nuffnang ad

Friday, 1 February 2013

"Takpe dik,Najib bayar."

Assalamualaikum.

woahhh. harini seharian kot azie keluar pergi jalan2. bukannya jalan2 sangat pon,just pergi tesco and setia city mall sebab nak pergi beli jubah .*hajatnyela,tapi tak beli pon* bagi student puncak alam,2 tempat ni lah yang paling ngetop untuk shopping sakan lepas dapat duit kpt. *eh? hihi. nampak tak penyalahgunaan duit kat situ?* pusing kanan kiri, mesti 'eh eh, tu budak satu dewan kuliah aku tu.' -,- then masing2 buat2 tak kenal. konon malu asyik jumpa budak palam. pfftt.

tadi ,lepas tengok movie, kitorang pi serbu MPH kat setia city mall tu. time tu nak tutup dah tapi kitorang masuk jugak. azie punye la semangat kan baru dapat Baucar Buku 1 Malaysia, so first thing yang azie grab bila masuk je MPH of course la novel kan. tipikal girl. ^_^. lepas tu grab kertas kajang sebab nak cukupkan rm50 sebab kalau tak,membazir la kan. diorang takkan bagi balance dah kalau tak cukup rm50 tu.

lepas riang gumbira pilih novel, pastu nak pi bayar baru teringat............alamak ! purse azie ngan housemate,hanim! ah sudahhh. cane ni? barang2 dah ambik. orang dah nampak dah azie dengan senang hatinye shopping sakan pilih novel,sekali kau takde duit nak bayar. acano? o_o

serius azie cakap,memang gila cuak,pastu cepat2 kol hanim,cakap nak purse,nak bayar barang2.tapi tunggu punya tunggu,hanim tak sampai2 jugak. time tu,takyah nak cakap r,memang cuak sangat2. lepastu kan baru teringat yang baucar buku 1 malaysia tu ada ngan linda. linda plak ada dalam kedai tu. so dengan senang hati gumbiranya lah sekali lagi, azie pegi kat kaunter tu.

azie: nak bayar. (sambil hulurkan baucar)
salesboy: ada ic ?
azie: hah? erkk. ada ngan kawan la. kawan takde kat sini.
salesboy: no ic berapa?
azie: 94021911**** (azie baca cepat2 kot nak bagi diorang percaya yang baucar tu memang azie punye)
salesboy: lesen ada?
azie: hah? takde lesen..(sambil suara sayu je.nak novel punye pasal)
salesboy: id student ada? dah macam polis dah aku tanye orang camni. hahaha
azie: ada2. jap eh. (dengan kelam kabutnya ambik id student ngan linda)
salesboy: rm42.80. ada baki 8 ringgit lebih ni dik. taknak beli apa2 lagi ke?
azie: hah? erkk. tak payah lah. (dah bengang dah sebenarnya. kelam kabut bebeno aku ni)
salesboy: ehh. banyak ni dik. adik pergi ambik mana2 barang cukupkan 50 ringgit
azie: hah? errr okay. (azie pon pergi ambik pen. hijau of course. hihi)
salesboy: tak cukup lagi ni dik. ada 5 ringgit lebih lagi.
azie:takpe la bang. biar je la.
salesboy: ehhh. tak boleh dik. banyak ni. adik pergi ambik je mana2 barang. takpe dik, najib bayar. jangan bimbang.borong je mana2 dik cukupkan 50 rinngit ni.

hah kau. najib bayar. rasa kelakar la plak abang tu. dah banyak kali azie cakap tak apa tak cukup pon,tapi dia nak jugak suruh azie cukupkan. last2 azie ambik lagi 2 batang pen and overal harga rm50.50 and azie kena bayar 5o sen je lagi. wah wah wah! best kan? shopping banyak2 tapi kena bayar 5o sen je. heaven!

penyelamat. shopping tak payah guna duit.
novel ,kertas kajang and le pensss


p/s: azie bukan nak salahgunakan baucar tu tapi dah sem 2 baru dapat. buku semua dah beli. so, beli novel jelah kan? hihi

6 comments:

  1. najib bayar eh?? pandainye beliau..

    ReplyDelete
  2. hehehe kalo sy dlm situation awk konpom gabra to the max.

    "xpe najib byr." haha chill je abg tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dah gabra tahap maximum dah tu. tu yang melalut pi ambik pen. hahah~

      Delete
  3. singgah disini .. n follow sekali.. do follow me back yea.. =)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. sama r..baucer beli novel n komik..hahahah xD

    ReplyDelete

hai abang,kakak,adik yang ensem dan gorgeous. komen jangan tak komen ! ^_^