nuffnang ad

Tuesday, 26 February 2013

Ice skating at Sunway Pyramide !

Assalamualaikum.

Ok,dah baca tajuk,kan? ice skating! Heyyy. This is my first time ever pergi ice skating. Ye lah,kat terengganu tu mana ade benda ni sume. Kalau nak skate sangat,ambik pelepah pokok kelapa pastu suruh lah sape2 tarik. Hah kau. Tradisional tak skate kitorang? *angkat kening ziana zain*

 Harga ice skating tu boleh tahan la. Tak mahal,tak murah tapi berbaloi sangat2.



Azie pergi sunway tu dengan kelas sebenarnya. Class trip la. Kalau pergi sendiri,memang tak la sebab kan dah dekat final. Oh ya,azie final 27/3 . It's only a month from now babe! >.< please pray for me.

Sebelum pergi tu,dalam kepala dah ada macam2 gaya . Kononya lah,nak lumba lari ngan classmate.Pastu siap gurau2 lagi.

azie: nanti kite kira nak,sape yang paling banyak jatuh?
classmate: hish taknak lah! ada pulak camtu
azie: alaaaaa. jom la. sape jatuh paling banyak,dia menang 

hahahaha! boleh pulak camtu ,kan?

Masa mula2 masuk tu, dah cuak sebenarnya sebab dia punya lantai ais tu licin. Sebab dah ramai orang main kan. Dah selamat masuk gelanggang, kaki pulak tak bagi kerjasama yang padu kat tuan dye ni. Boleh pulak jatuh kat entrance. bapak malu hoiiiii. kalau jatuh kat tengah2 takpe. serius cakap,gelanggang tu licin. Tak boleh nak kawal. Kaki  pon dah macam kaki sotong.

Llepas tu, puan Ainul pon maybe dah tak tahan tengok kitorang yang newbies ni macam hape dah kaki terkangkang-kangkang pastu siap jatuh 3,4 kali, puan Ainul pon suruh la budak laki yang pandai main tu tarik kitorang and ajar macam mana  nak main. Masing2 pakai sarung tangan,so it's okay katanya.

Then, azie pon mula2 segan jugak nak mintak tolong budak laki ajar,sebab dalam kelas, bukannye rapat pon kan. Tapi geram la weh tengok orang lain main,so azie dengan muka selambanya

'Harry Potter(bukan nama sebenar),kau ajar aku sampai aku pandai main.'

acewah! Macam bagi arahan pulak gayanya. Nasib baik la Harry ni baik,dye ajar la cara2 nya. Nak jalan tu,kaki kena bentuk V pastu bengkokkan ke dalam sikit. Bila jalan tu,biar sebelah kaki je yang gerak,sebelah lagi ikut je.pastu tukar pulak kaki. Kalau straight,nanti jatuh. Tapi masalahnya, azie tak boleh nak straight. Bila diri static boleh lah bentuk V,tapi start gerak je,terus kaki jadi straight and then JATUH. so pathetic.Bbaju pon dah basah gila.

Time jatuh tu kan,teringat balik apa yang azie cakap sebelum main tu. And yeah,i'm the winner. Azie jatuh paling banyak. Aampai dah tak terkira berapa banyak. Lutut pon dah lebam and bengkak2. Jalan pon macam mak nenek. Terkangkang- kangkang.Ada sekali tu, azie jatuh,pastu time tu azie pegang tangan Harry so,dia pon jatuh sekali. nasib baik dia jatuh atas kaki azie je. Kalau jatuh atas badan, mau lenyek badan azie. -,-

dah habis cakap,jom tengok gambar pulak. :)


classmates and me
keretapi manusia. pong pong!
harry tengah ajar sheera main


tengok. insiden camni pon ada tau.
lepas jatuh,ambik gambar pulak dah. tempat jatuh lagi dikenang,bla bla bla.
video azie jatuh. dah jatuh,jatuh lagi. entah tangan sape2 ntah azie pegang.nak bangun sendiri tak boleh.

Friday, 1 February 2013

"Takpe dik,Najib bayar."

Assalamualaikum.

woahhh. harini seharian kot azie keluar pergi jalan2. bukannya jalan2 sangat pon,just pergi tesco and setia city mall sebab nak pergi beli jubah .*hajatnyela,tapi tak beli pon* bagi student puncak alam,2 tempat ni lah yang paling ngetop untuk shopping sakan lepas dapat duit kpt. *eh? hihi. nampak tak penyalahgunaan duit kat situ?* pusing kanan kiri, mesti 'eh eh, tu budak satu dewan kuliah aku tu.' -,- then masing2 buat2 tak kenal. konon malu asyik jumpa budak palam. pfftt.

tadi ,lepas tengok movie, kitorang pi serbu MPH kat setia city mall tu. time tu nak tutup dah tapi kitorang masuk jugak. azie punye la semangat kan baru dapat Baucar Buku 1 Malaysia, so first thing yang azie grab bila masuk je MPH of course la novel kan. tipikal girl. ^_^. lepas tu grab kertas kajang sebab nak cukupkan rm50 sebab kalau tak,membazir la kan. diorang takkan bagi balance dah kalau tak cukup rm50 tu.

lepas riang gumbira pilih novel, pastu nak pi bayar baru teringat............alamak ! purse azie ngan housemate,hanim! ah sudahhh. cane ni? barang2 dah ambik. orang dah nampak dah azie dengan senang hatinye shopping sakan pilih novel,sekali kau takde duit nak bayar. acano? o_o

serius azie cakap,memang gila cuak,pastu cepat2 kol hanim,cakap nak purse,nak bayar barang2.tapi tunggu punya tunggu,hanim tak sampai2 jugak. time tu,takyah nak cakap r,memang cuak sangat2. lepastu kan baru teringat yang baucar buku 1 malaysia tu ada ngan linda. linda plak ada dalam kedai tu. so dengan senang hati gumbiranya lah sekali lagi, azie pegi kat kaunter tu.

azie: nak bayar. (sambil hulurkan baucar)
salesboy: ada ic ?
azie: hah? erkk. ada ngan kawan la. kawan takde kat sini.
salesboy: no ic berapa?
azie: 94021911**** (azie baca cepat2 kot nak bagi diorang percaya yang baucar tu memang azie punye)
salesboy: lesen ada?
azie: hah? takde lesen..(sambil suara sayu je.nak novel punye pasal)
salesboy: id student ada? dah macam polis dah aku tanye orang camni. hahaha
azie: ada2. jap eh. (dengan kelam kabutnya ambik id student ngan linda)
salesboy: rm42.80. ada baki 8 ringgit lebih ni dik. taknak beli apa2 lagi ke?
azie: hah? erkk. tak payah lah. (dah bengang dah sebenarnya. kelam kabut bebeno aku ni)
salesboy: ehh. banyak ni dik. adik pergi ambik mana2 barang cukupkan 50 ringgit
azie: hah? errr okay. (azie pon pergi ambik pen. hijau of course. hihi)
salesboy: tak cukup lagi ni dik. ada 5 ringgit lebih lagi.
azie:takpe la bang. biar je la.
salesboy: ehhh. tak boleh dik. banyak ni. adik pergi ambik je mana2 barang. takpe dik, najib bayar. jangan bimbang.borong je mana2 dik cukupkan 50 rinngit ni.

hah kau. najib bayar. rasa kelakar la plak abang tu. dah banyak kali azie cakap tak apa tak cukup pon,tapi dia nak jugak suruh azie cukupkan. last2 azie ambik lagi 2 batang pen and overal harga rm50.50 and azie kena bayar 5o sen je lagi. wah wah wah! best kan? shopping banyak2 tapi kena bayar 5o sen je. heaven!

penyelamat. shopping tak payah guna duit.
novel ,kertas kajang and le pensss


p/s: azie bukan nak salahgunakan baucar tu tapi dah sem 2 baru dapat. buku semua dah beli. so, beli novel jelah kan? hihi