nuffnang ad

Tuesday, 18 February 2014

Saya ada kawan.

Assalamualaikum.

ni cuma luahan perasaan. don't read it if you don't like it 

(saya bertukar aku in this post)

tadi aku ada baca blog kawan aku. sekolah menengah.
form 2 je dia ada sebut nama aku dalam blog tu.
after that no.
or maybe i didn't notice it.
but the thing is.
dulu kitorang rapat.
satu geng.
kelas sama.
lepak sama2.
rehat sama2.
and it turned out that we like the same guy.
what a coincidence,right?
I knew it and aku avoid laki tu.
sebab dia.
sebab dia kawan aku.
sebab aku tau,dia,kawan aku,suke laki tu.
so i back off.
dengan harapan, friendship aku dengan dia tetap tak berubah.
tapi, day by day, dia makin jauhkan diri dari aku.
atau aku je rasa camtu?
plus,kitorang dah tak sekelas.
susah nak jumpe.
and even kalau aku mesej,dye tak balas
tapi
depan kawan2, we look ok
tapi tak.
aku tak paham kenapa dia buat macam tu.
sikap aku menjengkelkan ke?
if i do,please tell me what's wrong
so that i can correct my mistakes
so that no one else will left me
so that i don't lose anymore friend
not even you
especially you
because we used to be BEST FRIENDS
or is it only me feels that way?
i hope not
because i really do love you,of course as friend. sesama pempuan. aku tak lesbo
aku dah mintak maaf even aku tak tahu apa salah aku
i thought everything's ok after that
but it's not
it is still the same
you. avoid. me.
our friendship rasa macam dah susah nak back to normal. kalau kau tetap ignore aku.
aku minta maaf kalau ada buat sakit hati
in future,kalau aku ada buat kau sakit hati, sila bagitau aku.
aku tak marah
sebab aku sayang kau.
aku sayang friendship kite ni
aku nak tengok kau senyum macam dulu
aku nak dengar kau cite2 macam dulu
aku nak tengok kau buat prangai kanak2 ribena kau tu.

kepada kau,kalau kau terbaca post ni,aku mintak maaf. sincerely.

Saturday, 15 February 2014

" Tak takut tengok mayat?? "

Assalamualaikum.

kalau takut,jangan baca.

Jangan terkejut baca tajuk. Bukan azie saje2 nak tengok mayat. Tapi untuk kelas anatomy sebenarnye. Takde maknanye lahai aku nak pergi bilik mayat kat spital tu pastu say "hye,how are you?"

No.

Dulu2 kan, azie ingatkan jadi budak medik ni tak jumpa lagi mayat2 ni. Time belajar pon, just refer pada patung2 je. Hahah. Noob giler. Yelah,sebab dulu tak minat pon medic. I love math actually. Tapi Allah dah tentukan azie ambik medic,so redha.

Nak jadi ceritanya, setiap modul yang kitorang belajar ada anatomy. Tapi untuk modul 1 sampai 3 tak jumpa lagi Mr. Cadaver ni. Tapi untuk modul 4 haritu belajar Tonsil & MALT(mucosa-associated lymphoid tissue) and kitorang ada belajar tonsil semua tu so tu lah first time jumpa Mr. Cadaver.

First2 masuk tu ya ampun, busuk bangettttt bak kate minah indon. Masuk je terus pandangan mataku dihidangkan dengan sekujur tubuh yang terbuka dadanya bak dirobek serigala dan kepalanya telah dipenggal. Sangat dasyat sekali. Psstt, ayat ada bakat novelis tak? hahaha! tapi memang betul pon keadaan Mr. Cadaver aritu macam tu. segala jantung,spleen,liver semua dah dikorek keluar sebab kitorang nak belajar. hihi

Disebabkan masa tu busuk sangat, cepat2 sambar sarung muka and sarung tangan. Tak sempat nak ambik gambar tu. Cuma ada gambar kepalanya je. 



haaaa. nampak tak kepala tu? kepala tu dipenggal(ayat nak kejam je.hikss) dan dibelah dua sebab nak belajar tonsil. Dulu ingat tonsil ada 1 je. Rupanya banyakkk. Ada 4 iaitu pharyngeal tonsil,palatine tonsil,lingual tonsil and tubal tonsil. Tonsil yang selalu sangat kite duk sebut2 "doktor,tonsil saya bengkaklah." tu namanye palatine tonsil. Dalam gambar atas tu susah nak tunjuk. 

belas ehsan encik google. gini hah rupenye bila tonsil bengkak. 

Disebabkan azie ni excited jumpe Mr. Cadaver,balik je rumah aritu terus tunjuk kat mak ayah,adik kakak semuanyelah. hahaha. Mak azie terus tanye "Tak takut ke tengok mayat?" Yang lain pulak sibuk duk "eeeee. gelinye. yuck!" Hahahaha! tu azie suke tu. Rasa nak tunjuk hari2 bila tengok reaksi sorang2. :D


p/s: dulu2 orang selalu cerita, doktor2 baru ni kena tidur semalaman dulu kat bilik mayat nak test berani ke tak. betul ke?

Friday, 7 February 2014

Biasiswa ijazah 2014

Assalamualaikum.


Rasanya dah nak dekat seminggu azie kat johor ni. Sebenarnya, kak cik dapat kerja kat johor ni,kebetulan dekat ngan kak long. so,bersyukurlah tak payah nak susah2 cari rumah sewa. Terus duduk sekali ngan kak long. Ehhh cop. Dah aku cerita pasal kak cik ngan kak long aku ni kenapa ? 

Dah lari tajuk beribu ribu batu jauhnye. -,-


Punye lah panjang intro cuma nak cakap azie bosan so buat la entry ni. Azie ingat lagi dulu tak tahu pape. Lembap. Orang dah sibuk isi biasiswa, azie wat lek lek je. "Nanti lah isi." "Nanti lah aku cari.Tak lari kemana pon biasiswa tu." Kata hati kecil azie. Sejak bila hati ada mulut nak bercakap pon aku tak tahu. Akhirnya azie terlepas nak isi biasiswa. Nasib bek sekarang dapat JPA. mehmehmeh~

Ni azie senaraikan website yang azie tahu.Tapi dalam website ni ada banyak biasiswa tau.Godek2 la website ni.Cari setiap ceruk asal jumpa BIASISWA klik je. klik klik klik!


(yang ni group FB )


(yang ni dah susun ikut garis mati deadline.amatlah senang untuk orang yang malas nak check deadline.hihi)



haaaa. 4 pon cukup lah kan. nak lebih cari sendiri :p

Tapi kan buat adik2 yang baru nak isi ni,jangan memilih! Isi je semua. Jangan sibuk duk pikir "alah aku isi banyak2 ntah2 tak dapat" cuba think positive. "baik aku isi bebanyak,untung2 dapat semua." 

Haaaa. bila dah dapat tawaran banyak2,baru lah buat pilihan nak yang mana. Yang mana syarat perjanjian dia lagi okay. Tempoh kerja lepas pengajian mana lagi sikit. Biasiswa mana yang bagi lagi banyak duit. Ni paling penting. Untuk berjoli memuaskan hawa nafsu. hahaha. Bukan . Untuk beli buku la. Buku, bukan novel! (nota untuk diri sendiri >.<)