nuffnang ad

Sunday, 19 May 2013

Tips mastering

Assalamualaikum.

             tips ni korang buat senyap2 je tau. lecturer tau,diorang ubah bagi assignment lain plak.

Akak dah send tips tu kat emel adik2 semua tapi ada certain emel yang korang bagi tu akak dah send 2 kali tak boleh jugak.maybe korang silap tulis emel atau akak yang silap tulis.hew hew hew~

Ok.benda ni kind of secret so jangan lah adik2 pergi share kat fb.senyap2 sudah.kalau lecturer tahu,nanti adik kena pikir sendiri la plak nak jawab mastering tu :)

So akak tulis la post ni,so that orang lain pon boleh tumpang sekaki dua kaki.
Peringatan ye, tips ni untuk mastering fizik je sebab akak dah puas godek2 library pakcik google mahupun makcik yahoo, tak jumpe pon solution untuk exercise kimia. Yang ade cuma fizik.mungkin pakcik google dan makcik yahoo nak main sorok2.jadi mastering kimia, sila buat study grup then jawab same2. :)

Untuk makluman adik2, soalan mastering tu nanti 80% diambil daripada soalan yang ada dalam buku teks fizik korang karya(lain macam plak bunyi.lantak~) James Walker tuuu.
So,first thing yang adik perlu buat ialah download solution untuk soalan yang ada dalam buku tu.tak susah pon nak cari solution tu.

Adik pergi kat search engine tu taip 'James Walker homework solution chapter 26' .kalau chapter 20 yang adik nak cari,tulis la chapter 20.gituuu~
Akak sebenarnya ade contoh solution tu tapi disebabkan laptop akak rosak, tak boleh nak cucuk brodben,akak tak boleh nak tunjuk.skang ni pon tulis blog gune henfon.sob sob.nanti kalau dah elok laptop tu,akak upload la solution2 tu semua.ataupon adik2 yang dah dapat emel dari akak tolong share.

Aik aik aik.dah lari topik plak dah.ok, dah download solution tu? Bagus! Skang tengok soklan kat mastering tu.kalau dia tulis 26.10 maknanye soalan chapter 26 nombor 10.
Haaaa. Lepas tu ajaklah housemate korang secara berjemaah untuk tengok solution yang korang dah curi dari pakcik google tu tadi.

Tapi awas tau.jangan lah mentang2 dah ada jalan kerja,hangpa semua pon duk ambik jawapan tu setepek hang letak kat answer mastering. Tak boleh. No no no !
Sebabnya kadang2 nilai yang digunakan tak sama walopon soalan same.contohnye dalam mastering,panjang wire adalah 2 meter,tapi dalam solution tu 20meter. Haaaa kan besar beza tu.karang ade yang menyumpah seranah james walker sebab bagi jawapan salah walhal diri sndiri yang ngok ngek tak bace soklan betul2. (perli diri sendiri.muahahha)

Untung tau kalau adik2 download awal2 james walker punye solution sebab nanti senang,sebelum kelas tutorial,adik boleh kaji dulu soalan tu camne nak jawab dan pahamkan.esok luse,bile masuk kelas tutorial,angkat kolar baju tande riak takbur pastu angkat tangan nak jawab soalan tu. Muahahha. Eh eh eh. Gurau. Riak tak baik.

Tu jelah tips yang mampu akak bagi.akak tau pon start sem 2. Adik2 untung sebab belum masuk dah tau.goodluck! Study smart jangan study hard jeeeee ~ ^_^




Saturday, 11 May 2013

Asasi Sains UiTM Puncak Alam

Assalamualaikum.

Tadi,azie tengok kat search keyword, ada orang yang search ‘ Asasi sains Uitm Puncak Alam’ kat blog azie ni. So, azie pon rasa terpanggilah lah nak buat entry pasal UiTM Puncak Alam ni. Kitorang panggil Palam je. Ringkas.

Azie tulis berdasarkan pengalaman azie sepanjang azie start duduk sini dari 1 Jun 2012 and in shaa Allah akan habis pada 12 April 2013. Maybe akan ada perubahan pada tahun korang lepas2 ni, jadi jangan la plak nanti nak compare2 plak ye.

(intro ni dah buat lame.sekarang azie dah habis dah pon. Yay! :D)

INGAT! Ni pengalaman semasa batch 2012/2013. Tahun korang mungkin berbeza

Kolej kediaman

Kolej kediaman ni tempat korang tinggal lah. Kat sini panggil kolej kediaman tau, bukan asrama lagi dah ye anak2.
Untuk pelajar perempuan, kolej kediaman kitorang nama Kolej Rafflesia. Ada Kolej Rafflesia 1,2,3,4,5 dan 6.

kitorang duduk kat padang kawad.belakang belah kiri R3, tengah R1, belah kanan R2
Kalau pelajar lelaki pulak Kolej Angsana. Kolej Angsana plak ade 1 until 5.
Azie duduk kat R1. R1 ni agak jauh dari tangga palam. R4 paling best. Naik je tangga palam,terus Nampak R4. Tak yah jalan jauh2. So,sape2 yang bertuah time daftar nanti,dapat lah R4. J Ataupon boleh mintak kat abang2 dan akak2 masa mula2 masuk tu,nak R4.

Kat sini, tempat tinggal kita macam ala2 apartment.
Satu rumah ada 4 bilik. Ade jugak yang 5 bilik. 
Satu bilik pulak kongsi 2 orang.Bilik dia selesa la untuk 2 orang.
Setiap bilik,ada 2 meja study,2 loker dan 2 katil single.Jadi tak payah berebut okay.

loker dia besar. tengok tu,loker akak ada bnyak ruang lagi~
Bilik air plak ada 2 . Satu bilik air sekali ngan tandas. Satu lagi bilik air takde tandas.
And then ada satu lagi tandas asing.
Ampaian pon ada tapi kecik. Azie selalu jemur kat tingkap je dalam bilik. Hihi.
Sinki ada dua.
Ada ruang kecik untuk letak barang2 mandi ataupon dijadikan tempat basuh baju.

Setiap kolej ada bilik dobi,surau dan bilik pelajar. Semua ni di tingkat 1.
Dalam  bilik dobi,ada 5 mesin basuh.

kena aturkan baldi macam tu tau. kadang2 akak skip sebab orang depan  tak basuh2 baju dia  -,-
kat bilik dobi pon ada ampaian
Sekali basuh 2 ringgit. Ada yang guna duit syiling,ada yang guna duit kertas. So tak perlu simpan duit syiling banyak2 sangat. Hihi.
Di bilik bacaan pulak ada TV, 2 meja belajar dan kerusi panjang .

Barang-barang elektrik

Pelajar tak dibenarkan bawak tv,peti sejuk,radio ataupon rice cooker ye. Haram sama sekali.
Tapi kalau nak bawak water heater,iron tu boleh la. Laptop? Lagilah boleh dik. ^_^
Setiap barang elektrik akan dicharge sebanyak RM10 per semester.
Contoh: akak hanye bawak laptop dan handset. So akak hanya perlu bayar RM20 untuk satu semester.
Better bawak extension tau. Boleh pasang banyak2.
lepas bayar barang elektrik,dapat sticker camni
Tempat makan

Dekat Kolej Rafflesia ada Kompleks Kemudahan Pelajar Rafflesia (KKPR).
Kat sini ade is mart. Macam kedai runcit la kire.
Lepas tu ada dalam 6 kafe yang bukak. Ada kafe yang buat servis order.So mintak no tepon. Senang. Order.Pastu turun ambik je.Takyah tunggu lame2.
Tingkat 1 KKPR pulak ada Pejabat Hal Ehwal Pelajar, gym dan surau.

belas ehsan google. KKPR
Dekat Kolej Angsana pulak dipanggil Kompleks Kemudahan Pelajar Angsana.(KKPA).
Ade minimart,kafe.
Oh ye,kat KKPA ni ruang tengah2 tu dijadikan Ruang Solat Utama(RSU). Solat Jumaat kat situ.
Tingkat 1 ada gym.
Tapi,kebanyakan pelajar lelaki suke makan kat kafe Rafflesia. Azie pon tak tahu kenapa. Adakah sebab makanan2 kat kafe rafflesia terlalu sedap atau diorang saja nak cuci mata tengok awek2 cun?

Kalau tempat makan kat fakulti plak, lepas je korang turun tangga maut tu, korang akan jumpa Kafe  Pendeta.
Lepas tu bawah kafe tu ada food court. Kat sini harga makanan lebih kurang sama je ngan harga makanan kat kafe rafflesia and angsana.
Kat fakulti2 bawah tu pon ada 2,3 gerai yang jual makanan2 ringan macam karipap,roti,sandwich tu semua.

Surau

Untuk surau kat fakulti plak, kat FSK 1,5 ada surau perempuan kat tingkat 2. Berhampiran lif tengah tu.
Kat FF2 pun kat tingkat 2.Belah kanan. Surau kat fakulti ni paling besar and ada 2 surau. Tapi dua2 ni untuk perempuan jugak.
Kat PSB pula di tingkat 4 . keluar lif,belok kanan.

Kalau untuk lelaki,surau di FSK 1,5 bersebelahan surau perempuan.
Di FF2 ,ground floor belah kiri. Hadapan bilik aktiviti pelajar.
Kat PSB kat tingkat 5,depan perpustakaan.

Kelas

Untuk pelajar asasi,mostly kitorang belajar di Fakulti Sains Kesihatan 1,5(FSK 1,5) ,Fakulti Sains Kesihatan 7(FSK 7), Fakulti Fakulti Farmasi 2(FF2) ,Fakulti Fakulti Farmasi 3(FF3) dan Fakulti Farmasi 4(FF4) .
Akan ada kelas tutorial dan kuliah.
Dewan kuliah biasanya di FSK 7 dan FF4.
Untuk kelas tutorial pula, kita buat kat BKA 1-20 kat FSK 1,5 tingkat 7.
Kalau lab pula, lab bio dan chemistry di tingkat 5 FSK 1,5.
Kalau fizik,lab fizik di FF3 tingkat 5.

Nanti korang akan dibahagikan kepada kelas2 masing.
Kelas untuk pelajar asasi sains ialah dari A-G.
Kelas A pulak terbahagi kepada 10 kelas. Contoh, A1,A2,A3 dan seterusnya.
Untuk asasi engine, akak tak sure. Dari kelas H sampai S kot.
Untuk dewan kuliah pula, 5 kelas akan digabungkan bersama.

Jadual belajar

Jadual belajar asasi tak sama dengan jadual belajar matriks. Diorang start 8 pagi kalau tak silap dan abis pukul 4 stengah. Everyday. Sama je tiap2 ari.
Kalau kita plak, jadual tak sama. Maybe kelas harin isnin start 8 stengah and abis pukul 5 stengah. Hari selasa plak start 12 stengah abis pukul 3 stengah. Heaven kan? Tapi ada jugak yang tak berapa nak heaven. Contohnya, kelas azie sem 1 ada yang start pukul 8 stengah,abis pukul 6 stengah tapi rehat sejam je untuk solat zohor.
Lagi satu,macam azie pernah cakap dalam entry lepas,jadual belajar jadual belajar students asasi bergantung kepada pelajar degree. Baca entry tu je lah ye. 

Kemudahan

Pustaka pon ada.
Perpustakaan Tun Abdul Rahman(PTAR) terletak di PSB tingkat 5.
Kat palam ni jugak ada bilik belajar. Kalau ada gap kan sejam dua,azie duduk kat bilik pelajar la.
Kat FF2,kat tingkat bawah tu ada bilik pelajar. 
Kat FSK1,5 tingkat 7 yang sama level ngan BKA pon ada bilik pelajar.

Kemudahan basikal pon ada. Tapi kena tunjuk IC dan kad pelajar.
Wifi ada di fakulti,kafe,pustaka. Semua tempat. Kat kolej kediaman takde wifi tapi dun wori, ada LAN. So bawak awal2 LAN wire tau. Kalau tak bawak,boleh beli kat is mart.

ATM.

Yang ni paling penting. Kalau tak,macam mana nak withdraw duit kan. Kat palam ada ATM bank islam only.
But don’t worry, atm bank islam pon boleh guna untuk withdraw pakai kad bsn etc.
Atm ni kat KKPA ada 1,kat KKPR ada 1, kat PSB ada 2 ATM and 1 deposit,and lastly kat FSK 7 ada 1 atm.

Pakaian.

Untuk perempuan, hari Isnin dan Jumaat wajib pakai baju kurung. Jubah pon boleh.
Hari lain, suka hati nak pakai baju apa asalkan sopan. Ni bukan lim kok wing ye nak pakai skirt bagai.
Pelajar perempuan tak dibenarkan pakai selipar ye pergi kelas. Selipar jamban,selipar surau asal nama selipar tak boleh.
Hanya sandal dan kasut ye adik2.Nanti pensyarah tegur.
contoh pemakaian yang dibenarkan. haha~
Untuk lelaki pulak, hari Isnin wajib pakai baju kemeja dan tali kemeja.
Hari Jumaat plak pakai baju melayu. Tapi ade je yang pakai baju t-shirt.
Lagi satu, jangan warna rambut! Kalau polis bantuan nampak,kena tegur.

Transport

Walaupun puncak alam ni ceruk hutan tapi jangan bimbang ye adik2.
Adik2 tetap boleh berjoli time weekend. Hehe.
Akan ada bas rapid yang keluar masuk palam ni.
Jadi kalau yang malas turun naik tangga,boleh naik bas. RM1 je.
Untuk ke Klang dan Meru naik U90. Pon RM1.
Kalau nak balik Terengganu naik bas rapid U90,pergi Klang sentral. Tiket bas Sani sehala RM 45.50 je. Bas fevret akak tu. Hihi.
Tempat berjoli yang paling femes untuk budak palam ialah Setia City Mall.
Kalau nak pergi Shah Alah,naik bas rapid U90 jugak. Bayar RM2.

belas ehsan google. taman kat setiacity mall ni lawa! :)

Area Puncak Alam ni ada pasar malam tau.Hari rabu dan sabtu.
Naik bas rapid T600.Pon bayar RM1.

Textbooks
Physics and chemistry guna Pearson.
Biology gune Campbell.
Math pulak lupe sebab azie tak guna. Prefer lecturer’s note so kalau ada yang nak buku text math akak tu, komen kat bawah ye. Akak bagi free je.
BEL dan agama Islam pon ada buku.
Biasanya akan dijual minggu pertama dan kedua.
Bagi buku Physics,Biology and Chemistry adik2 tak boleh nak amalkan system warisan ye. Akak sulung bagi buku kat adik no 2. Adik no 2 bagi adik no 3.

No no no! Sebab dalam setiap buku tu ada code. Code tu pulak amat penting untuk buat mastering.
Mastering ni macam assignment online la.
Mathematics dan agama islam takpe nak wariskan pon. Hihi. Sebab takde assignment online tu.
Buku2 yang bakal adik2 beli tu tersangatlah berat. Tak tipu. Sebab tu akak nasihatkan adik kerat buku tu jadikan bahagian2.

akak jilidkan macam ni. ikut chapter.
Basically, korang akan belajar topik2 time SPM. Cuma lagi detail.
Lagi satu adik2, tolong lah dari sem 1 tu,study betul2 biar score. Akak menyesal kot tak study betul2. Sebab sem 1 lagi senang nak score berbanding sem 2. Jadi jangan lepaskan peluang okeyh! :D

Quizzes and exam

Setiap subjek ada kuiz.
Selepas habis chapter, biasanya lecturer tutorial class akan buat kuiz. Habis belajar satu chapter je,buat kuiz.
Tapi ada lecturer yang gabung 3 chap dulu,baru buat kuiz. Depends on lecturers.

Tapi agama Islam terkecuali lah.
Agama Islam 2 kali je. Satu tengah2 sem,satu lagi time final.

Quizzes termasuk dalam carry marks,sekali dengan lab report and etc.
Quiz+lab report+assignment+presentation=50%
Final exam=50%
Sebab tu lah penting untuk score quiz. Jangan main2 ye adik2. :D

Laboratory

Hanya Bio,Fiz and Kim yang ada lab. Setiap sesi 2 jam.
Lab coat akan dijual biasanya minggu kedua. Harga kalau tak silap RM 45. Akak pon dah lupe. Banyak sangat makan semut agaknye. Hew hew~
Dalam lab, TAK BOLEH pakai selipar/sandal. Wajib pakai kasut.
Untuk lab ni, lab instructor akan explain dulu macam mana nak buat experiment,then korang akan buat sendiri.
Tapi akan ada lab assistant yang ronda2.So kalau ada soalan,tanye. Karang tak jadi experiment tu.

labcoat akak~ penyelamat di kala lab sejuk tahap  beku
 best tau buat lab. macam2 warna ade~ :D
Assignments

Bio: lecturers yang bagi dan ada jugak mastering online.
Physics: ada take-home-quiz , ada quiz buat dalam kelas and mastering online.
Chemistry: mastering online.
Math: takde.
Agama islam: ada esaimen. Nanti lecturers terangkan. And kena hafal surah jugak. Surah Al-Mulk dan Sajadah.
Lagi sekali akak ingatkan . Semuanya bergantung kepada lecturers hal2 yang berkaitan dengan quiz ni tapi mastering online tu semua kena buat.
That’s why akak cakap tadi,buku tak boleh waris2 kan. Kena beli buku sendiri sebab ada code untuk gune daftar mastering. 

akak dah tulis satu post pasal tips2 mastering,so adik baca kat sini la ea. 

Akhir kata(cewah macam buat karangan BM) , akak ucap kan tahniah untuk adik2 yang dapat tawaran dan ingin melanjutkan pelajaran kat UiTM Puncak Alam. Kalau ada yang nak tanye,tanye je. Ok? Jangan bimbang. Akak tak makan orang melainkan korang berukar jadi ayam goreng. nyum nyum nyum~