nuffnang ad

Friday, 6 March 2015

Percutian Bajet 2D1N ke Pulau Perhentian Part I


Assalamualaikum.

Hari Rabu lepas aku ngan batchmates pergi Pulau perhentian hooray !! It supposed to be a trip for me and other 5 friends only but then Indian girls want to join,and then Indian boys and lastly, it became a trip for 18 people. Wow! Can be considered as  ‘mini class trip’. Hihi

Kitorang pergi pagi 4/3/2015 pukul 5.30 pagi camtu la. 13 orang naik van and other 5 people went by car.

Kos untuk van tu RM170 pergi Kuala Besut so divide by 13 people dapat la RM13.10 sorang.
 If korang nak naik bas dari MBKT ke kuala besut tu, harga tiket RM10.80 one way.


As you can see la kan,pepagi buta lagi kitorang gerak sebab nak kejar bot pergi pulau so that kitorang sempat ambik snorkelling pukul 10 pagi. Hehe. Aku ada search aritu,snorkelling ni ada waktu dia. Pukul 10 and 2 petang. Kalau pergi pukul 10,sempat la buat long trip punye snorkelling.

Kitorang gerak dari asrama maidam ni kat kuala terengganu ni nak sampai ke kuala besut tu ada la dalam 2 jam. Sampai2 je kat jeti tu, terus ada sorang pakcik naik motor ni tawarkan servis untuk pergi ke pulau la. Then rao as trip leader(aku anggap camtu coz he’s our ex class rep.suke hati aku anggap camtu.lantak) pon deal la ngan pakcik tu. Pakcik tu bawak kitorang pergi kat MD TRAVELERS HOLIDAY SDN. BHD.  

Sebenarnya belambak kedai yang tawarkan servis bot ni. pandai2 cari jela. Tapi ingat! kalau diorang tawarkan pakej snorkeling kat jeti ni,better takyah terima la. Sebab diorang bagi harga mahal sampai rm40. Padahal korang boleh dapatkan harga rm35 je. Macam kitorang ni ramai,18 orang so dapat la harga snorkeling rm30 sorang.




muka bangun tidur oh yeahhhh
Kat sini la kitorang beli tiket bot pergi pulau. Harga tiket bot pergi balik is rm70. So rm35 la one way. Pastu nanti sebelum naik bot,kena beli tiket marine park kat jeti tu. Harga dia rm5 je.

atas tu tiket marine park.bawah tu tiket bot.
 Maka itu,ecewah. Bermula la perjalanan ke pulau! Sangat la adventurous wehhh. Kitorang naik speedy boat kan so bila ada ombak tu,memang terangkat2 la punggung memasing haha. Naik bot la perasaan paling best!

Last selfie sebelum naik bot yehoo!

love this pic sebab aku kat tengah macam blooming flower tetiba warna biru cerah dalam lautan oren haha


Naik speedy boat dalam 30 minit then sampai la kat Coral Bay. Kitorang turun Coral Bay sebab abang bot tu cakap time tu tak boleh guna jeti kat Long Beach sebab masalah apa ntah.Kitorang sebenarnya nak tempah bilik kat Rock Garden Resort kat Long Beach tu tapi takde rezeki so terpaksa la cari resort kat Coral Bay je pasal malas nak meredah hutan pergi Long Beach sebab meamsing bawak beg berat.

Kitorang pergi pulau perhentian kecil. Tempat ni memang femes untuk backpackers. Harga resort pon murah tapi resort tak mewah la. Takde aircond,heater bagai. Kalau nak percutian yang santai,relaks better tempah resort/hotel kat perhentian besar. Kat pulau perhentian besar memang banyak hotel2 cantik2 mahal-mahal siap ada aircond.

Amelia Resort.
Ni lah resort kitorang duduk. Satu bilik ada 1 katil queen,1 katil bujang dan harga dia Rm60/malam. Disebabkan nak jimat punye pasal,kitorang pon duduk la 6 orang 1 bilik. So kos Rm10 sorang. prempuan semua apa de hal lain la laki badan besar2 kena la bilik banyak heeee.

Habis tempah bilik semua dalam pukul 9 lebih,then tukar baju then bersiap untuk snorkeling yeay!! Thanks to rao pandai negotiate dapatlah snorkeling long trip just for RM30/person and servis underwater camera for RM25 and limit dia 1000 keping gambar! 

Muka eksaited nak snorkeling!
 
Deepa and Shantini hilang gi mana tah.



Oh ye,tips bila nak gi snorkeling plis la weh jangan pakai baju cotton sebab berat nanti nak naik bot bila baju basuh. Kalau boleh pakai baju jersey ke sebab ringan satu,then cepat kering so takdela rimas sangat baju melekit air masin. Lagi satu alway,always,always and always sapu sunblock everytime lepas habis snorkeling. Sebab korang dah main air so sunblock dah cair even pakai yang waterproof sekalipon.Untuk long trip snorkeling ada 5 places,so after snorkeling di setiap tempat tu cepat2 sapu sunblock. Barulah nanti kulit tak burn sangat. Kalau tak jenuh kau nak pakai produk puteh qu puteh barulah putih. Dahlah mahal. hahahah.

6 points of snorkeling include:

1)Turtle point
2)Shark point
3)Fisherman Village(kat sini la brenti rehat makan lunch)
4)Light House
5)Romantic Beach

Snorkeling la paling best nak2 kat Shark point sebab kau boleh tengok banyak kali baby shark! kalau turtle tu susah sikit. Abang bot pusing2 dalam 10 minit baru jumpa penyu pastu pandai plak penyu tu timbul kat sea surface. macam tau2 je ada orang nak tengok dia. Kat romantic beach kalau tak silap,ada ikan nemo. Kawan aku jumpa banyak kali tapi aku tak jumpa pon. sob sob. But aku dapat tengok banyak gilerrrrrrrr gamat!

budak deepa ni siap kutip lagi gamat tu. aku sentuh gamat ni sangatlah geli macam sentuh ulat bulu yekkk
 
eh eh kenapa hidung zizan ada kat aku ni???
Dah la weh setakat ni jela dulu untuk part I. next time untuk part II aku cite story untuk day-2 plak macamne kitorang hiking gi kincir angin,ok.