nuffnang ad

Friday, 4 July 2014

End Of Semester Year 1

Assaalamualaikum.

Alhamdulillah,akhirnya cuti jugak aku. Selalu duk tengok orang lain je post habis final lah,last paperrrrrrr la,duk atas bas la. Aku? pendam perasaan je la mengadap notes tebal nak mamp**.

katil dah jadi tempat letak nota ngan buku. buku tebal nak lawan novel melayu. -,-


2 weeks before final,tiap2 hari aku teguk at least 3 tin mocha ni. kaya 7E. tiap2 petang aku gi beli.
Overall, sem 2 quit challenging la. Eh silap,bukan quite. Veryyyyyyy challenging compared to sem 1. I failed all EOM. Azie bagitau bukan sebab bangga fail. Tak. Sikit pon tak. Just in case kalau bakal junior baca silalah ambik iktibar ye adik2. sobs sobs.

Maybe sebab azie lulus semua modul time sem 1 dulu,so sem 2 ni buat prangai bangang bantai tengok variety show korea time weekdays. Time weekend,balik rumah terbongkang tengok channel KBS. Sangat la tak patut. Padahal sem 2 ni modul semua quite heavy. CNS kot. Senior2 semua cakap,CNS lah modul paling susah. Azie pulak siap boleh tengok running man lagi. huhu. Pasal tu gagal.

nota untuk sem 2,study week hanya seminggu. orang bijak bolehlah khatam semua. aku?


As the result, for last final exam, azie kena VIVA. Sedih! sebab tau salah diri sendiri. Kawan yang ambik course lain selalu tanya, eh eh VIVA? ape kebendanye tu? kereta VIVA ke? kenapa tak happy dapat VIVA? aku ketuk gak kepala orang tanye camtu haaaa.

In medic, untuk lulus,kena dapat 50 keatas.(sangat azab ye untuk lulus). for those yang dapat result 45-49, kami ni dikira GAGAL tapi ada peluang untuk lulus. Caranya? kena ambik VIVA.

VIVA ni kau kena mengadap 4 orang lecturer and jawab soalan orally. Not on the paper. scary ! 4 orang lecturer ni plak lecturer for anatomy,physiology,patology and biochemistry. Azie lepas dapat tau kena VIVA,terus menangis. Tengah syok nangis, ada plak batchmate laki nampak,aisehman bapak malu. -,-

Orang lain tengah syok layan movie,packing barang nak balik,azie kena study lagi untuk VIVA. T_T . Orang lain sedap tido siap berdengkur, azie tido atas nota je mampu. Sedih plus geram sebab tau silap diri sendiri. Salahkan diri azie sendiri.

Nasib baik la lulus VIVA. Yang kelakarnya, soalan dari lecturer biochem,Dr Rao azie tak boleh jawab,pastu Dr patho,Dr Swetha yang tolong jawab. haha.So sweet lah Dr! lepas ni saya cuba untuk tak tidur dalam kelas Dr Swetha. :)

Tadi buke group medisza,pastu terbaca senior cakap, cuti sem 1 adalah cuti yang paling panjang in whole 5 year. Gulp! Gulp! tak sanggup azie nak bayang betapa pendeknya cuti2 lepas ni. Tambah2 lagi kalau masuk year 3 nanti,masuk clinical. T_T

But for now,let's enjoy the moment. Nak menyesal masuk medic,dah terlambat so terpaksa la teruskan jugak walaupon selalu rasa alahai bestnya orang lain. Stress bila nak final je. Pulak tu balik cuti awal. Cuti lama plak tu. Tapi Allah dah tetapkan jalan ni untuk azie. Ada la tu hikmahnya ambik medic.

me and the housemates time dinner medisza. <3

p/s :And for you, yang tolong azie and kawan2 time VIVA, thank you very much. Tak tahu nak balas apa. I feel sorry for you though. huhu. Kalau la kau terbaca post ni 40 tahun akan datang,terima kasih sangat2 sebab tolong kitorang. :')

1 comment:

hai abang,kakak,adik yang ensem dan gorgeous. komen jangan tak komen ! ^_^