nuffnang ad

Wednesday, 13 August 2014

Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Assalamualaikum.

harini semua kecoh kan result UPU dah keluar. Ada yang terlebih happy dengan result memasing sampai tak habis-habis ucap syukur alhamdulillah kat FB,pencicit,instagram kan? ada jugak yang meraung sedih tak dapat kos yang minat tapi still dapat tawaran kos kan? even ada yang tak dapat tawaran langsung. Lagi sedih.

So malam ni azie nak ucapkan tahniah la kepada junior(omaiii rasa tua la plak) yang bakal masuk kos medic di UniSZA ni. Tak sangka diri ni dah nak masuk Year 2 bulan depan. Pro Exam 1 menanti azieni oiiiii tapi nota kau tak sentuh lagi! emo kejap. tsk tsk.




Ok junior,akak tau. Even dapat medic,mesti ada yang terpikir "eh eh UniSZA? universiti apa ni? aku mintak uitm,ukm,upm kottttt?. malu la iolss nanti orang tanye dapat u mane"

Ramai yang tak tahu UniSZA ni IPTA. even azie dulu time nak keluar uitm nak masuk UniSZA,beria akak-akak pejabat sana nasihat jangan keluar uitm semata-mata nak masuk uni swasta. azie wat lek je. hahaha. sebab tau UniSZA ni IPTA and dekat ngan rumah kot beb!

ok. So kepada sesape junior yang bakal masuk medic di UniSZA Silalah join group FB yang telah dicipta oleh senior2 korang ye. Yang pasti akak takde dalam group tu lah. Nak tanye,tanye sini je. ^_~


cilok dari page medisza. haha!
link untuk group medic batch 6 (korang la) --> click!
link untuk persatuan medic unisza --> click!


Haaaaa. Siap buatkan group lagi untuk junior. Baik tak senior-senior korang? Baik kan? diorang la. Akak tak baik mana. hahah. Kalau ada soalan tanye la. Tapi soalan "akak,macam mana nak masak spagetti memang akak tak layan."

38 comments:

  1. Assalamualaikum ! Akak, still remember me ? Haha, dulu ada tanya psl pointer tu. Ni ada soalan baru, ahaks. Pasal biasiswa. Tak paham la, nak mohon biasiswa ni acano ? Dok bukak link sana sini, takde pulak keluar borang nak isi utk dptkan biasiswa. Mcm akak mohon JPA tu acano ? Meh citer dkt saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik,akak ada terbaca kat FB tadi, katenye JPA buka 21 Ogos ni permohonan PIDN,so bolehlah try2 usha website JPA ye. ;)

      Delete
    2. Jumpa jalan balik blog ni sbb dah bookmark dari dulu :) Boleh tak akak kasi link fb JPA sbb yg saya jumpa tu mcm dah tak aktif. Saya dpt doktor veterinar dkt UPM. Boleh kan dapat biasiswa JPA ? Kiranya akak mmg tak mohon ptptn kan ? Kalau akak ada kwn2 yg ambik vet dkt UPM, kenalkan la pada saya, hikhik. Lagi satu, biasiswa mmg biasanya isi lepas dah masuk uni erk ?

      Delete
    3. Akak tak bace kat fb jpa tp come across bile scroll newsfeed fb. Jadi tak ingat sape post.huhu.
      Wahhhh. Terer jgak tu veterinar! :D tahniah! In syaa Alah dpt jpa sbb kire kos utama jugak la mcm farmasi medik. Akak tak mintak ptptn tp akak terima wang pendahuluan ptptn jd bayar balik rm1500 tu je la.ada biasiswa yg sbelum masuk dh kena isi.ada yang isi lepas masuk.tp kalau tak silap,mostly apply before masuk

      Delete
  2. Wa'alaikumusalam. Hahaha. Ingat lagi adik comel ni. Ingat plak ye jalan balik blog ni?hahahah.biasiswa biasanya buka website penaja tu sendiri. Kalau petronas bukak website petrona.kalau JPA ni plak akak isi lpas masuk u. Adik kena peka la deadline biasiswa tu. Kalau boleh mintak je semua. Nanti dah dapat barulah pikir nak tolak yang mana. Ok? Goodluck! :D

    ReplyDelete
  3. assalammualaikm.. ..maaf mengganggu..kak, sya ada soalan..program pengajian kat Uniza, ok tak?.. .mereka ada kata "kenapa xpilih Um, Upm,atau Usm"..maaf jika soalan sya agak keterlaluan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumusalam. maaf lambat reply sebab bz,jarang buka blog. huhu.

      program pengajian medik ke maksud adik?

      tak tau nak cakap ok ke tak sebab akak tak pernah belajar kat universiti lain,so it's not fair la kalau nak banding-bandingkan universiti kan.

      tapi yang akak tahu,modul pembelajaran tak sama dengan uni lain. tak sama tu maksudnya, ada modul yang unisza belajar dulu,uitm belajar sem depan. ada juga modul uitm belajar dulu,unisza belajar lambat sikit.

      dari segi lecturer plak,time akak year 1,memang ramaiiiiiiiiii lecturer luar negara,dari india,vietnam,iraq,bangladesh,pakistan tapi lately ramai yang dah habis kontrak and unisza pon dah ramaikan lecturer malaysian so quite ok la. bukan nak cakap lecturer luar tak ok,in fact diorang tersangatlah luas ilmu,tapi macam ada language barrier la sebab lecturer luar bila speaking ada slang diorang.

      Delete
  4. Assalamualaikum, maaf ganggu. saya nak tnya. saya lepasan diploma dan skrg saya tringin nak memohon degree medic. Akak tahu x mcm mna nak apply medic UNISZA ntuk pelajar lepasan diploma sbb saya dah try memohon UPU dan saya cek UNISZA tidak bukak degree medic ntuk lepasan diploma. maaf skali lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumusalam. lepasan diploma means awak umur 21 la? sama umur la kite hiks panggil nama je la tak payah akak2. :)

      maaf la sebab saya pon tak pasti la pasal ni. tapi setahu saya,dari first batch sampai la batch year 1 takde lagi lepasan diploma ambik medic unisza.

      better awak call pihak unisza sendiri tanya lebih lanjut. sorry tau tak dapat nak tolong. huhu

      Delete
  5. hi kak.pointer nak masuk medic unisza bape? cari kat website dia x jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi~alahhhh lupe la.3.6 kalau tak silap.tapi kalau tak silap,batch akak ada 60 orang,paling rendah 3.80.so try to get higher pointer. Goodluck! :)

      Delete
  6. assalam kak...ad fb x ? nk tny something psl medisza bleh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam. Ada. Search azieni asari. Tak pon awak email je akak. azienigreeny@gmail.com

      Delete
  7. Assalamualaikum kak, may i know any textbooks and reference books use by medical students in uniszah. Thx, i really appreciate your kindness.

    ReplyDelete
  8. akak sorii nak tanya. sijil untuk perubatan dan pembedahan diiktiraf 1 malaysia ke?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum wbt . Akak , sy lepasan spm 2015 . Result harituu dpt 3A 2B 4C , bio , fiz , kim n addmath smua C+/C . Sy igt nk amik matrik , in syaa Allah . Tp setakat yg akak tahu , dgn result spm yg sy dpt ni , pihak Unisza still tgk result spm lg ke even sy struggle n dpt pointer yg tinggi kat matrik ? Terima kasih :)

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Assalam...maaf mnyibuk...stakat y saya tahu, start batch sy lg spm 2013 kn, MBBS akan tngok result spm kita even kita dpt 4.00 dkt matrik...sy pn stdent matrik dkt johor n skrg sy smbg dlm bidang MD dkt lincoln univ. sy hny dpt iv dkt unisza last year...sedih xdpt msuk sana ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. saya nak tnya..kalau dah repeat paper spm yg dpat c+ tu and dpat A. Agak2 upu terima x sijil tampal?

      Delete
    2. Salam nak tanya, mcm mana iv dekat unisza? Apa soalan yg biase die tanye? Ni first time nk g iv sbb sblum x pernah dpt. Saya baru cek harini dan dpt utk iv, mohon bantu

      Delete
  12. Slm kak.. sye nk tnye.. klo result spm x brpe ok.. tpi nk pohon medic .. boleh k bnde 2 trcapai?

    ReplyDelete
  13. Salam akak..nak tanya, saya lepasan asasi tapi bukan tahun semasa. Saya tengah belajar di uni tapi baru-baru ni saya ada isi UPU mintak medik dkt Unisza sebab nak tukar kos. Berdasarkan pengalaman akk, ada tak kwan2 akk yang bukan asasi@matrik tahun semasa dapat medik? Akk tau x macam mana nk buat rayuan andai kata sy x dpt nnti? Tq akk..

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum. akak, saya nak mintak tips sikit boleh?? Saya pelajar matrik lepasan. Alhamdulillah... Saya dpt tawaran temuduga untuk kos ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan. Tarikh iv tak lame lagi nie.. Kalau boleh nak mintak sedikit nasihat dan tips daripada akak untuk menghadapi iv nie. Mintak tolong ye kak... Saya berdebar dah nie... Terima kasih kak...

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum.. akak nk tnya sy .. ambik asasi sn hayat uia.. kalau habis nnti sy nk smbung degree biomed kat unisza boleh x? Brpe pointer yg dia nk eh

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum.. akak nk tnya sy .. ambik asasi sn hayat uia.. kalau habis nnti sy nk smbung degree biomed kat unisza boleh x? Brpe pointer yg dia nk eh

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum akak.. sya tgah belajar asasi sains kat unisel. boleh ke sya ambil degree dlm bidang perubatan kat unisza ni?? ape syarat masuk uisza ni akak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumusalam. boleh je kalau nak sambung sini. tapi pasal syarat kemasukan tu adik kena search sendiri la. huhu. sebab sekarang dah tak sama macam 4 fahun dulu. dulu takde interview pon. sekarang unisza dah ada interview untuk kos medik ni. kalau dari segi pointer tu time batch akak,ade je student dapat 3.6 camtu. but sekarang makin banyak persaingan so time asasi ni try to score higher. good luck!

      Delete
  18. As salam kak, saya pelajar lepasan spm kalu nk ambik asasi perubatan kat unisza,nk brape A dan subjek ape yg mesti A

    ReplyDelete
    Replies
    1. awk kena ambil asasi sains/ diploma sains/stpm . lps tu bru boelh pursue dehre

      Delete
  19. saya lepasan asasi tahun ni. betul ke hospital universiti bakal siap 4 tahun akan datang so saya sebagai lepasan ijazah medic unisza boleh buat praktikal di hospital tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hospital unisza memang currently tengah dalam pembinaan tapi siapnya tak tahu lagi bila.estimated date memang 4 years tapi boleh jadi lagi lama. :)

      Delete
  20. Akak. Alhamdulillah sy dapat iv unisza mbbs ni isnin ni dah. Rasa xckup lagi nak prepare. I would like to ask how the system are going ? is that they using block system or module ? Whats the differemce between block and module ? hope you will reply my comment . Im so freaking out.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum, nak tanya.. macam mana iv ni berlangsung ye? boleh ceritakan sedikit. ujian bertulis tu macam mana?

      Delete
    2. sorry for late reply.untuk preclinical guna module system. belajar ikut module. satu module,satu system. maknanya module 1 belajar pasal dermatology. module 2 belajar pasal respiratory system. camtuuuu. kalau clinical years start year 3,belajar ikut block system. gabung several postings then baru ada exam.biasanya 1 block 8 minggu. so exam every 8 weeks.

      Delete
  21. assalamualaikum akak. akak boleh tak ceritakan psl temuduga mbbs unisza? ujian bertulis unisza mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lambat reply. harini kan iv. semoga lulus nanti. btw akak dulu takde iv so not sure macamamane proses iv ni. sorry.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete

hai abang,kakak,adik yang ensem dan gorgeous. komen jangan tak komen ! ^_^