nuffnang ad

Thursday, 27 July 2017

Resepi Spagetti Carbonara mudah dan simple!

Assalamualaikum.

So harini nak ajar cara-cara masak spaghetti carbonara. Lol. Aku bukan expert masak pon. This is one of the very few recipes I know of, so aku share kat sini supaya orang lain yang amatur macam aku boleh masak.  Aku dulu masak nasi pon tak reti lol.

Bahan-bahan
resepi spaghetti carbonara, spaghetti, prego,cendawan butang
resepi spaghetti carbonara, spaghetti, prego,cendawan butang, bawang merah
please excuse iron board yang terbakar sebabnye aku malas nak crop gambar haha!


  • bawang besar 1 biji (cincang halus or dadu)
    •   (bawang besar merah ataupon bawang Holland terpulang.Aku guna bawang besar merah)

  •  cendawan butang setengah tin (boleh potong sukehati)
    •  nak letak lebih pon takpe kalo suke giler cendawan
    • nak guna cendawan jenis lain pon boleh. Straw mushroom pon sedap jugak
  •   daging hancur (segenggam)
    • Kalau daging hancur jenama ramly biasa aku gune 1/3)
    • Nak guna ayam pon boleh tapi daging lagi umphh sebab ada texture bila makan tu hahah
  •  Preggo carbonara mushroom (boleh pilih jenama lain tapi aku suka preggo) tin kecik
  • Susu full cream kotak kecik (susu fresh pon boleh tapi full cream lagi creamy la lagi sedap!)
  • Air
  • Minyak (2 sudu besar)
  •  Lada hitam (wajib letak baru umphhh)
  •  Perasa(garam,ajinomoto)


Cara-cara

  • Mula-mula masukkan daging hancur ke dalam kuali. Masukkan sedikit air. Jangan bagi tenggelam daging. Just nak bagi daging masak je.
  •  Lepas daging dah masak,tunggu sampai air kering.(sebab tu letak sikit je air kalo letak banyak kang berenang plak daging dalam air tu) Kemudian asingkan daging ke bahagian tepi kuali.
  • Masukkan minyak  dan tumis bawang sampai kekuningan(bukan hangus ye)
  •  Bila bawang dah kuning, gaul sekali bawang dengan daging.
  •  Kemudian masukkan cendawan. Masak cendawan sampai masak
  • Masukkan preggo 1 tin.
  • Kemudian,perlahankan api sebelum masukkan susu sebab taknak bagi susu berketul. Yang ni terpulang. Nak rasa creamy letak banyak. Kalau nak rasa preggo lebih, kurangkan susu. Biasa aku letak je satu kotak kecik susu tu.
  • Masukkan sedikit air anggaran separuh tin preggo tadi.
  • Kalau rasa nak kuah pekat, korang tunggu la lama sikit sampai kuah pekat. Kalau nak kuah cair, boleh je terus masukkan perasa. Korang nak makan,so korang decide ikut suka anak tekak korang.
  • Masukkan lada hitam,garam dan ajinomoto.
  • Last sekali rasa la kalo tak cukup masin tambah garam,tak cukup pedas tambah lada hitam.

Tips: kalau guna ayam, tumis bawang dulu pastu baru masukkan ayam sebab ayam cepat masak. Step lain sama je.



Nak masak spaggeti plak senang je. Tunggu air menggelegak pastu tambah garam dengan minyak sikit pastu masukkan spaghetti.

resepi spaghetti carbonara, spaghetti, prego,cendawan butang


Dah boleh makan dah!

No comments:

Post a Comment

hai abang,kakak,adik yang ensem dan gorgeous. komen jangan tak komen ! ^_^