nuffnang ad

Thursday, 20 March 2014

Kenangan during childhood !

Assalamualaikum.

Terkenang yang sekarang ni azie dah 20,tetiba rasa nak kembali ke zaman kanak-kanak. Lek ah. Biasa la tu kan,time kecik tak sabarnye lahai nak jadi besar masuk u,tapi sekarang bile dah besar, gedik nak jadi budak kecik balik. -,-

Sekarang kan,kalau tengok budak-budak sekarang,mak bapak diorang lagi prefer 'rasuah' diorang dengan tablet bila diorang menangis instead of bagi gula2 macam aku dedulu. Budak2 sekarang mana main ting ting dah sekarang. Main congkak pon pakat rembat dalam play store pastu duk tenyeh2 skrin tu. Sobs. Hilang nikmat dengar guli gedegung gedegang jatuh dalam lubang tu tau dik. Eh cakap pasal guli,haritau time Hari Kebudayaan student medik,azie kalah main congkak ngan budak cina. Cis. Malu amat. Terus malu nak mengaku melayu. Hahaha. Mengaku india,boleh?

Dulu-dulu kalau mandi sungai,azie ni suka benar panjat belakang abah pastu ayah azie pon berenang (gaya macam ayah aku tu ikan je). Ni kes azie tak reti berenang. T_T Dah try berenang tapi puas duk kibas-kibas tangan,kaki siap buat gaya katak macam mati katak pon tak gerak2. Last2,tenggelam blup blup. -,- Budak sekarang mana ada dah nak pergi sungai. Kalau ada pon budak duk kampung. Yang duk bandar mana nak sungai2 ni. Nak sunway lagoon,genting highlands. Sangat tak syok budak sekarang. Sunway lagoon mana nak jumpe pokok. Kat sungai, jumpe pokok terus panjat then terjun. Gile best. Walaupun sakit punggung kena batu.

Dulu-dulu,kalau azie balik kampung kan, macam biasa la abah mesti kuar lepak ngan kawan2 dye,so azie MESTI akan suruh abah beli mentos. Takpon abah akan beli snek ala2 waffle tu. Kau tau perasaan dia bila bangun tido,kau gagau celah-celah bantal,bawah bantal pastu jumpa mentos? Bapak best weh! Pernah tengok movie omputih tak? time krismas tu,bangun pagi je terus gi serbu pokok krismas nak tengok hadiah ape yang kononnye pakcik debab ada misai putih pakai baju merah santa claus tu bagi. Senyum sampai ke telinga kan? Gitu la aku. Hee. Tapi kalau takde,terus rase nak merajuk. Buahahaha.

Dulu-dulu,kat sekolah,time cikgu takde,azie main batu seremban ngan kawan2. Sekarang budak2 main ape eh?Ingat lagi,first time azie belajar main batu seremban tu, habis terabur batu azie lambung. Tinggi pulak tu. Kitorang main atas meja sebelah tingkap. Sebelum lambung,ada 5 biji batu.Lepas lambung,satu je tinggal atas meja. -,-. lagi 4 terbang pastu mendarat atas lantai. Ada jugak batu yang advanced terjun tingkap.

Rindu jadi budak.