nuffnang ad

Wednesday, 12 August 2015

Percutian Bajet 2D1N ke Pulau Perhentian Part II



Assalamualaikum.

Ok. Harini azie nak langsaikan hutang entry yang dah lame giler kate nak post tu.hehe. Busy nak exam so memang kelaut la.Memang takde masa nak karang entry ke apa.Tapi ade masa nak layan minguk. Hehe.

Ok,sebenarnya kincir angin (panggil kingin lah senang panjang nak sebut kincir angin.hehe) tu kat Long Beach. Azie plak stay kat Coral Bay. So kena menapak pergi Long Beach la jawabnya. Tapi tak jauh pon jalan kaki. Kalau malas dan rasa ada duit lebih boleh je naik teksi air. Teksi air ni bot la. Boleh mintak hantar pergi Long Beach ataupun Pulau Pergentian Besar ataupon perkampungan nelayan and etc. Alaa macam teksi biasa tu la bezanya atas air. Gituuu~

 Since dah nama pon percutian bajet,memang kitorang nak minimizekan la cost so,jalan kaki je la. Alahh sekejap je. Duk sembang2,pastu kenyit2 mata ngan mat salleh jap dalam 5-10 minit sampai la Long Beach.



Gambar tu ambik time dah tengahari dah time nak balik dah. Kitorang pergi pagi kol 7 lebih kalau tak silap,so sempat la tunggu matahari terbit. Haaaa ni nak bagitau. Kalau nak tengok matahari terbenam(sunset omputih panggil) tengok kat Coral Bay. Tapi kalau nak tengok matahari terbit (sunrise bukan sunquick) kena pergi Long Beach. Paham? Punye la lame tunggu matahari nak muncul,takkan tengok saje,ye dak. Ambiklah gamabar sekeping dua seratus keping ke sampai bosan.
sunrise !

Bulat(bujur?) belah kiri tu menara. Kanan tu la kingin.
yeay tetap first!



Dah habis feeling romantic walaupun dengan batchmates pon jadilah,kitorang pon start kumpul2 ngan batchmates lain non malay tu semua nak pergi kingin.Since Aja dah pernah pergi,so rely on her je la nak gi kingin tu. If tak tahu jalan,boleh je nak upah tourist guide nak tunjuk jalan pergi kingin tapi kena bayar rm50. Since duit adalah segalanya bagi kitorang,kitorang aci redah je bergantung harap kat Aja.hehe.Ingatkan Aja ingat ,rupa-rupanya dia pon lupe. Adehhh. -,- So terpaksalah tanya orang2 kat situ. Tak tanye kang sesat jalan plak.

Kalau dari jalan kite mula2 masuk pantai panjang a.k.a Long Beach tu,nak pergi kingin,kite kena pergi belah kiri menyusuri pantai haa gitu. Kalau belah kanan,ada D’rock Garden Resort. Resort yang Fatin Liyana the famous blogger tu stay time dia gi pulau ni. So,akan ada la deretan kedai makan. Kat sini banyak jugak kedai makan. Lepas deretan kedai makan tu,ada macam bendera kecik comey gitu tanda nak masuk jalan pergi kingin tapi lupe nak ambik gambar. Ampun maaf. Tapi tanye je orang2 kat situ,nak gi kingin jalan mana ye? Haaaa diorang ramah je jawab in sha Allah.Lepas dah tau jalan mana tu,senang je nak agak2. Tengok la laluan mana yang agak2 ramai orang lalu,haa betul la tu.
  
Untuk keselamatan ataupon untuk gegirls yang manja ataupon budak2 kecik,azie sarankan pakai kasut la sebab awal2 tu,jalan sempit,pastu batu  macam bahaya la sikit.Kalau kaki luka,terseliuh ke sape nak kendong ye dak ni bukan drama melayu laki gentleman nak kendong dukung segala. Tapi kalau jenis gegirls malas nak bawak kasut spare macam azie,pakai je selipar jamban jepun tu. Takde hal pon.tapi pakai stoking la.Selamat sikit.Aurat pon terjaga. Ecewah.
Dah jalan jauh sikit,akan jumpe simpang ni. Kiri pergi menara.Kalau buang tebiat nak selfie ngan menara,silakan. Kalau tak sabar nak pergi kingin,ambik simpang kanan ye.






Ok dah selesai hutang. Kalau ada soalan,tanye la. Tapi please la bace entry dulu sebelum tanye soalan .jangan jadi macam entry lepas. Penat tau orang duk email “boleh bagi details?” Nak details macam mana lagi orang dah cerita semua,harga,nama resort apa bagai huh emo ni emo.





No comments:

Post a Comment

hai abang,kakak,adik yang ensem dan gorgeous. komen jangan tak komen ! ^_^