 per semester.
Contoh: akak hanye bawak laptop dan handset. So akak hanya perlu bayar RM20 untuk satu semester.
Better bawak extension tau. Boleh pasang banyak2.
lepas bayar barang elektrik,dapat sticker camni
Tempat makan

Dekat Kolej Rafflesia ada Kompleks Kemudahan Pelajar Rafflesia (KKPR).
Kat sini ade is mart. Macam kedai runcit la kire.
Lepas tu ada dalam 6 kafe yang bukak. Ada kafe yang buat servis order.So mintak no tepon. Senang. Order.Pastu turun ambik je.Takyah tunggu lame2.
Tingkat 1 KKPR pulak ada Pejabat Hal Ehwal Pelajar, gym dan surau.

belas ehsan google. KKPR
Dekat Kolej Angsana pulak dipanggil Kompleks Kemudahan Pelajar Angsana.(KKPA).
Ade minimart,kafe.
Oh ye,kat KKPA ni ruang tengah2 tu dijadikan Ruang Solat Utama(RSU). Solat Jumaat kat situ.
Tingkat 1 ada gym.
Tapi,kebanyakan pelajar lelaki suke makan kat kafe Rafflesia. Azie pon tak tahu kenapa. Adakah sebab makanan2 kat kafe rafflesia terlalu sedap atau diorang saja nak cuci mata tengok awek2 cun?

Kalau tempat makan kat fakulti plak, lepas je korang turun tangga maut tu, korang akan jumpa Kafe  Pendeta.
Lepas tu bawah kafe tu ada food court. Kat sini harga makanan lebih kurang sama je ngan harga makanan kat kafe rafflesia and angsana.
Kat fakulti2 bawah tu pon ada 2,3 gerai yang jual makanan2 ringan macam karipap,roti,sandwich tu semua.

Surau

Untuk surau kat fakulti plak, kat FSK 1,5 ada surau perempuan kat tingkat 2. Berhampiran lif tengah tu.
Kat FF2 pun kat tingkat 2.Belah kanan. Surau kat fakulti ni paling besar and ada 2 surau. Tapi dua2 ni untuk perempuan jugak.
Kat PSB pula di tingkat 4 . keluar lif,belok kanan.

Kalau untuk lelaki,surau di FSK 1,5 bersebelahan surau perempuan.
Di FF2 ,ground floor belah kiri. Hadapan bilik aktiviti pelajar.
Kat PSB kat tingkat 5,depan perpustakaan.

Kelas

Untuk pelajar asasi,mostly kitorang belajar di Fakulti Sains Kesihatan 1,5(FSK 1,5) ,Fakulti Sains Kesihatan 7(FSK 7), Fakulti Fakulti Farmasi 2(FF2) ,Fakulti Fakulti Farmasi 3(FF3) dan Fakulti Farmasi 4(FF4) .
Akan ada kelas tutorial dan kuliah.
Dewan kuliah biasanya di FSK 7 dan FF4.
Untuk kelas tutorial pula, kita buat kat BKA 1-20 kat FSK 1,5 tingkat 7.
Kalau lab pula, lab bio dan chemistry di tingkat 5 FSK 1,5.
Kalau fizik,lab fizik di FF3 tingkat 5.

Nanti korang akan dibahagikan kepada kelas2 masing.
Kelas untuk pelajar asasi sains ialah dari A-G.
Kelas A pulak terbahagi kepada 10 kelas. Contoh, A1,A2,A3 dan seterusnya.
Untuk asasi engine, akak tak sure. Dari kelas H sampai S kot.
Untuk dewan kuliah pula, 5 kelas akan digabungkan bersama.

Jadual belajar

Jadual belajar asasi tak sama dengan jadual belajar matriks. Diorang start 8 pagi kalau tak silap dan abis pukul 4 stengah. Everyday. Sama je tiap2 ari.
Kalau kita plak, jadual tak sama. Maybe kelas harin isnin start 8 stengah and abis pukul 5 stengah. Hari selasa plak start 12 stengah abis pukul 3 stengah. Heaven kan? Tapi ada jugak yang tak berapa nak heaven. Contohnya, kelas azie sem 1 ada yang start pukul 8 stengah,abis pukul 6 stengah tapi rehat sejam je untuk solat zohor.
Lagi satu,macam azie pernah cakap dalam entry lepas,jadual belajar jadual belajar students asasi bergantung kepada pelajar degree. Baca entry tu je lah ye. 

Kemudahan

Pustaka pon ada.
Perpustakaan Tun Abdul Rahman(PTAR) terletak di PSB tingkat 5.
Kat palam ni jugak ada bilik belajar. Kalau ada gap kan sejam dua,azie duduk kat bilik pelajar la.
Kat FF2,kat tingkat bawah tu ada bilik pelajar. 
Kat FSK1,5 tingkat 7 yang sama level ngan BKA pon ada bilik pelajar.

Kemudahan basikal pon ada. Tapi kena tunjuk IC dan kad pelajar.
Wifi ada di fakulti,kafe,pustaka. Semua tempat. Kat kolej kediaman takde wifi tapi dun wori, ada LAN. So bawak awal2 LAN wire tau. Kalau tak bawak,boleh beli kat is mart.

ATM.

Yang ni paling penting. Kalau tak,macam mana nak withdraw duit kan. Kat palam ada ATM bank islam only.
But don’t worry, atm bank islam pon boleh guna untuk withdraw pakai kad bsn etc.
Atm ni kat KKPA ada 1,kat KKPR ada 1, kat PSB ada 2 ATM and 1 deposit,and lastly kat FSK 7 ada 1 atm.

Pakaian.

Untuk perempuan, hari Isnin dan Jumaat wajib pakai baju kurung. Jubah pon boleh.
Hari lain, suka hati nak pakai baju apa asalkan sopan. Ni bukan lim kok wing ye nak pakai skirt bagai.
Pelajar perempuan tak dibenarkan pakai selipar ye pergi kelas. Selipar jamban,selipar surau asal nama selipar tak boleh.
Hanya sandal dan kasut ye adik2.Nanti pensyarah tegur.
contoh pemakaian yang dibenarkan. haha~
Untuk lelaki pulak, hari Isnin wajib pakai baju kemeja dan tali kemeja.
Hari Jumaat plak pakai baju melayu. Tapi ade je yang pakai baju t-shirt.
Lagi satu, jangan warna rambut! Kalau polis bantuan nampak,kena tegur.

Transport

Walaupun puncak alam ni ceruk hutan tapi jangan bimbang ye adik2.
Adik2 tetap boleh berjoli time weekend. Hehe.
Akan ada bas rapid yang keluar masuk palam ni.
Jadi kalau yang malas turun naik tangga,boleh naik bas. RM1 je.
Untuk ke Klang dan Meru naik U90. Pon RM1.
Kalau nak balik Terengganu naik bas rapid U90,pergi Klang sentral. Tiket bas Sani sehala RM 45.50 je. Bas fevret akak tu. Hihi.
Tempat berjoli yang paling femes untuk budak palam ialah Setia City Mall.
Kalau nak pergi Shah Alah,naik bas rapid U90 jugak. Bayar RM2.

belas ehsan google. taman kat setiacity mall ni lawa! :)

Area Puncak Alam ni ada pasar malam tau.Hari rabu dan sabtu.
Naik bas rapid T600.Pon bayar RM1.

Textbooks
Physics and chemistry guna Pearson.
Biology gune Campbell.
Math pulak lupe sebab azie tak guna. Prefer lecturer’s note so kalau ada yang nak buku text math akak tu, komen kat bawah ye. Akak bagi free je.
BEL dan agama Islam pon ada buku.
Biasanya akan dijual minggu pertama dan kedua.
Bagi buku Physics,Biology and Chemistry adik2 tak boleh nak amalkan system warisan ye. Akak sulung bagi buku kat adik no 2. Adik no 2 bagi adik no 3.

No no no! Sebab dalam setiap buku tu ada code. Code tu pulak amat penting untuk buat mastering.
Mastering ni macam assignment online la.
Mathematics dan agama islam takpe nak wariskan pon. Hihi. Sebab takde assignment online tu.
Buku2 yang bakal adik2 beli tu tersangatlah berat. Tak tipu. Sebab tu akak nasihatkan adik kerat buku tu jadikan bahagian2.

akak jilidkan macam ni. ikut chapter.
Basically, korang akan belajar topik2 time SPM. Cuma lagi detail.
Lagi satu adik2, tolong lah dari sem 1 tu,study betul2 biar score. Akak menyesal kot tak study betul2. Sebab sem 1 lagi senang nak score berbanding sem 2. Jadi jangan lepaskan peluang okeyh! :D

Quizzes and exam

Setiap subjek ada kuiz.
Selepas habis chapter, biasanya lecturer tutorial class akan buat kuiz. Habis belajar satu chapter je,buat kuiz.
Tapi ada lecturer yang gabung 3 chap dulu,baru buat kuiz. Depends on lecturers.

Tapi agama Islam terkecuali lah.
Agama Islam 2 kali je. Satu tengah2 sem,satu lagi time final.

Quizzes termasuk dalam carry marks,sekali dengan lab report and etc.
Quiz+lab report+assignment+presentation=50%
Final exam=50%
Sebab tu lah penting untuk score quiz. Jangan main2 ye adik2. :D

Laboratory

Hanya Bio,Fiz and Kim yang ada lab. Setiap sesi 2 jam.
Lab coat akan dijual biasanya minggu kedua. Harga kalau tak silap RM 45. Akak pon dah lupe. Banyak sangat makan semut agaknye. Hew hew~
Dalam lab, TAK BOLEH pakai selipar/sandal. Wajib pakai kasut.
Untuk lab ni, lab instructor akan explain dulu macam mana nak buat experiment,then korang akan buat sendiri.
Tapi akan ada lab assistant yang ronda2.So kalau ada soalan,tanye. Karang tak jadi experiment tu.

labcoat akak~ penyelamat di kala lab sejuk tahap  beku
 best tau buat lab. macam2 warna ade~ :D
Assignments

Bio: lecturers yang bagi dan ada jugak mastering online.
Physics: ada take-home-quiz , ada quiz buat dalam kelas and mastering online.
Chemistry: mastering online.
Math: takde.
Agama islam: ada esaimen. Nanti lecturers terangkan. And kena hafal surah jugak. Surah Al-Mulk dan Sajadah.
Lagi sekali akak ingatkan . Semuanya bergantung kepada lecturers hal2 yang berkaitan dengan quiz ni tapi mastering online tu semua kena buat.
That’s why akak cakap tadi,buku tak boleh waris2 kan. Kena beli buku sendiri sebab ada code untuk gune daftar mastering. 

akak dah tulis satu post pasal tips2 mastering,so adik baca kat sini la ea. 

Akhir kata(cewah macam buat karangan BM) , akak ucap kan tahniah untuk adik2 yang dapat tawaran dan ingin melanjutkan pelajaran kat UiTM Puncak Alam. Kalau ada yang nak tanye,tanye je. Ok? Jangan bimbang. Akak tak makan orang melainkan korang berukar jadi ayam goreng. nyum nyum nyum~

Friday, 12 April 2013

Kerja part time !

Assalamualaikum.

Hai. Dah lama azie tak buka blog ni kan? Sampai nak login tadi pon salah isi emel. Hihi. Daripada azienigreeny jadi azienigrenny. >.<

Cut the crap~ Ok,now i'm officially ex-palamians. :) Sebenarnya, azie baru je habis asasi 5/4/2013. Kirenya baru seminggu lepas la. Omaiiii! Ingatkan best la kan lepas habis asasi. Enjoy 24 jam. Tengok tv,tido pastu bangun,sambung makan,pastu tido balik. Punye la eksaited aritu kan nak habis asasi. TAPI sebenarnya.....bila dah habis asasi ni tak best pon ! Asyik duk rindu kat classmate la,rindu housemates la. :'( Sampaikan azie mimpi 2 kali pasal classmate and housemate but those dreams are really weird. really really really weird i told u. Maybe next time azie cite.

Back to the topic. Disebabkan azie bosan,azie pon pikir la nak kerja part time. Jadi cashier ke apa kan. At least takde lah nak menghabiskan duit mak bapak sesuka hati je kan. Punye la semangat berkobar-kobar ni nak kije, sanggup tau tak search online jawatan kosong kat area kuala terengganu. Habis semua azie search. Kalau ada yang nak cari kerja part time,cari kat website2 ni ok. 

1)http://www.jobstreet.com.my/
2)http://www.mudah.my/
3)http://jobs.guardian.co.uk/
4)http://www.indeed.com.my/

Haaaaa. Banyak kan? Azie godek2 website2 tu la dari tadi. Bukan main cari kerja. Bukan apa,bosan sebenarnya duduk rumah tak buat pape ni. 

Bagi azie website yang paling best nak cari kerja mudah.my and indeed.com. Jawatan kosong banyak giler tadi tapi malangnya,semua nak yang ada degree,diploma. Kalau nak kelayakan min SPM plak banyak dekat area Kertih,Kemaman. Takde masa aihhhh azie nak pegi jauh2 sana. -,-



so akhirnya,azie jumpe satu jawatan kosong ni. Jadi waitress kat secret recipe. In shaa Allah esok azie try call. Lagi pon outlet secret recipe kat giant gong badak tu baru buke,so maybe ada chance untuk azie kerja. Kan? doakan azie tau. :)


Tuesday, 26 February 2013

Ice skating at Sunway Pyramide !

Assalamualaikum.

Ok,dah baca tajuk,kan? ice skating! Heyyy. This is my first time ever pergi ice skating. Ye lah,kat terengganu tu mana ade benda ni sume. Kalau nak skate sangat,ambik pelepah pokok kelapa pastu suruh lah sape2 tarik. Hah kau. Tradisional tak skate kitorang? *angkat kening ziana zain*

 Harga ice skating tu boleh tahan la. Tak mahal,tak murah tapi berbaloi sangat2.



Azie pergi sunway tu dengan kelas sebenarnya. Class trip la. Kalau pergi sendiri,memang tak la sebab kan dah dekat final. Oh ya,azie final 27/3 . It's only a month from now babe! >.< please pray for me.

Sebelum pergi tu,dalam kepala dah ada macam2 gaya . Kononya lah,nak lumba lari ngan classmate.Pastu siap gurau2 lagi.

azie: nanti kite kira nak,sape yang paling banyak jatuh?
classmate: hish taknak lah! ada pulak camtu
azie: alaaaaa. jom la. sape jatuh paling banyak,dia menang 

hahahaha! boleh pulak camtu ,kan?

Masa mula2 masuk tu, dah cuak sebenarnya sebab dia punya lantai ais tu licin. Sebab dah ramai orang main kan. Dah selamat masuk gelanggang, kaki pulak tak bagi kerjasama yang padu kat tuan dye ni. Boleh pulak jatuh kat entrance. bapak malu hoiiiii. kalau jatuh kat tengah2 takpe. serius cakap,gelanggang tu licin. Tak boleh nak kawal. Kaki  pon dah macam kaki sotong.

Llepas tu, puan Ainul pon maybe dah tak tahan tengok kitorang yang newbies ni macam hape dah kaki terkangkang-kangkang pastu siap jatuh 3,4 kali, puan Ainul pon suruh la budak laki yang pandai main tu tarik kitorang and ajar macam mana  nak main. Masing2 pakai sarung tangan,so it's okay katanya.

Then, azie pon mula2 segan jugak nak mintak tolong budak laki ajar,sebab dalam kelas, bukannye rapat pon kan. Tapi geram la weh tengok orang lain main,so azie dengan muka selambanya

'Harry Potter(bukan nama sebenar),kau ajar aku sampai aku pandai main.'

acewah! Macam bagi arahan pulak gayanya. Nasib baik la Harry ni baik,dye ajar la cara2 nya. Nak jalan tu,kaki kena bentuk V pastu bengkokkan ke dalam sikit. Bila jalan tu,biar sebelah kaki je yang gerak,sebelah lagi ikut je.pastu tukar pulak kaki. Kalau straight,nanti jatuh. Tapi masalahnya, azie tak boleh nak straight. Bila diri static boleh lah bentuk V,tapi start gerak je,terus kaki jadi straight and then JATUH. so pathetic.Bbaju pon dah basah gila.

Time jatuh tu kan,teringat balik apa yang azie cakap sebelum main tu. And yeah,i'm the winner. Azie jatuh paling banyak. Aampai dah tak terkira berapa banyak. Lutut pon dah lebam and bengkak2. Jalan pon macam mak nenek. Terkangkang- kangkang.Ada sekali tu, azie jatuh,pastu time tu azie pegang tangan Harry so,dia pon jatuh sekali. nasib baik dia jatuh atas kaki azie je. Kalau jatuh atas badan, mau lenyek badan azie. -,-

dah habis cakap,jom tengok gambar pulak. :)


classmates and me
keretapi manusia. pong pong!
harry tengah ajar sheera main


tengok. insiden camni pon ada tau.
lepas jatuh,ambik gambar pulak dah. tempat jatuh lagi dikenang,bla bla bla.
video azie jatuh. dah jatuh,jatuh lagi. entah tangan sape2 ntah azie pegang.nak bangun sendiri tak boleh.

Friday, 1 February 2013

"Takpe dik,Najib bayar."

Assalamualaikum.

woahhh. harini seharian kot azie keluar pergi jalan2. bukannya jalan2 sangat pon,just pergi tesco and setia city mall sebab nak pergi beli jubah .*hajatnyela,tapi tak beli pon* bagi student puncak alam,2 tempat ni lah yang paling ngetop untuk shopping sakan lepas dapat duit kpt. *eh? hihi. nampak tak penyalahgunaan duit kat situ?* pusing kanan kiri, mesti 'eh eh, tu budak satu dewan kuliah aku tu.' -,- then masing2 buat2 tak kenal. konon malu asyik jumpa budak palam. pfftt.

tadi ,lepas tengok movie, kitorang pi serbu MPH kat setia city mall tu. time tu nak tutup dah tapi kitorang masuk jugak. azie punye la semangat kan baru dapat Baucar Buku 1 Malaysia, so first thing yang azie grab bila masuk je MPH of course la novel kan. tipikal girl. ^_^. lepas tu grab kertas kajang sebab nak cukupkan rm50 sebab kalau tak,membazir la kan. diorang takkan bagi balance dah kalau tak cukup rm50 tu.

lepas riang gumbira pilih novel, pastu nak pi bayar baru teringat............alamak ! purse azie ngan housemate,hanim! ah sudahhh. cane ni? barang2 dah ambik. orang dah nampak dah azie dengan senang hatinye shopping sakan pilih novel,sekali kau takde duit nak bayar. acano? o_o

serius azie cakap,memang gila cuak,pastu cepat2 kol hanim,cakap nak purse,nak bayar barang2.tapi tunggu punya tunggu,hanim tak sampai2 jugak. time tu,takyah nak cakap r,memang cuak sangat2. lepastu kan baru teringat yang baucar buku 1 malaysia tu ada ngan linda. linda plak ada dalam kedai tu. so dengan senang hati gumbiranya lah sekali lagi, azie pegi kat kaunter tu.

azie: nak bayar. (sambil hulurkan baucar)
salesboy: ada ic ?
azie: hah? erkk. ada ngan kawan la. kawan takde kat sini.
salesboy: no ic berapa?
azie: 94021911**** (azie baca cepat2 kot nak bagi diorang percaya yang baucar tu memang azie punye)
salesboy: lesen ada?
azie: hah? takde lesen..(sambil suara sayu je.nak novel punye pasal)
salesboy: id student ada? dah macam polis dah aku tanye orang camni. hahaha
azie: ada2. jap eh. (dengan kelam kabutnya ambik id student ngan linda)
salesboy: rm42.80. ada baki 8 ringgit lebih ni dik. taknak beli apa2 lagi ke?
azie: hah? erkk. tak payah lah. (dah bengang dah sebenarnya. kelam kabut bebeno aku ni)
salesboy: ehh. banyak ni dik. adik pergi ambik mana2 barang cukupkan 50 ringgit
azie: hah? errr okay. (azie pon pergi ambik pen. hijau of course. hihi)
salesboy: tak cukup lagi ni dik. ada 5 ringgit lebih lagi.
azie:takpe la bang. biar je la.
salesboy: ehhh. tak boleh dik. banyak ni. adik pergi ambik je mana2 barang. takpe dik, najib bayar. jangan bimbang.borong je mana2 dik cukupkan 50 rinngit ni.

hah kau. najib bayar. rasa kelakar la plak abang tu. dah banyak kali azie cakap tak apa tak cukup pon,tapi dia nak jugak suruh azie cukupkan. last2 azie ambik lagi 2 batang pen and overal harga rm50.50 and azie kena bayar 5o sen je lagi. wah wah wah! best kan? shopping banyak2 tapi kena bayar 5o sen je. heaven!

penyelamat. shopping tak payah guna duit.
novel ,kertas kajang and le pensss


p/s: azie bukan nak salahgunakan baucar tu tapi dah sem 2 baru dapat. buku semua dah beli. so, beli novel jelah kan? hihi

Tuesday, 22 January 2013

11 weeks more.

Assalamualaikum.

Tak sangka,dah lama azie study kat UiTM Palam ni. Azie masuk sini start 2 Jun 2012. Dan In shaa Allah akan habis 12 April nanti. Ya Allah. Rasa kejap sangat.

Dulu2, lepas dapat result UPU, azie agak kecewa sikit sebenarnya. Deep in my heart, i hope i got course math kat UPSI(azie suke math) tapi Allah Maha Besar, azie dapat course Asasi Sains ni. I can see that my dad was so happy that time. Azie macam.... 'ok,dapat sains.tak dapat math. sedih. '

Lepas tu, dengar pulak orang cakap yang puncak alam ni kat kawasan pedalaman sikit. Hoi kau. Lagi lah azie tak hingin nak pergi asasi ni. Pernah jugak azie terpikir nak tolak asasi sains and pilih matrikulasi melaka sebab ada kawan kat sana. Yes. Sebab ada kawan. Tapi bila pikir2 balik, my dad wants me to be a doctor and i should fulfill his request,right? he's my father anyway. :')

And so, azie pergi jugak UiTM Palam ni. And......it's turned out that i love this place so much! ^_^ Kita hanya mampu merancang,tapi Allah yang menentukannya. Sesungguhnya, apa2 yang Allah rancangkan itulah yang terbaik. Mungkin kalau azie degil pilih matrik melaka, azie tak akan jumpa housemates and classmates yang ohsem2 ni. kan?

Pejam celik,pejam celik, tinggal 11 minggu lagi azie akan habis asasi. Kejap je rasa. Rasa macam baru je sampai sini semalam. Macam baru semalam je isi borang daftar. Macam baru semalam je takut2 nak pinjam iron dengan housemate. Macam baru semalam je jumpa classmates baru. Macam2 lagi lah yang barunye.

Me with my classmates and lecturer.


lepas ni, mesti azie akan rindu

makan sama2 ngan housemate kat ruangtamu rumah

study kat bilik serbaguna pelajar bila ada gap

main basket ball versi rugby ngan kawan2

bagi makan ikan kat tasik tu

gaduh2 ngan classmate

karaoke ngan housemate dalam bilik

makan tomyam kat kafe raff

and lastly rindu tangga palam tu.



p/s: Esok azie ada test physics and math. Doakan azie supaya boleh jawab dengan tenang and dapat full marks. Amiin~ :')



Friday, 18 January 2013

Busiest week.

Assalamualaikum.

I don't know why but sometimes, being here, in Palam makes me feel so small. i mean, the other students are so so so clever,brilliant,intelligent and i looks like so stupid. i can't even understand what's going on in lecture hall while the others are nodding means that they understand what the lecturer said. Exam is coming but i have many chapters that i didn't cover yet!

so stress at this moment and so,here i am. tulis entry untuk melalut and speaking english yang tersangatlah hancusss. alah,macam lah ada lecturer bi nak betulkan grammar azie dalm blog ni,ye dak?

see. i'm a busy person. ingat nak update pasal trip ke skytrex but cancel. next  time, bila tak busy. :)




Friday, 4 January 2013

'' Segmen up follower dengan sepantas kilat II ''.

Assalamualaikum.

This time,azie nak join satu lagi segmen. Join segmen ni bertujuan untuk tingkatkan follower and kalau terjumpa blog2 yang best,kelakar dan guna ayat sempoi2 , azie akan letak dalam bloglist azie and baca bila blogger tu update.  Macam blog aujinz tu. :)

ni hah,bannernya~
' BELOM COBA, BELOM TAW ! '

salah satu syarat yang blogger anys nadhilah ni tetapkan. azie paling suka syarat ni! hee. :) boleh terjah blog ramai orang~

lepas korang follow blog dorang, korang post link entri korang pulak di blog mereka dan cakap lah korang dah follow mereka. so mereka akan follow anda kembali fair and square kan? saya follow awak, awak follow saya . perhatian ! ini adalah rule segmen untuk saling memberi support dan merapatkan hubungan antra geng2 blogger . jika anda tidak mahu, dia follow saya, saya follow dia kembali. tak payah la join k , nanti korang annoying pulak :) sory tapi kalau korang jenis baik hati . tunggu apa lagi ? hehe

tak rugi pon kalau join. :) nak join,klik banner okay.

Wednesday, 2 January 2013

Doodle freehair !

Assalamualaikum.

Huwarghhh. Mengantuk giler. Esok ada kuiz chem tapi bila buat latihan....erk.. otak jem! hafal equation jela. arap2 esok soklan senang2 je. Amiinn~

Dah habis hafal formula,tetiba tangan rasa gatal nak mendoodle. hihi. so nilah hasil doodle yang azie buat time orang lain tengah tidur bertemankan bantal busuk tak pernah basuh.

so, which colour is better? biru pink or pink ungu? 

p/s: cuba cari perbezaan doodle ni selain warna. lalallala~

hah! alang2 letak doodle yang azie buat ni kan,tetiba teringat doodle yang housemate azie buat. Dia suruh azie ajar, so azie ajar la. Tapi time tu azie tengah baca novel,so azie men-anaktiri-kan linda and just ajar gitu2 je.*tak senonoh punye perangai.muahahahha* tapi nasib baik linda ni jenis orang yang cepat tangkap apa yang azie ajar. Maka,inilah hasilnya..

Hamboihhh kau linda. Kemain ye rambut. Azie pon belum pandai lagi nak buat rambut gerbang2 macam tak shampoo setahun tu. Ni dah lawan tokey ni. >.<