nuffnang ad

Thursday, 4 September 2014

Tips cari kerja part time.

Assalamualaikum.

Sebenarnya aku (kasar ke bahasakan diri aku?) dah lama perati kat search keyword blog ni selaluuuuu je ada "tips cari kerja part time". Tapi aku buat dek sebab aku malas nak ambik tau. Hahaha! But now,since aku bosan duk sesorang tunggu housemate,maka aku buatlah ye entry pasal ni.

AWAS!! Ni ikut cara aku time cari kerja part time dulu pas asasi. Kalau ada yang rasa mengarut, terpulanglah.

TIPS 1 : Survey kedai di supermarket/mall.

Kalau aku,dulu aku usha part time kat Giant kuala terengganu tu. Tapi kerja kat giant dah penuh so aku pon tengok2 la kat kedai2 kecik tu if ada iklan kerja kosong.Supermarket ni kan banyak kedai kecik2.  So korang try la cari kat situ. Kat giant KT tu selalu je ada kerja kosong. 

TIPS 2 : Survey online

Serius cakap, sekarang memang senang. Sikit sikit online. Nak cari kerja kosong pon online. So ni antara website yang korang boleh survey kerja part time la. Kat search engine tu pandai-pandai la letak tempat korang nak kerja. If nak area gong badak,tulis la gong badak.


TIPS 3 : Tahu jalan pergi dan balik tempat kerja.

Maksudnya, bila korang nak kerja kat sesuatu tempat tu, fikir dulu. Katakanlah korang kena balik malam pukul 11 malam, jalan korang nak balik rumah tu selamat ke tak? Ada lampu jalan ke tak?Ada mat rempit ke tak? If ayah datang ambik,ok la. Cuba jadi macam aku ni,dulu terserempak ngan mat rempit kot. Nasib bek aku wat lek biar diorang lalu dulu. Dalam hati kecut . Hahahaha.

TIPS 4 : Tanya gaji.

Ok. Katakanlah korang dipanggil untuk interview nanti, pastikan tanya pasal gaji tau! Ni bukan nak ajar jadi materialistik ke apa. Tak. Tapi supaya nanti berbaloi la gaji korang dengan kerja korang. Jangan la nanti susah kemain kerja kedai makan,basuh pinggan,masak nasi,lap meja,mop lantai last2 gaji ciput rm100 je sebulan.  Tak berbaloi.

TIPS 5 : Tanya waktu kerja.

Benda ni memang nampak simple tapi benda simple ni la yang bakal buat korang menyesal. Aku dulu time kena interview,tak terlintas langsung nak tanya pasal ni so i end up kerja 6 days in a week. Jadi terlepas drama fevret. sob sob. 
Lepas tanya kerja hari apa semua, then tanya waktu rehat. Ni penting tau. Masa untuk solat,makan semua.




tu je la kot tips yang aku ada dalam palotak aku malam ni. Selamat cari kerja ! ;)

5 comments:

  1. wahhhh berguna untuk saya kak! thanks atas tips ni! saya pun tengah cari kerja skrg ni.. maklumlah, duit pt tak cukup utk tampung perbelanjaan saya. saya nak makan banyak2, shopping byk2 lagi, hmmm thanks akak ^_^

    ReplyDelete
  2. Masa kita apply tu kan, dorang akan bagi borang ke? Lepastu, kalau lepas kita isi borang, kita kena tunggu dorang panggil ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. depends la kedai mana awak mintak kerja. time saya dulu kebanyakannye isi borang,then tunggu dalam seminggu camtu kedai tu kol. ada jugak kedai yang akan terus interview tanye sikit2 rumah kat mane,senang ke tak nak gi kerja,ada motor ke tak. simple2 je soalan.

      Delete
  3. Hi everyone,

    For your information Neuvoo Malaysia is available in Malaysia now. The websites collected over 65, 000 jobs in Malaysia and the list of jobs is always being updated. You can also search using another region, city, state, industry, etc., and find all relevant jobs.

    Please feel free to visit Neuvoo Malaysia for the latest job offers in Malaysia.

    Neuvoo Malaysia
    https://my.neuvoo.com

    ReplyDelete
  4. PEMBANTU KIOSK di BANGI GATEWAY

    1.Perempuan
    2.Ada transport
    3.Boleh membaca.mengira.menulis dengan baik
    4.Fasih bertutur Bahasa Melayu(Bahasa English lebih diutamakan)
    5.Rajin.jujur.amanah.kemas.sopan
    6.Masa kerja 10pagi ke 10mlm( rehat 2jam mengikut kesesuaian)
    7.Mahir menggunakan komputer

    Tugas keja
    1.Iron
    2.Kemas stok/kiosk sapu mop lantai
    3. Promote barang
    4.Layan customer
    5.Edar flyers
    6.Urus barang poslaju
    7.Kira stok
    8.Urus kerja online di komputer

    GAJI RM1000-RM1200

    Berminat hubungi 0139201910

    ReplyDelete

hai abang,kakak,adik yang ensem dan gorgeous. komen jangan tak komen ! ^_^