nuffnang ad

Saturday, 6 December 2014

Kawan.

Assalamualaikum.

Kawan? sape je yang takde kawan kan? Orang yang kena buli time sekolah pon time tadika pernah ada kawan kan.

Kawan ada banyak jenis.

Ada  kawan yang dalam FB/twitter tak bertegur sapa sangat pon,tak selalu komen kat wall dia pon,tapi bila jumpa,sembang macam tak cukup masa , kadang-kadang  sampai hilang air liur banyaknya benda nak bercakap.

Ada kawan yang even if he/she was not there, kita akan selalu ingat kat dia nak-nak lagi lepas tahu result EOM fail,rasa nak call dia ataupon pegi jumpa dia,terus peluk. Kalau dalam alam maya ni,twitter,ke facebook ke tak pon whatsapp/telegram boleh jee rancak sembang,berbual tapi bila jumpa depan2 haram jadah kelip2 mata taktau nak cakap apa. Macam krik krik krik gitu.Kenapa eh?

Lagi tak boleh blah ada kawan yang jenis, bila time sekolah rapat giler,jalan sama-sama,makan sama-sama tapi bila dah masuk universiti semua macam tak nak contact konon-konon lost contact. Tak berapa nak lost sangat pon sebab selalu je nampak kawan tu online kat FB/twitter. Kenapa boleh jadi camtu eh? Ke sebab ada kawan baru?

Kenapa aku buat entry ni pon tak tahu. Just bosan sebenarnya. Sementara tunggu lusa,isnin ni nak masuk module musculoskeletal system yang orang cakap susah ada anat berbelas-belas tu,boleh la aku menconteng sikit kat blog ni. Eh apa ayat tak tahu berbelit. Dah,k bye. Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment

hai abang,kakak,adik yang ensem dan gorgeous. komen jangan tak komen ! ^_^