nuffnang ad

Thursday, 4 September 2014

Tips cari kerja part time.

Assalamualaikum.

Sebenarnya aku (kasar ke bahasakan diri aku?) dah lama perati kat search keyword blog ni selaluuuuu je ada "tips cari kerja part time". Tapi aku buat dek sebab aku malas nak ambik tau. Hahaha! But now,since aku bosan duk sesorang tunggu housemate,maka aku buatlah ye entry pasal ni.

AWAS!! Ni ikut cara aku time cari kerja part time dulu pas asasi. Kalau ada yang rasa mengarut, terpulanglah.

TIPS 1 : Survey kedai di supermarket/mall.

Kalau aku,dulu aku usha part time kat Giant kuala terengganu tu. Tapi kerja kat giant dah penuh so aku pon tengok2 la kat kedai2 kecik tu if ada iklan kerja kosong.Supermarket ni kan banyak kedai kecik2.  So korang try la cari kat situ. Kat giant KT tu selalu je ada kerja kosong. 

TIPS 2 : Survey online

Serius cakap, sekarang memang senang. Sikit sikit online. Nak cari kerja kosong pon online. So ni antara website yang korang boleh survey kerja part time la. Kat search engine tu pandai-pandai la letak tempat korang nak kerja. If nak area gong badak,tulis la gong badak.


TIPS 3 : Tahu jalan pergi dan balik tempat kerja.

Maksudnya, bila korang nak kerja kat sesuatu tempat tu, fikir dulu. Katakanlah korang kena balik malam pukul 11 malam, jalan korang nak balik rumah tu selamat ke tak? Ada lampu jalan ke tak?Ada mat rempit ke tak? If ayah datang ambik,ok la. Cuba jadi macam aku ni,dulu terserempak ngan mat rempit kot. Nasib bek aku wat lek biar diorang lalu dulu. Dalam hati kecut . Hahahaha.

TIPS 4 : Tanya gaji.

Ok. Katakanlah korang dipanggil untuk interview nanti, pastikan tanya pasal gaji tau! Ni bukan nak ajar jadi materialistik ke apa. Tak. Tapi supaya nanti berbaloi la gaji korang dengan kerja korang. Jangan la nanti susah kemain kerja kedai makan,basuh pinggan,masak nasi,lap meja,mop lantai last2 gaji ciput rm100 je sebulan.  Tak berbaloi.

TIPS 5 : Tanya waktu kerja.

Benda ni memang nampak simple tapi benda simple ni la yang bakal buat korang menyesal. Aku dulu time kena interview,tak terlintas langsung nak tanya pasal ni so i end up kerja 6 days in a week. Jadi terlepas drama fevret. sob sob. 
Lepas tanya kerja hari apa semua, then tanya waktu rehat. Ni penting tau. Masa untuk solat,makan semua.




tu je la kot tips yang aku ada dalam palotak aku malam ni. Selamat cari kerja ! ;)