nuffnang ad

Friday, 7 February 2014

Biasiswa ijazah 2014

Assalamualaikum.


Rasanya dah nak dekat seminggu azie kat johor ni. Sebenarnya, kak cik dapat kerja kat johor ni,kebetulan dekat ngan kak long. so,bersyukurlah tak payah nak susah2 cari rumah sewa. Terus duduk sekali ngan kak long. Ehhh cop. Dah aku cerita pasal kak cik ngan kak long aku ni kenapa ? 

Dah lari tajuk beribu ribu batu jauhnye. -,-


Punye lah panjang intro cuma nak cakap azie bosan so buat la entry ni. Azie ingat lagi dulu tak tahu pape. Lembap. Orang dah sibuk isi biasiswa, azie wat lek lek je. "Nanti lah isi." "Nanti lah aku cari.Tak lari kemana pon biasiswa tu." Kata hati kecil azie. Sejak bila hati ada mulut nak bercakap pon aku tak tahu. Akhirnya azie terlepas nak isi biasiswa. Nasib bek sekarang dapat JPA. mehmehmeh~

Ni azie senaraikan website yang azie tahu.Tapi dalam website ni ada banyak biasiswa tau.Godek2 la website ni.Cari setiap ceruk asal jumpa BIASISWA klik je. klik klik klik!


(yang ni group FB )


(yang ni dah susun ikut garis mati deadline.amatlah senang untuk orang yang malas nak check deadline.hihi)



haaaa. 4 pon cukup lah kan. nak lebih cari sendiri :p

Tapi kan buat adik2 yang baru nak isi ni,jangan memilih! Isi je semua. Jangan sibuk duk pikir "alah aku isi banyak2 ntah2 tak dapat" cuba think positive. "baik aku isi bebanyak,untung2 dapat semua." 

Haaaa. bila dah dapat tawaran banyak2,baru lah buat pilihan nak yang mana. Yang mana syarat perjanjian dia lagi okay. Tempoh kerja lepas pengajian mana lagi sikit. Biasiswa mana yang bagi lagi banyak duit. Ni paling penting. Untuk berjoli memuaskan hawa nafsu. hahaha. Bukan . Untuk beli buku la. Buku, bukan novel! (nota untuk diri sendiri >.<)

3 comments:

  1. bace entry ni, rindu zaman belajar. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. time belajar nak cepat2 kerja.bile kerja nak belajar balik.kan? hahah

      Delete
  2. salam akak, saya ex palamian jugak. dulu akak apply medic uitm ke? kalau tk keberatan pointer akak berapa sebab saya pn apply medik uitm tpi takut tk lepas je :[

    ReplyDelete

hai abang,kakak,adik yang ensem dan gorgeous. komen jangan tak komen ! ^_^