nuffnang ad

Sunday, 21 July 2013

Jawatan kosong di Giant Gong Badak

Assalamualaikum.

Lagi dua minggu azie akan berhenti kerja sebab nak sambung belajar. Azie kerja kat butik Iman Damai. Jual tudung , jubah, telekung and etc. Girl stuffs only.

Best tau kerja sini. Boleh meningkatkan keyakinan diri and menguji level kesabaran kita ni,tinggi ke rendah. haha.

Menguji keyakinan tu sebab ye lah kan kalau tak berani macam mana nak approach customer. Tak kanlah customer masuk,kau just duduk jauh2 pastu cakap "haa,tengok lah kak. dah siap tengok,berkenan terus bayar ea kak" Cakap pulak tu jarak 2 meter. Melampauuu. Mau kena lepuk nanti kat bos. Tapi kan kan kan, azie dulu macam tu la. haha! First day masuk kerja. Being this is my first time jadi part time worker kan,so agak awkward la nak layan customer. Azie akan duduk jauh2,pastu diam tak berkutik. Kalau customer tanye harga berapa? azie akan jawab "errrr. raseny2 rm120. akak tengok kat tag betul ke tak?" serius aku rasa nak lari sorok belakang tiang je. malu weh. boleh plak aku suruh customer tengok sendiri. -,-

Tapi tapi tapi! Sekarang azie dah terer. Hihi. Dah tak payah nak sorok2 belakang tiang mahupun rakan sekerja sebab sekarang ni azie pulak yang terkejar2 nak layan customer. Haha. Ye lah kalau tak layan customer,takde sales. Bile takde sales,komisyen sikit. Bile komisyen sikit,gaji pon sikit. Bile gaji sikit, tak boleh nak beli novel banyak2. T_T nampak tak permainan dia?

Part menguji kesabaran tu plak sebabnya kerenah customer ni ya ampun rasa nak hempuk je kepala customer tu dengan tukul besi sais gergasi. Mulut customer ni kadang2 boleh tahan laser gak. Azie plak orang yang jenis cepat panas hati. Ya,mengaku memang cepat marah. Tapi kerja kat butik iman damai ni dah menjadikan azie orang yang sabar lagi sopan bin santu melayan kerenah pelanggan. aww aww~

contohnye kan,

customer: makkkk aihhhhh. bawak kosong rm10 sehelai. kat bus stand rm5 je.
azie: senyummmmm je. Dalam hati , dah tu kau pergi beli sana la dik.

customer: dah ni kenapa mahal sangat? *sambil buat muka tak puas hati*

azie: sebab kualiti kain tak sama kak. Yang atas ni lembut sikit,yang bawah kasar sikit. Nak2 plak atas ada keronsang. *sehabis ikhlas azie senyum*
customer: baik beli kat pasar*sambil jeling*
azie: *senyum* terima kasih kak. Dalam hati ya ampun,geramnye aku!

customer: dik cuba tengok jubah yang tu
azie pon ambik lah jubah. Pastu customer nak yang lain,ambik yang lain plak. Punye la 5 ,6 helai jubah dia sarung dalam stengah jam layan dia sorang,tetiba cakap,takpe lah dik,tengok2 je.
Dushhh! jubah tu gantung kat atas kot, mahu tercabut kepala aku duk lengguk nak buat turun jubah tu then senang2 cakap nak tengok2 je. Patut masuk kedai lenggang kangkung macam itik pulang petang selamba badak tak bawak purse. Rupe2 dah bercadang taknak beli. -,- sabar azie sabar. Customer sentiasa betul.

Eh cop baru azie perasan, tajuk tak seiring sehati sejiwa dengan entry ni. Ok. untuk memperbetulkan entry balik, meh lah azie buat iklan jawatan kosong.

Siapa2 yang nak jadi confident and penyabar macam azie ihikss, ayuhlah mintak kerja kosong kat Butik Iman Damai kat Giant Gong Badak ye. Dekat entrance belah foodcourt tu. Sebelah kedai kopitiam. Sebab azie dah nak berhenti 2/8 ni. sebab nak settle hal2 masuk uni. :') Kalau berminat,sila tinggal no telefon kat sini pastu azie akan mesej la untuk panggil interview ataupon lagi bagus datang kedai terus. ok?

6 comments:

  1. Replies
    1. eh eh,mira! gane boleh jupe blog ni ea?

      Delete
  2. ni kalo kije ni part time blh? macam sparuh hari ka...

    ReplyDelete
  3. Akm.sy amat memerlukan pekerjaan tolong sy.dn hubungi sy di.0148186553

    ReplyDelete

hai abang,kakak,adik yang ensem dan gorgeous. komen jangan tak komen ! ^_^