nuffnang ad

Monday 12 November 2012

"Segmen:Bloglist Akhir Tahun by Liyana Syafiqah"

kali ni join segmen by Liyana Syafiqah ! :

p/s: kalau siapa2,nak join jugak,click nama blogger tu ea. senang,kan? :)



syarat-syarat:

1.buat entry bertajuk "Segmen:Bloglist Akhir Tahun by Liyana Syafiqah"
2.Letakkan banner di entry anda..
3.Follow blog Liyana Syafiqah..
4.Link kan entry anda di komen...

senang kan? tak payah nak tag2 orang pon. cume follow,letak banner,hantar link,done. tak sampai sepuloh minit pon kannnnn.

Sunday 11 November 2012

" Saya join GA 2012 Nurul Yui "

Assalamualaikum.

ok,kali ni azie nak join GA dari blogger Nurul Yui pulak. :) kalau nak join,boleh click nama blogger tu tadi ya.




Syarat-syarat yang wajib dipatuhi :

1) Buat entry dengan tajuk " Saya join GA 2012 Nurul Yui "
done!
2) Jangan lupa letakkan banner kat atas dan linkkan
dalam entry tersebut
done!
3) Boleh gunakan blog personal atau blog join sana sini
done!
4) Tinggalkan link entry tersebut pada komen entry ini
{ link blog sahaja TIDAK diterima }
done!
5) Lengkapkan ayat ini dalam entry anda
Saya join GA 2012 Nurul Yui kerana ___________
{ perlu lebih dari 10 patah perkataan }

Saya join GA @)!@ Nurul Yui sebab azie ni kan blogger baru,jadi nak tambah lah kenalan yang cinonet tu. nak bagi banyak sket. hehe. untung2 dapat kenalan baru,dapat pulak hadiah . kalau bertuah laa. tak ke untung tu? tak payah bayar pape pon,kan? free of charge,mak jemah oiiii. :)


amacam? mudah je kan syarat2 yang blogger ni buat. heee. makin berkobar-kobar hati nak join. 

eh eh. lupe nak letak hadiahnye. ni haaaaa.

Hadiah- hadiahnya :

1) Topup/bankin melalui CIMB RM 30
2) 5 hadiah saguhati berupa barangan craft
dari Nurul Yui Collection

skang cakap kat azie,ohsem tak ohsem hadiah nya? *cakap tak,azie ketuk kepala gune sudu!*

Saturday 10 November 2012

"Segmen cuti-cuti by erny"

ok. kali ni nak join segmen erny pulak. :) sambil join segmen,boley BW. alang2 tu,tambah followers,ye dak? hihi.



hadiah2 untuk segmen ni menarik sangat2 okayyyy. tergoda sekejap. auwwww.


Hadiah-hadiah yang bakal anda miliki:
1. Dress
2. T-shirt Muslimah & Homemade Chocolate
3. Top-up RM10
4. Skirt & Muslimah Blouse
5. T-shirt Soulmate & 1box mini calender (100 pcs)
6. Rings
7. Sehelai selendang kasih

jadi,kepada siapa2 yang nak join tu boleh lah pergi ke blog erny ni. click nama erny kat atas tadi,k ?

Thursday 8 November 2012

azieni asari VS rokok !

Assalamualaikum.

Hai semua ! Azie nak tanye la kan,siapa tak suka orang hisap rokok? Azie ni memang pantang kalau tengah makan2 kat kedai/warung, tetibe datang sekumpulan laki ataupun pakcik pastu hisap rokok lepastu hembus kuat2 sambil buat asap bulat. hai brader? mintak gaduh ke?

haaaa. ni lah asap bulat yang azie maksudkan tu kalau korang2 nak tau. rase nak lempang je. -,-


Wahai kaum lelaki sekalian *dan juga wanita yang hisap rokok* ,anda semua tahukah, tanpa anda sedar,anda dah jadi penjenayah? eh eh. aku hisap rokok je, cane boleh jadi penjenayah? hello! ya,betul kau hisap rokok je. Tapi masalahnya, orang sekitar kau yang sedut asap rokok lebih banyak daripada kau. Kau sedut sikit,pastu kau hembus. Yang lain2 tu ? anak2 kau, isteri kau,kawan2 kau lah yang sedut. lepas tu dapat penyakit. Puncanya dari siapa? ye,betul . engkau. bijakkkk. :)

**nak tau lebih lanjut pasal kesan rokok,click sini
Ni lah situasi yang azie maksudkan tadi. Tengok. Baby yang tak bersalah pon kena.  Ada faham smoker?



Ok. Disebabkan azie ni memang ANTI PEROKOK *anti perokok,bukan anti rokok.rokok tak bersalah. :)* ,makanya azie telah membuat perjanjian dengan abah azie* ya,abah azie perokok* tahun lepas, sebelum trial SPM.

azie   : abahhhhh~ *dengan nada manja*
abah  : nak ape?
azie   :kalau kaknik(nickname kat umah) dapat 9A masa trial nanti,abah stop hisap rokok,eh?
abah  :9 ? kalau straight la. 
azie   : hah? 9 ? mampuih. (azie sume subjek ade 11 ==") .Tak boleh. 9 jugak!
abah  :ok lah.k lah.

abah azie pon setujulah,tapi malangnya, azie tak dapat 9A. sedih gilossss ok. azie kalah dengan rokok haremmmm tu ! 

TAPI !

azie tetap teruskan niat untuk paksa abah hisap rokok,so i make a deal one more time . kali ni,kalau result azie untuk first sem ni dapat 3.5 and above, abah kena brenti jugak . kau tau aku buat deal ngan bapak aku ni pukul brape? pukul 2 stengah pagi time study bio tau! *ok,nak tunjuk aku rajin study. hahaha. ok,poyo.sebenarnya,sebab esok exam.last min study*

HASILNYA !

Tadi, azie cek emel. Sebab orang sibuk duk pung pang pung pang cakap result dah ada. azie pon dengan nebesnye, login emel and........................ 1 unread email. Zapppppp! rasa macam nak terhenti jantung. Lepas tu,bukak2 and................................................Alhamdulillah.

Azie dapat above 3.5 (tak boley bagitau tepat.hihi) !! Ya Allah. syukur sangat2! Tak sabar gila rasa sekarang ni. Kalau ikutkan hati,nak aje Azie ketuk pintu bilik mak ayah sekarang lalu cakap, "Abah,mane rokok? kaknik nak bakar! kita bakor jeeeee " ehhehehehe

Rokok, aku dah kalahkan kau ! nyah kau dari keluarga Asari ! wacchaaa! *bagi high kick sekali,2 kali*


tengok tu, gambar jenazah lagi. tak takut ke? 


'Topup FREE by Apih'

Assalamualaikum.

Ahah! siapa apih tu? pakwe azie kah? abang kah? adik kah? atau.........atuk? *atuk nak bagi topup uolss. kelassss gituu.* .hehe. jawapannya BUKAN. apih ni salah sorang blogger yang baru aku kenal 2,3 minit tadi. :) apih ada buat satu GA and aku decide nak join lepas terbaca adiah yang ohsem itu! adiahnye sangat menggoda dahku pada petang yang hening ni.* ayat bm derrr.*

Ok lah,daripada aku melalut lagi panjangggggggggg, aku nak tepek banner si apih ni dulu. karang tak menang pulak. ;)

hangpa semua nampak tak smiley tu? aku pon tengah senyum cantu skang. :D

~sila nyatakan jenis prabayar yg anda guna..digi ke,maxis ke,celcom ke..atau lain2
azie guna celcom !

~nyatakan kenapa anda nk sgt topup nih?? 
:: result sem 1 esok. jadi sebagai classmates dan housemates yang baik,mestilah saya nak tanya dan berkongsi result ngan diorang2 tu sume. makanya! kerja2 *kerja ke?* ini memerlukan apa ? topup! ya,betul. topup. :D
:: sebab lain, sesungguhnya lah ye, baki kredit ye super duper zero! RM 0.00 ! sangat papa kedana azie pada waktu ini. dah lah kucing takde. *eh,takde ketan. eh eh?*  sedih kan dahku,incik apih? sob sob sob.

Wednesday 7 November 2012

My first doodle ! :D

Assalamualaikum.

alahai. Laparnya. Eh,korang ada makanan tak? post kat azie,boleh? boleh? *kenyit2 mata sambil buat muka mintak penampar* Cop! Cococolla ! Tajuk lain,intro lain? kau dah mengarut ni,azie ! eh,ape aku kesah? blog aku,suke ati aku r. debushhhh,kena tumbuk. sekian.

Ok,sebenarnya tadi time blogwalking,ade terjumpa satu doodle ni. ya Allah,cantiknya! Terus rasa jeles ngan blogger tu sebab dapat buat doodle kiut miut cenggitu. sobs. sobs. *sretttt.lap hingus* .Makanya! azie pon godek2 blog tu,and then,terjumpa tutorial yang blogger tu buat! Fullamak! Ade chance ni nak buat doodle sendiri and tunjuk talent. Ecehhhh. berangan tinggi . hehe. 

Lepas tu, cepat2 azie save tutorial and kurungkan diri dalam bilik sekangkang kera ni. gigih nak buat doodle uolss. :) And so, jeng jeng jeng. Here is the result ~

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
V

haaaa. acane? cantik kah? hudoh kah? kalau cantik,azie bagi lolipop yang azie tgh makan ni. hihi.

Tuesday 6 November 2012

Segmen Tambah Followers Laju Laju by IekaFarhana

Assalamualaikum.


2 followers. *ye,azie tau ciput ya amat.sebab tu join segmen ni. T_T



Friday 2 November 2012

Wahai cuti~


Assalamualaikum.

Perghh. tajuk macam tajuk lagu je. hikhok. -

Sape tengah cuti skang ni,angkat hidung cepat! *sape yang buat btul2,bagus :D*
best ke cuti? Well,dulu aku rasa best. Ye lah, cuti beb! Bapak best! Bangun pagi waktu TENGAHARI. Pulak tu payah gi kelas. Lagiiiiiii heaven! Lagi-lagi budak palam macam aku ni. Perghhh. Best oiii. Tak payah susah2 nak daki tangga yang konon2 nak lawan tangge batu caves tu haa. 


   haaa. ni ha,tangga tu. :p

Tapi kan, skang ni aku rase boring tahap dewa tau. Dewa pon tak boring tahap aku ni. =="

Kau tengok ni kronologi *betul ke bende ni namenye?lantak,ade aku kesah?* hidup aku time cuti.

bangun--->makan--->basuh pinggan( ye,tugas aku kat rumah ni basuh pinggan.ape,ingat aku biawak hidup ke kat umah ni?)---> golek2 depan tv--->tido--->online( makanan ruji aku :D) --->makan malam---> online lagi! ---> tido. 


habaq mai kat aku. bosan ke tak bosan? tiap2 hari aku duk ulang rutin ni. bapak bosan beb. so sape2 yang ade kerja kosong tu,bagi la kat aku. kan best,kalau kite tidur pon dapat duit. keluar taik mate setitik,toingg jatuh seringgit dari langit. haaaaa. kan best? kan? kan? 

eh,kalau orang lain cuti. diorang buat ape ek? aku nakkkkkkkkk sangat tau. ade ke sespesies ngan aku? 

Friday 28 September 2012

Newbie.

assalamualaikum. :)



okay. ini kali pertama aku buat blog. kot? hihi. nanti-nanti la aku ubah template ke apa kan. newbie la katekan,mane la reti lagi nk buat benda alah ni sume. tunggu aku balik cuti sem nanti,aku buat makeover sket ea. *makeover la sangat -,-*