nuffnang ad

Friday, 6 June 2014

Pengalaman bawak kereta di malam hari.

Assalamualaikum.

Tajuk macam nak cite pengalaman jumpa hantu say hye kot tingkap masa drive.Sebenarnya tak pon. Sebenarnya nak cite pengalaman azie first time bawak kete lebih 200 meter. hahaha

Hari khamis petang (semalam punye semalam) azie mesej abang (i call him abe) cakap nak balik.

azie: ehh. ore nok balik rumoh.
abe: balik ah. sapo maroh.
azie: mai la ambik.
abe: takmo eh.
azie: kalu awek derah.
abe: haha. laluh ko?
hometown kat setiu so dialek a bit like kelate.

-,- nampak tak permainan dia? bila AWEK disebut? oh!my lelaki ~

pastu azie pon balas la "laluh boleh,malam ekgi pon boleh." . tapi abang azie tak balas2. ok,fine. Taknak ambik sudah. Mode merajuk,terus terlentang atas katil baca novel.

Pastu 30 minit lepas tu, roommate azie,fatin, cakap abang azie ada kat luar, i was like 'what the fish! mesej tak balas tetiba ada kat luar' . Azie pon keluar la. Keluar tu abang dah sengih2 pastu aku nampak ali(classmate) kat luar duk kerumun kancil abang azie. Bila tanye kenapa? abang azie sengih then cakap " kereta terkunci dari dalam" 

-,- niceeee. niceeee. macam mana nak balik?

rupa-rupanya tak balas mesej sebab takde kredit. ingatkan sweet terlebih nak bagi kejutan kat adik dia ni. hahaha

pastu semua duk kerumun kereta tu sampai senior pon ada. >.< Pastu abang azie pon balik la ngan kawan dia from gong badak which he called lepas tu suh mai ambik.

azie tunggu punya tunggu dari before maghrib sampai nak dekat isya' tak mari2,so baring2 la atas katil dulu. Sekali abang call

azie: ha,sampai dah ko?abe: balik la. buko kereta tu.azie: hah? kan kereta terkunci. nok buko gano?abe: ore buko tadi boleh.azie: ok.

azie pon keluar. keluar2,aik mana abang aku ni? azie call abang,then dia cakap.

"bawak la kereta tu,aku tunggu kat stesen minyak kat jambatan tu"

Oh! my abang ~ mak azie punye la tak bagi bawak kereta tau tak. Even nak gi sabasun depan rumah tu pon penat pujuk. Tetiba dia suruh azie bawak kereta dari maidam sampai rumah which is 30 min journey. -,-

Oh ya, in rainy day pulak tu. And malam gitteww.

azie malas nak gaduh, ok fine bawak je. Kalau accident tengah jalan,cakap kat mak ayah, abang yang suruh bawak. seriously,azie fikir camtu. ahahaha.

pastu bawak laaa. Azie dah rasa dah macam ada something wrong je. Macam ada benda yang azie tak pasang. Pastu dah lah tersalah masuk lorong nak gi giant. Ye lah,mana pernah bawak kereta jauh2,pulak tu tengah malam memang salah jalan la. Pastu time u-turn tu,baru azie perasan....

ok...Aku...Bawak...Kereta....Lima....Belas.... Minit.....Tanpa...Pasang....Lampu....Kereta.......

-,-

nasib bek perasan. Biar lambat,asalkan perasan. hahaha.



No comments:

Post a Comment

hai abang,kakak,adik yang ensem dan gorgeous. komen jangan tak komen ! ^_^