nuffnang ad

Thursday, 11 July 2013

Sarjana Muda Teknologi Makmal Perubatan UiTM

Assalamualaikum.

Dulu azie berdebar tunggu result UPU. Tapakpei lepas dapat result tengah hari tadi,tu pon ayah yang mesej, azie rasa kosong. KOSONG. macam....eh kenapa kos ni? kenapa tak medik?

Sedih la jugak sebenarnya tak dapat medik,dapat MLT a.k.a medical lab technology a.k.a teknologi makmal perubatan . Nak2 ramai kawan2 azie dapat medik,farmasi,dentist. u know, course yang kritikal . Pulak tu dapat kat u yang femes,yang terkenal. Azie dapat UiTM je.

Bukan tak bersyukur, ya azie rasa sangat bersyukur sebab still dapat tawaran tapi ye lah, hati nak lain tapi dapat lain. Ada rasa terkilan sikit tapi bila pikir2 balik,maybe this is the best choice for me.

Maybe kalau azie dapat medic,azie akan menangis meraung sebab tak dapat nak catch up study. Yang dapat medic ni kan mostly 4 rata, azie bukan kata nak dapat 4 rata, 4 bujur pun tak dapat.

Allah knows better. Kalau dapat medik,nanti kena hadap buku 24 jam,then takde masa nak layan Running Man . Ah sudahhhh. Macam mana tu? *tetiba.haha*

So, sekarang ni azie dalam proses meredhakan diri untuk belajar terima hakikat yang azie tak dapat medic. Tak dapat nak tunaikan hajat abah yang nak azie jadi doktor. Tak dapat nak capai2 cita2 azie nak jadi pakar obstetrics and gynecologist.

"Takpe, Allah dah aturkan yang terbaik untuk aku."  I keep on repeating this in my heart. :')

Tak dapat jadi doktor pon , dapat jodoh seorang doktor pon ok jugak kan,abah? ahaks.

Siapa2 yang tengah belajar degree MLT ni boleh lah bagi semangat sikit ek kat azie. haha.


p/s: Btw, MLT ni kampus Puncak Alam so yeah, azie akan jumpe lagi tangga maut tu. erghhh.ingatkan habis asasi kat situ dah tak jumpe dah.  kuat betul jodoh kitorang -,-

41 comments:

  1. degree ni tak de keja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah Allah ada perancangan terbaik untuk saya. :')

      Delete
  2. good luck, jgn risau asalkan pointer best dan praktikal pon bagus insyaallah sng nk dpt kerja dgn hospital, pathlab, dan mcm2 lagi.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks anonymous. :') thanks for your support. saya hargai sangat2. in shaa Allah saya buat yang terbaik degree nanti. :)

      Delete
  3. Assalamua'laikum azie.. hye !! tahniah.. sy pun dpt degree MLT UiTM and.. ex-student asasi sains palam jgk :] hope sama2 kita dpt buat yg terbaik.. inshaallah Allah tahu apa yg terbaik buat kita... smoga dipermudahkan.. ameen :]

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak nak tnya soalan sikit . nak email. hehe

      Delete
  4. akak, saya ni cam xde hala tuju pun. xtaw la apa yg minat. kalo course ni, memang kena amik asasi dulu gak ke? boleh kongsi apa2 x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. result adik lebih cenderung kemana?
      dulu ambik aliran sains ke engine? atau akaun?
      kalau kos ni tak semestinya ambik asasi. ade je budak matriks. and sebelum akak keluar dari uitm dulu,budak diploma pon ada masuk.

      Delete
  5. boleh tak awk crita skit ttg diploma MLT?pluang kerjaya?boleh smbng tak buat farmasi?diploma MLT adadkt pncak alam jer ker?hmmm nk apply dlm upu ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaflah sebab saya sempat ambik ijazah mlt ni 2 minggu je pastu keluar ambik medik kat unisza.so i dont't quite know what exactly mlt is and skop pekerjaan.sorry ye. degree mlt kat puncak alamkalau diploma kat puncak alam jugak rasenye

      Delete
    2. bagaimana akak boleh dapat pindah ke medic di unisza? adakah saya berpeluang utk pindah juga pada tahun 2016?

      Delete
  6. salam.. maaf menggangu...nak tanya..harap sudi jawab =)

    jadinya macam mana bila dah amik course medic di unisza? ada beza tak? saya tgh consider nak ambil mlt tapi berminat farmasi cuma nak dapat farmasi tu peluang tak tinggi mana. jika berbaloi ambil di uni swasta, mungkin ke situ, sekiranya mlt is not suit me.

    terima kasih in advance =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumusalam. erkk. sebenarnya saya keliru dengan apa yang awak nak tanye. nak pasal mlt ke medic je farmasi? lagi satu unisza bukan uni swasta tau. unisza ni ipta baru. dulu orang panggil kusza ataupun udm. :)

      Delete
    2. terima kasih sebb reply

      ha'ah la..bila baca semula saya pun tak faham apa y saya tulis.hehehe..malu je

      mcm ni ceritanya. saya tgh consider samada nak amik MLT atau farmasi di uitm. sy sangat minat dan yakin dengan farmasi tapi tak berapa yakin la dapat offer farmasi uitm.saya rasa takut nak amik mllt sebab mlt ni macam sangat guna kimia jee sepanjang course die, betul ke anggapan saya ni?saya tak tahu sngt mlt ni subjek sepanjang 4 tahun mcm mana. farmasi pun ada guna kimia jugak tapi setakat sampai tahun ke dua sahaja.

      awak citer, awak tukar course dari mlt uitm kepada medic unisza kan. boleh share ke kenapa awak tak minat nak teruskan mlt?medic banyk menghafal kan? berapa jumlah kos untuk belajar medic di unisza ye?

      maaf banyak bertanya.terima kasih skali lagi sebb luangkan masa untuk reply..

      Delete
    3. sori lambat reply tau. bz sket.

      so kira awak minat farmasi tapi takut tak dapat offer farmasi so jadikan mlt sebagai backup la ni?
      kalau tanye akak la kan,baik ikut minat. minat farmasi,ambik farmasi. gituu.

      pasal mlt tu, akak just duk uitm tu 2 minggu je and baru sempat belajar satu kelas je, tu pon immunology so i don't know quite well la about this case. tapi akak ada tanye kawan akak yang tengah ambik mlt kat uitm tu and dia cakap, "mlt ni semua pasal lab diagnose,dari cara pengendalian specimen sampai la ke alatan yang digunakan plus principle2 involve agensi2 kesihatan and a lots of bacteria and others.pasal kimia pula, mlt ni tak belajar kimia full. just basic kimia . contoh sem 2 belajar biochemistry,second sem dan seterusnya plak blajar subjek clinical chemistry."

      akak nak ingatkan kalau nak ambik mlt,tak boleh geli2 tau. sebab apa tau nanti awak kena handle segala jenis cecair atau solid dari badan including darah(most common) , kahak,lendir,tahi,air mani and etc.

      pasal farmasi plak,akak pon ada tanye kawan yang ambik farmasi kat uitm palam gak.
      kawan akak tu cakap subjek farmasi ni same je setiap universiti cuma sem yang belajar tu lain. sama gak cam course akak. akak belajar hematology sem 2, tapi uni lain belajar sem 2. paham tak?
      pastu subjek farmasi uitm:

      sem 1:
      -organic chemistry 1
      -pharmacy practice 1
      -anatomy + physiology
      -physico chemical basis for pharmaco

      sem 2:
      -organic chemistry 2
      -pharmacy practice 2
      -pharmacology
      -pharmaceutics
      -biochemistry
      biostatistics and calculus

      pasal kisah akak tukar dari mlt ke uitm tu plak sebenarnya, akak minat math dulu. tapi parents suruh ambik bidang sains2. medik ke farmasi ke. and kebetulan isi upu aritu dapat mlt. pastu parents nak jugak akak ni ambik medik,so buatlah rayuan direct kat unisza sebab uni tu dekat ngan rumah. haha. alhamdulillah 2 minggu masuk uitm, unisza panggil suruh masuk for second intake. tapi penatlah sebab nak catch up ngan budak first intake yang dah belajar banyak.
      menghafal? yesssss a lot bebeh!
      dari segi kos agak banyak la compared to uitm. yuran untuk 2 sem almost 4k. yuran daftar rm300 time mula2 nak masuk tu.

      sori tau lambat reply tapi dah buat esei panjang ni kira aci la eh. hihi

      Delete
    4. ak student unisza..klu nk amik mdeic pon jgn la kt unisza..menyesal nnt hehehe

      Delete
    5. hahah. skang ni pon saya tengah ambik medik unisza la

      Delete
    6. assalam kak. utk mbbs unisza 16/17, berapa ya pointer minimum mereka yg dpt? ada tak yang 3.7++ lepasan matriks/asasi? thank you :D

      Delete
  7. salam,nk tnya yer..brape pointer yg dperlukan untk kos MLT ni ye?kalau akak dlu brape yg dia amik?tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumusalam. maaf dik.akak pon tak tahu. sebab sempat duduk 2 minggu je kat uitm tu.

      Delete
  8. Salam. Pointer akk brapa? saya 3.49 ja. Lepas tak mlt ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. MLT kene minimum 3.5

      Delete
  9. ha33..gdlcuk cri keje....

    ReplyDelete
  10. uitm ok sgt da...nti da jadi doktor..sila bg kerjasama dan hormat pada mlt..mlt ni bantu doctor utk knfmkn ape penyakit patient..selagi mlt xbg result test yg doc resquest selagi tu doc xblh nk bg treatment kt patient..jadi sy nk btau..tunjang utk perubatan ni adaln mlt..selagi mlt xknfmkn ape yg abnormal selagi tu nurse xdpr bg ubat ape utk [atient,frmasi xblh keluarkn ubat kt doc..doc pulak xblh decide nk bg treatment utk patient..oleh itu jgn remehkan tugas mlt ye dik...selamat maju jaya..wsslm..sy bekas graduan mlt uitm...wsslm sy bekas pelajar mlt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks atas nasihat tu tapi saya tak pernah pon kutuk mlt ke apa. :(

      Delete
  11. saya lepasan matrik bidang sains, cita2 nk jd pensyarah dlm bidang kimia. ape laluan utk saya dulu ye bg lepasan matrik ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lambat reply.

      aiyak. akak pon tak tahu dik. tak try mintak IPG ?

      Delete
    2. assalam kak. utk mbbs unisza 16/17, berapa ya pointer minimum mereka yg dpt? ada tak yang 3.7++ lepasan matriks/asasi? thank you :D

      Delete
  12. akak dpt brp a spm sblom dpt twrn mlt ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak dapat 10a1b. tapi lepas spm tu,sambung asasi dulu la,tak terus dapat mlt

      Delete
  13. Salam kak nak tanya brp pointer akak dpt utk upu ?

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum kakAzie, bole tak terangkan serba sedikit tentang syllabus MLT or senarai matapelajaran dari sem pertama. Kalau dari penerapan, ada potongan semester tak?

    ReplyDelete
  15. secara jujur, kat malaysia ni kerjaya MLT hanya setakat diploma saja. bertahun2 kesatuan MLT fight utk degree MLT, tapi tidak berjaya, banyak sangat karenah dari JPA. Dalam hospital, tiada tempat utk MLT dilantik sbg ketua jabatan. Kebanyakan MLT yg ada dip. akan sambung degree biomedic,biochemistry atau mikrobilogi utk kemajuan kerjaya. jika ada degree ini, MLT dilantik sbg peg. sains dan bukan sbg MLT berdegree.

    ReplyDelete
  16. gud luck k azie saye pown ambik mlt jugak, cita@ nak ambik medic plus nurse but then x lulus, tapi tpksa ambik kos ne, lama2 jadi suka, sbab dya mncabar, tau tugas mlt lagi brt dri dktr sbb kita yg diagnos bnda tu, dktr cuma bagi solusi , so keep in ur course, cayo2

    ReplyDelete
  17. Kat unisza ada x kos sains bioperubatan? Kenapa search2 macam kos tu xwujud jer.. harap akak boleh bagitau serba sedikit..

    ReplyDelete
  18. Salam kak, saya dpat degree Biology wlaupun pointer upu saya 4.0 tapi saya redha dan cuba suka course ni. Tapi saya masih berhasrat nak sambung medic, jadi mcmna akak dpat tukar course ke medic?

    ReplyDelete
  19. Salam kak, saya dpat degree Biology wlaupun pointer upu saya 4.0 tapi saya redha dan cuba suka course ni. Tapi saya masih berhasrat nak sambung medic, jadi mcmna akak dpat tukar course ke medic?

    ReplyDelete
  20. Salam kak..akak tau x pasal dip mlt kat uniza...silibus dia sama cm uitm ke or lain?

    ReplyDelete

hai abang,kakak,adik yang ensem dan gorgeous. komen jangan tak komen ! ^_^