nuffnang ad

Wednesday, 13 August 2014

Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Assalamualaikum.

harini semua kecoh kan result UPU dah keluar. Ada yang terlebih happy dengan result memasing sampai tak habis-habis ucap syukur alhamdulillah kat FB,pencicit,instagram kan? ada jugak yang meraung sedih tak dapat kos yang minat tapi still dapat tawaran kos kan? even ada yang tak dapat tawaran langsung. Lagi sedih.

So malam ni azie nak ucapkan tahniah la kepada junior(omaiii rasa tua la plak) yang bakal masuk kos medic di UniSZA ni. Tak sangka diri ni dah nak masuk Year 2 bulan depan. Pro Exam 1 menanti azieni oiiiii tapi nota kau tak sentuh lagi! emo kejap. tsk tsk.




Ok junior,akak tau. Even dapat medic,mesti ada yang terpikir "eh eh UniSZA? universiti apa ni? aku mintak uitm,ukm,upm kottttt?. malu la iolss nanti orang tanye dapat u mane"

Ramai yang tak tahu UniSZA ni IPTA. even azie dulu time nak keluar uitm nak masuk UniSZA,beria akak-akak pejabat sana nasihat jangan keluar uitm semata-mata nak masuk uni swasta. azie wat lek je. hahaha. sebab tau UniSZA ni IPTA and dekat ngan rumah kot beb!

ok. So kepada sesape junior yang bakal masuk medic di UniSZA Silalah join group FB yang telah dicipta oleh senior2 korang ye. Yang pasti akak takde dalam group tu lah. Nak tanye,tanye sini je. ^_~


cilok dari page medisza. haha!
link untuk group medic batch 6 (korang la) --> click!
link untuk persatuan medic unisza --> click!


Haaaaa. Siap buatkan group lagi untuk junior. Baik tak senior-senior korang? Baik kan? diorang la. Akak tak baik mana. hahah. Kalau ada soalan tanye la. Tapi soalan "akak,macam mana nak masak spagetti memang akak tak layan."

Saturday, 2 August 2014

[RESIPI] Daging masak kicap simple.

Assalamualaikum.

kah kah kah. Bajet terer masak je siap nak bagi resipi. hhahaaha. Tapi aku post resipi ni bukan sebab terer,tapi sebab nanti nanti kalau aku lupe,aku boleh refer sini. hihi . Aku kan tukang masak amatur,haruslah kan simpan resipi,karang lupe.

Bahan tumbuk:

1) 1 bawang merah sederhana besar.
2) 3 ulas bawang putih

Bahan-bahan lain:

1) 1 cm halia (titik)
2) 2 asam keping/asam gelugor
3) kicap (suke hati,nak kuah banyak letak banyak)
4) 1 bawang besar(hiris bulat-bulat)
5) 4 cili api (hiris kasar)
6) garam dan gula secukup rasa
7) daging lah. bahan utama kotttt. :D (azie buat 2 genggam)
Cara-cara:

1) Mula-mula tumis bahan tumbuk sampai naik bau.
2) Masukkan bahan-bahan lain.Campak je semua.
3) Masak sampai bawang besar tu nampak layu. Siap! Makan! Yummy!

p/s : Daging tu rebus dulu. Bagi lembut. Lepastu baru masak kicap. Tak rebus,korang makan sampai tercabut gigi palsu,azie tak tanggung.