nuffnang ad

Wednesday, 19 August 2015

Sembang mengarut merapu meraban.


Assalaumualaikum.

 
Ok . ni post mengarut sebab tetiba cam rasa nak sembang.(sembang ngan keyboard jela tapinye).lagipon lame dah takde post. Hehe.

Akhirnya,dah habis pon professional exam 1. (dah lame dah pon habis nak masuk sem baru dah) Fuhhhhh. Dia punye semput nak menghabiskan nota 2 tahun in 2 weeks tu memang tak boleh nak bagitau. Kena rasa sendiri macam mana. Kalau nak rasa,kena masuk med school la. Haha. Tapi better tak payah masuk la. Serius. Belajar susah,kerja susah,nak kawen pon susah. Eh? Hehe

Sebelum masuk med school,aku tak tahu pon ada 2 kali pro exam. Ingatkan sekali je. Lepas year 5 before nak jadi HO tu. Aku kan memang tak pernah bercita-cita nak jadi doctor so memang tak pernah ambik tahu pon. Tetiba lepas masuk, dengar budak senior year 2 cakap “takutnye nak pro exam!” tetiba rasa macam nak keluar unisza. Hahaha.

Nota ada 14 module. 1 module kebanyakannya belajar untuk 6 minggu. Ada juga 1 module belajar 4 minggu je. Study week 2 minggu lebih. 17 jari hari kot.Tolak tambah bahagi darab rasa malas nak layan movie jap, tinggal la 14 hari. So 1 module kena belajar dalam masa 1 hari.hahahhaha. 1 module yang belajar sebulan lebih kena belajar dalam masa 1 hari.memang buat gelak jela. Gelak takut. Takut tak sempat habiskan.Memang tak habis la kan. Perasaan down,maka layan runningman dulu. Hahaha.
 letak kat kepala katil dengan harapan meresap ke kepala time tido lol

Aku dahlah jenis ngantuk sikit tido,ngantuk sikit tido,sedar2 aku dah membazir masa 5 hari untuk module CNS(central nervous system). Tapi tahap gila module ni takleh lawan tahap gila module GIT(gastrointestinal system) kot. Memang la aku suke makan tapi nak belajar daripada makanan tu masuk lalu usus,perut sampai la keluar jadi taik proses2 semua tu perghh lemah rasanya.

Akhirnya untuk study week tu aku sempat baca 5 module je. Pastu 9 module lagi tu aku just baca important topics yang lecturer tekankan dalam lecture je. Agak-agak lecturer perabihkan masa lame len macam untuk satu topic tu boleh agak la tu topic tu keluar exam. Hehe. 

Kalau nak harapkn carry marks,aku rasa memang rendah sebab aku banyak fail sem 2 ngan sem 3. Sem 1 lulus semua,sem 2 fail semua. Giler sedih! Tapi tak insaf gak. Duk layan runningman,return of superman gak. T_T ada ubat hilangkan malas tak? Nak beli sekilo nak telan bagi rajin seumor hidup.
Malam sebelum MCQ tu,memang dah tahap redha dah. Lecturer ada cakap module untuk sem 4 40%,module lain 20%, so memang aku duk focus kat module urinary ngan reproductive je la. Target yang tu je. Takleh target banyak2 tamak nanti melepas. Hahah. Pastu sekejap sekejap wasep grup family mintak tembakan doa paling padu terutama dari mak ngan kak long aku. Doa ibu kan paling mujarab haha. Kak long aku baru jadi ibu,so kira mujarab jugak la. Hahah.

Time2 macam ni lah,baru rasa menyesal tengok movie time weekdays. Balik lecture tido tak study. Huhu. Tapi ntahlah,badan aku ni memang gravity kuat la ngan katil. Dia macam tertarik giler ngan katil. Mata pon bagi kerjasama tidak berbelah bagi untuk lelap. Ceyy. Akhirnya,tido. Malam baru study. Jadi burung hantu.
Sekian, sembang malam.

No comments:

Post a Comment

hai abang,kakak,adik yang ensem dan gorgeous. komen jangan tak komen ! ^_^