nuffnang ad

Monday, 15 August 2016

Summary 3rd year medical student.

Assalamualaikum.

Hai. So,urmm sekarang ni aku tengah cuti. Finally! A longggggg holiday once in a year. Lepas ni tak tahulah bila plak boleh cuti panjang. Haihh.

So 3rd year ni ada 6 postings kalau betul la apa yang aku ingat lol sebab aku memang jenis pelupa. Surgery,internal medicine,paediatrics,community medicine,obstetric&gynaecology and last but not least orthopaedics.

First posting was surgery.

Aku rasa posting ni 2nd best out of 6. Paling best of course paediatrics but i’ll talk about it later. Posting ni macam agak simple sebab banyak pasal gastrointestinal tract. Senang la sikit. And usually chief complaint dia pain.  So kalau patient tu cakap pain dekat bahagian bawah perut tu,kita pikir la organ apa ada kat situ and what are the possible diseases that they might have. Macam agak direct la nak compare dengan posting lain. 

ni haaa contohnye. patient cuma tunjuk je kat mana sakit kitorang yang kena pikir apa penyakitnye.

Tapi ada jugak case2 yang macam personal. Haha. Like breast cancer,mastitis. Bila nak buat physical examination, kau nak pegang orang punye private part tu memang tebal muke jugak la nak mintak permission. Kalau perempuan pon kena reject, inikan pulak med student yang lelaki kan. Memang kesian. Macam tu la jugak bile kitorang gegirl ni pegi ward laki kes hernia ataupun prostate problem. Memang takde chance la nak tengok. Plus malu. LOL. Takpe. Slowly. Try to adapt. Nanti-nanti ok kot. Kotttt.

Second posting internal medicine.

Posting ni paling banyak nak kena baca. Sebab dia macam merangkumi segala disease and segala system. Not specific to one system only.Daripada kencing manis, asthma, gout, sakit jantung, strok, demam denggi. Everything. Pastu kelas packed giler. Kalau surgery memang posting paling relax,posting IM paling like hell. Yeah. And posting ni jugak la aku fail sampai kena remedial and result sampai sekarang tak tahu. If remedial pon aku fail then terpaksa la repeat year and study dengan adik2.  Serius takleh bayang. Aku dah lah susah nak buat kawan. So macam mana nak survive another 3 years without my friends. Urghhh. Harap2 lepas. 50 pon takpe asalkan lepas. Please pray for me.

Third posting paediatrics.

I super duper love this posting. Except banyak oncall and banyak travel. Since this posting kitorang kena pergi hospital besut hari ahad then balik sini balik hari rabu pastu cycle repat again next week. Dia letih sebab aku drive sendiri tak naik van unisza. Sebabnya kan ada oncall,kena la bawak kete. Unisza takde providekan van pon pegi oncall. Geram betul. Lol. Oncall letak tepi. Posting ni best sebab we deal with super cute little baby oh my goshhh! Bukan la aku happy bebudak ni dapat sakit ke apa,tapi serius budak2 ni sangat sangat kiut. Cumanya first 2 days tu kan diorang still sick so memang moody and nangis2 lah. Tengok kitorang dari jauh pakai white coat pon dah nangis. Tapi lepas dah dapat treatment and quite ok sikit dah boleh start senyum memang takleh duduk diam. Sampaikan ada sekali tu kawan aku kena buka video didi and friends semata mata nak suruh dia diam so that boleh auscultate dia punye lung. Hahah. Overall memang best. Siap boleh dukung2 baby.

Fourth posting community medicine.

Posting kalini beza sikit. Sebabnya kitorang tak pergi ward and clerk patient but instead we all kena buat research. Topic research kitorang pasal Denggi. Makanya berhempas pulaslah buat research. Penat gila buat research. Penat nak gaduh ngan groupmate pon satu hal. Posting kalini memang posting paling banyak aku membebel. Mana yang tak buat kerja or lambat datang meeting memang aku sound on the spot. Tak pon aku balas balik haha. Like if diorang lambat datang meeting 1 jam. Then next meeting,aku pon lambat datang meeting 1 jam. Biar diorang tahu erti penyesalan dan peritnya menunggu cehh gituu. Lepas buat research paper tu kena la distribute questionnaire kat orang kampung. Part ni paling azab aku rasa. Dah lah kena berjalan tengah panas pastu kebanyakannya orang tua tak pandai baca. So aku kena bacakan la. Kau bayangkan. Soalan tu bukan sikit. And aku kena bacakan each and every single question. Pastu kalau makcik/palcik tak paham,kena explain detail lagi. Tapi dah tugas,redhakan sajooo.

Alang-alang dah sebut pasal denggi,aku nak pesan la sikit. Kalau demam panas tu ada ruam-ruam merah tu please la pergi hospital cepat takut2 demam denggi. Tak pon pergi klinik test. Ramai orang ingat alahhh denggi je pon. Please buang that perception. Denggi sangatlah bahaya weh. Jangan dah nazak baru nak datang hospital pastu salahkan doktor tak reti nak rawat. haaa ada orang terasa ke?

oh lupe. posting ni jugak ada melawat pusat kesihatan kat kuala terengganu ni. pastu ade pegi rumah Taman Sinar Harapan juga melawat insan-insan instimewa.



Fifth obstetric &gynaecology.

Yang ni agak best tapi agak mencabar. Sebab ya lah kan orang tengah sakit nak tahan nak beranak contraction pastu kau plak menyibuk nak tanya itu ini kan. Hahah. Tapi biasanya diorang jawab je. Posting ni paling aku terkesan sekali bila first time masuk labour room. First time tengok orang beranak live. Dari awal sampai akhir. Dari akak tu start contraction sampai lah baby keluar sampai jahit mana2 yang terkoyak. First time tengok tu memang sebak la. Nak nak bila tengok si suami yang sangat supportive pegang tangan isteri and repeatly said “you can do it sayang. Push. Lagiiiii. Bolehhhh. Dah Nampak dah rambut baby” Serius rasa terharu and rasa nak nangis. Pastu terpikir ohh macamni mak aku beranak kan aku. Sakitnye. Serius. Tapi yang hebatnya, lepas je baby lahir and menangis,terus dua2 laki bini senyum macam tak pernah sakit pon tadi haha.Tapi kan, ada la sorang dua suami yang aku rasa nak hempuk kepala. Isteri sakit tapi dia buat muke toya tak bagi semangat langsung. Pegang tangan pon tak. Habis tu kau masuk buat apa kalau taknak bagi semangat kat bini haihhhhh geram ni geram. Sampai nurse pon cakap “eh awak ni suami dia kan bagi la semangat sikit isteri tengah sakit nak beranak tu kan” -,-

Last posting orthopaedic

Memang banyak la jumpa orang patah kaki apa semua. So kebanyakannya memang patient yang muda2 la. And handsome2 hahha. Tapi ada je orang2 tua,so aku clerk orang tua. Karang clerk orang mudak terjatuh hati kang suah plak. Ok jk. Posting ni agak tak best la bagi aku. Memang la senang and simple tapi ntah lah. Aku macam blur posting ni. Harap2 lulus lah posting ni. Haritu jawab ntah pape.huhu

hebat prof ni. mengajar kat King's College London and once or twice in a year balik mesia jap mengajar kat uni mesia ni.



Ok. Dah habis tulis aku pon tak tau apa aku tulis. Tak macam summary pon. Hahah. Takpe lah. Boleh lah tu sekadar nak mengupdatekan blog yang bersarang ni. Adios semorang.

wait. please doakan aku semoga lulus remedial exam please. semoga nur azieni binti mohd asari lulus exam. aminn~ nak naik year 4. taknak repeat year. :'(

No comments:

Post a Comment

hai abang,kakak,adik yang ensem dan gorgeous. komen jangan tak komen ! ^_^