nuffnang ad

Monday, 19 August 2013

A1.

Assalamualaikum.

Tetiba malam (pagi sebenarnya. pagi buta nak lagi tepat) ni rasa rindu kat budak2 A1. Bukan malam ni je sebenarnya,sejak habis asasi dulu lagi. Tak tahu kenapa .

Kalau ikutkan dulu,time awal2 masuk kelas A1 tu, azie tak rapat sangat pon dengan budak2 A1 ni tapi lama2,boleh get along. :')

Perangai masing2 buat azie kadang2 rasa nak gelak. Kadang rasa nak marah. Kadang terasa hati. Kadang rasa nak merajuk. Kadang rasa nak ketuk kepala sampai benjol macam shin chan. Tetiba shin chan terlibat. Abaikan.



1)Fiqa bijak sangat. Pandai. Masa test 1 pyhsics dia score 100. Bapak terror kan? azie pon tak tau macam mana dia study sampai score macam tu. azie tak tidur malam before test pon score 80 je. Fiqa jenis orang yang happy go lucky. Senang kalau satu group ngan dia sebab fiqa buat semua yang susah2. Azie and others buat yang simple2 je. haha. thanks fiqa :)


2)Eisya pon pandai. Eisha yang pakai tudung putih tu. Sangat pandai math. Ramai budak2 laki tanye eisya pasal math. Even aiman yang azie rasa dah cukup bijak pon tanye math kat eisya ni. Dengar cite eisya dapat degree math kat ukm. Ke u lain eh? azie lupe . huhu. Azie berkenan betul tengok eisya pakai jubah. lawa2. sebab tu suruh mak jahitkan satu jubah untuk azie. haha. sampaikan raya kali ni mak beli 2 jubah untuk azie. alhamdulillah. :)

3)Eliesa yang kecik molek tu. Hehe. Konon diri sendiri tinggi sangat nak panggil orang kecik. Tapi takpe. Eliesa tak marah,kan? Eliesa sangat cute. Cara dia cakap sangat comel. Macam budak2. That's why la kot bebudak panggil dia adik.


4)Maria yang pakai spek. Suka sangat cari gaduh dengan Raja. haha. Bergurau sebenarnya. Sape yang pernah baca entry ice skating dulu tu, ni lah dia Maria yang pegang azie sampai jatuh. Then azie pegang tangan dia,dia pulak jatuh. haha.

5)Ros yang sorang lagi tu. Sangat ceria! (nampak tanda seru tu?) kalau ambik gambar Ros selalu buat peace. bukan satu tangan je tau. Dua sekali dia buat. Dah jadi trademark. Kamal selalu je perli trademark Ros tapi Ros buat dek je. Alah kamal. Sape je yang dia tak kutuk,kan?


6)Sheera yang tengah senyum comey tu. Arini birthday dia. Azie dah ucap dah kat fb. hihi. Sheera pandai main gitar. Power,kan? Bila tengok sheera main gitar perghhhh. memang beza macam langit dan bumi bila azie main gitar abang azie. Sheera main best! Sampaikan class trip kat cerakah tu pon dia bawak. Sheera main gitar,Hawa nyanyi. Dah boleh buat album dah tu. :)

7)Hazimah yang pakai baju petak2 ni muka dia ada iras2 kakak MDS . haha. Bila tengok hazimah selalu terbayang muka akak tu. jangan marah eh~


8)Farah Hannan tengah buat peace. haiiii. curi trademark ros ke? hihi. Farah orang terengganu juga. Ramai sbenarnya orang ganu kite dalam class A1 ni. Ros , farah, aisyah,me and kamal.

9)Fatimah sangat baik. Kalau dia ada notes2 yang berguna,dia selalu post kat grup kelas. Kalau ada announcement,mesti dia mesej gegirl A1. Sepatutnya fatimah yang jadi class rep. Boleh diharap. hihi


10)Puteri yang tengah buat gaya like a boss tu. gambar ni time diorang buat pre med. Dan in shaa Allah tiga2 awek cun dalam gambar ni akan sambung degree medic . Tahniah. Memang layak la sebab diorang bijak. Puteri pon bijak. Bila azie tanye something mesti dia dapat jawab dengan confident cuma azie ni lalembap.Puteri kena ulang banyak kali baru faham. huhu. Oh ye,puteri orang nogori. den suko benor dengor dia cakap nogori. (aku main hentam,salah cakap slang nogori blakang kira)

11)Hawa yang kat tengah tu pakai tudung merah. For God sake,Hawa sangat cantik bila pakai tudung. Dulu time pegi kelas je hawa pakai tudung, kat luar tak. Rambut dia sangat panjang. Konpius jugak azie,macam mana dia boleh jaga rambut cantik camtu. Nak jugak tahu rahsianya. hihi. Tapi lately,tengok twiitter and facebook hawa,post2 dah semakin ilmiah and hawa pon guna dp yang bertudung. Alhamdulillah. Mungkin Hawa dah berubah. Hawa sangat cantik bertudung. Sangat2 cantik. :')

12)Raja Nurzahratulamani binti Raja Zakaria. Raja takde gambar. laptop azie kena format so takde gambar raja. Gambar ramai2 ada tapi jenuh pulak nak crop bagai kan so bagi special,azie taruh nama penuh Raja. Aci,kan? (kenyit2 mata dan lari sebelum kena lempang) Dulu, kalau pergi kelas,azie akan pergi bertiga. Raja,Yana and azie yang kiut ni. Biasa janji jumpe depan reff pastu gerak sekali pergi kelas. 3 sekawan. pernah sekali tiga2 pakai tudung hijau padahal tak rancang pon. comel. lupe nak ambik gambar.

13)Nurul Amira pon sama sebab dia. Takde gambar sorang. Harap maaf. tapi aisyah, azie nak ucapkan terima kasih la sebab ajar kimia last minit. last minit tu la buat azie paham and dapat jawab final kimia. terima kasih sangat2. :)

14)Aisyah Zubaidi  bertudung labuh. suka tengok aisyah pakai tudung labuh. comel. aisyah pemalu dengan lelaki tapi kalau dengan perempuan,fuhhh. tangan tu macam ketam. skit2 nak cubit orang. tu tangan ke kepit ketam tu haa?

15)Syafinaz yang ganazzzz. finaz memang azie rase nak mintak ampun sangat2. dah sebulan lebih azie beli keropok untuk minah ni sebab finaz suruh pos tapi sampai sekarang tak pos2. takde masa. sebab azie kerja. lepas kerja cuti berminggu2 pulak cuti raya. in shaa Allah finaz,tak minggu ni ,minggu depan. huhu.

16)Athieqah . Athieqah baik. Sopan je. Azie tak tahu nak komen apa sebab thieqah selalu jalan berkepit ngan dayah . haha. Sori sebab tak ambik gambar banyak2. Thieqah ada send mesej raya aritu tapi takde kedit nak balas. Lepas tu bila ada kedit,lupa nak balas. Seminggu lebih baru ingat mesej dia tapi takkan nak balas jugak,ye tak? huhu. sori thieqah. tahun depan in shaa Allah Azie mesej raya kat thieqah! :D

17)Hidayah Gamello. Nama fb azie bagi kauuuu~ curlassss gitu. nak cite apa ek pasal dayah. ayat dah panjang untuk orang lain plus pagi buta. dah pukul 2:12 pagi skang ni so otak blur nak cite apa. papepon,dayah cantik lagi gojesss.

18)Mashalida. lecturers selalu sangat tersalah sebut nama masha. Ada yang sebut mas-ha-lida. Padahal masha-lida. Macam nama azie la. Selalu je orang sebut a-zi-yey-ni. padahal a-zi-ni je. e tu dah ayah yang letak takkan nak buang,kan? (tetibe emo kau kenapa azie oiiii) 



19)Yana mek klate. Azie duk pung pang pung pang cerita pasal gegirl(nama nak gedixx je) A1 ni, boleh pula terlupa pasal classmate+housemates yang kiut ni. Ramai yang terkejut bila tau azie n yana satu rumah. No wonder la kan pergi kelas sama2,balik pon same2. hihi. Nasib baik ada yana. Ada orang tolong kejutkan bila azie lambat bangun.

20)Azie. dah tahu sapa so tak payah cerita.

"heyyy azie. kau jangan kutuk aku."
21)Kamal. Lantak la. Aku nak kutuk jugak. Kamal ni Class rep A1. Alahh. Macam ketua kelas camtu la. Mulut dia ni fullamakkkk. Macam mesin popcorn. ada jeeee benda yang dia nak cakap,nak kutuk. Even dalam dewan kuliah kalau duduk depan dia ke,belakang ke,tepi ke,asal name around dia,konpem tak boleh fokus kat lecturer sebab suara dia lagi kuat dari suara lecturer and buat aku rasa nak tampar sampai tercabut mulut dia. Tapi kalau takde dia ni,sunyi kelas. Jadi terpaksa reda la.


22)Syafiq Ghani opkos la yang laki tu,ye dak? sebab perempuan tu azie. -,- Mamat ni la supplier Running Man kat azie tau. sobs sobs. terharu pulak aku. habis asasi,dah takde orang yang nak sibuk "azie azie, running man latest. episode bla bla bla" kenapa la kau dapat UMT sekali ngan kamal? bukan kat palam sekali ngan aku? kalau tak,boleh aku pow episode RM lagi ngan kau.


23)Hanifah. Gaya duduk macam along mintak hutang kan? tapi takde maknanya along. mamat ni pendiam. tak tahulah plak kalau dalam geng laki,dia chatterbox. aritu sekali sebelum pegi rumah aiman,kumpul kat reff,takde kerusi kosong yang lain,azie duduk sebelah dia .then si hanifah ni cakap "eh azie. kau tak takut ke duduk sebelah aku?"  Aku tak tahulah kenapa kau tanye soalan cepumas macam tu. ni aku nak jawab ni. "kenapa aku nak takut? kau pembunuh bersiri ke?"



24)Wan. hurmm. dia misteri. kejap macam ok je bila aku cakap ngan dia. kejap macam tak. tapi aku suka haircut dia time awal2 sem 2 dulu. smart.


25)Syakib yang tengah  buat iklan gigi tak berbayar tu. Dia ni pon sama cam kamal. kecoh tapi perangai baik la,tak annoying macam si kamal tu. haha.

26)Aiman yang sem 1 pendiam,sem 2 dah peramah. haha. dulu time sem 1,serius aku rasa pelik ngan aiman. mamat ni takde kawan ke? jalan straight masuk dewan kuliah tak toleh kiri kanan terus duduk kat tempat fevret dia duduk sorang2. baris ke3 atau ke4 dari depan belah tengah kat kerusi hujung. Ada cop nama dia ke eh kat situ? Time sem 1 aku takut nak tegur dia. Tapi time sem 2, aku beranikan diri tegur dia. last2 hek eleh. takdelah senyap mana pon mamat ni. boleh je ngam. haha. sori la aiman,tak dapat aku nak jadi tukang sambut baby kau. aku tak dapat medik :'(


27)Nazmi yang baju kuning hitam tu ye.Nazmi pon misteri cam aiman. tapi misteri nazmi ni tak terungkai sampai kesudah. dah habis asasi pon tapi aku cakap ngan dia baru sekali kalau tak silap. tak tahu kenapa. yang aku tau,dia bijak bio and pernah tengok dia pegang nota bio sambil hafal2 kat kerusi padahal time tu bukan ada quiz atau test bio.

28)Syafiq fahmi takde gambar. brodben pon dah lembap so aku pon malas nak donlod dari grup fb. haha. dia sepanjang aku kenal dia la,seorang pendiam. tak reti nak komen lebih sebab tak rapat.

29)Hafifi atau nama manja fifi. Gambar dia ni pon takde harap maklum. Budak Sabah and minat bio.



Dah puas mengimbau nostalgia kenangan lalu (ayat bm nak A+) ,sekarang masa untuk tidur. Aisyah yang selalu pesan suruh update kat chatbox tu,azie dah update. :')

5 comments:

  1. This made my day!senyum sengsorng baca post ni..pasni update kerap lg laaaaa.citer life as a degree student kat palam B)

    -cikeuchi-

    ReplyDelete
  2. A1 dihatiku~ hehe

    -Aiman :D

    ReplyDelete
  3. Rasa pening tgk kekacauan dunia kat fb ngan blog2 sekarang...
    mujur jumpa blog nie.. dapat berehat seketika ngan artikel yg ringan...
    terima kasih...

    Feel free to surf to my blog :: Daryl

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboihh ayat.kekacauan dunia gituu.
      haha.thanks sbb bace blog ni walopon azie tau banyak yang merapu meraban sbenarnya. >.<

      Delete
  4. Azie.. thanks ya.. rindu kt A1.. tringt blog Azie.. :)
    -Fatimah-

    ReplyDelete

hai abang,kakak,adik yang ensem dan gorgeous. komen jangan tak komen ! ^_^