nuffnang ad

Sunday, 30 December 2012

Jadual baru. Yeay !

Assalamualaikum.

Students asasi kat UiTM Palam ni memang selalu tukar jadual. Sebab kami ni,students asasi sebenarnya menumpang je kat kampus ni. Bangunan asasi pon tak siap lagi. sobs sobs. That's why jadual belajar kitorang bergantung kepada budak degree and diploma.

Kalau budak degree and diploma cuti, paling lambat students asasi akan balik pukul 6:20 petang. Tapi kalau budak degree and diploma ada, kitorang terpaksa la balik lewat. Pak imam siap2 nak azan maghrib,kitorang baru sibuk nak siap2 kemas buku nak balik kolej kediaman. Kadang2 ada kelas malam sampai pukul 10:30 malam tau. Nama pon menumpang kan. *ayat touching*

Tapi, alhamdulillah dah ada jadual baru. yeay! Jadual dulu giler kejam. Hari isnin and khamis, start kelas pukul 8:30 pagi tapi abis pukul 6:20 , 7:20. Hari jumaat pulak, kelas pagi pukul 8:30-10:30 pagi sekali pastu sambung plak pukul 5:30-7:30. Mesti ada yang pikir, "Hek eleh azie ni. ok la tu 2 kelas je ari jumaat. Nak kecoh plak" azie bukannya apa, malas la nak daki tangga maut tu. Penat gilosss turun nek tangga tu.


Yang kotak purple tu library kat PSB tingkat 5. Bangunan tingi2 warna oren tu lah kolej kodiaman pelajar asasi perempuan. Kau tengok. Larat ke nak ulang alik pergi kelas tiap2 ari kalau tangga tinggi cenggitu. -,- Tangga tu ada anak tangga 200++. Orang kata 284,tapi tak pulak azie rajin nak kira satu2. Hoi, tengah letih lepas abis kelas,ingat rajin ke nak kira?

Eh cop, ni entry nak cite pasal jadual kan. Asal banyak cite pasal tangga maut/batu caves/kejayaan tu? back to topic, ni jadual azie yang dulu :


Ni pulak jadual yang baru. :D *sengih lebar2 macam buat iklan gigi darlie*


Isnin dah balik awal and hari khamis ada banyak gap. yeay! :D Hari jumaat pon lecture math dah anjak ke depan,pukul 10:30-12:30 .

Saturday, 29 December 2012

Improvement?

Assalamualaikum.

bosan tak tahu nak cite pasal apa,so this entry is just a short one. :)

azie ni memang suka buat doodle. bile tengok doodle-doodle kat blog2 orang (mostly blog gegirl) , tetiba rasa teringin nak buat sendiri. sebab tu la, gigih godek2 pakcik google sebab nak cari tutorial buat doodle. tapi kebanyakan tutorial yang azie jumpa,azie tak berapa nak paham,sebab tak pandai guna photoshop, so hasil doodle pertama yang azie dapat...

doodle ni azie ada letak kat entry My first doodle ! :D  rasa nak gelak guling2 atas lantai sambil tekan perut, pastu nyorok bawah katil. serius rasa kelakar giler doodle ni. hihi. tangan apa cenggitu tu? tudung pulak, bulatttt je. maklum,saya budak baru belajar,kalau salah,tolong lempang  ajarkan. eh,macam lain la plak bunyinya. dah lupa dah peribahasa ni. huhu.

dan ni, doodle terbaru azie..

ok la sikit kan. tangan takde la kelakar macam yang first tu. -,-

eh eh eh. tudung dah tak bulat dah. yeay! 

 p/s: siapa2 yang tahu kat mana nak belajar buat doodle atau ada tutorial,sila lah bagitau azie ye~ *wink wink*

Wednesday, 26 December 2012

Abang bank buat magic !

Assalamualaikum.

Pagi tadi azie pergi BSN sebab kad ATM rosak. Since last week lagi nak withdraw duit tak boleh. Terpaksa azie makan meggi tau kat palam aritu sebab kad ATM buat hal. Duit dalam purse ada 3 ringgit je tau tak. So, sebelum balik ke palam ni, azie pon pergi la BSN tu nak buat kad baru. Karang ada jugak masuk berita "pelajar UiTM Palam ditemui kebulur dalam bilik disebabkan tak ada duit untuk beli makanan". -,-

Jadi,untuk mengelakkan perkara2 sedemikian*ayat skema*,azie pon pergi lah BSN.Skang kan musim banjir,jadi dengan senang hatinya, pikir, mesti nanti sikit je orang. Tak yah nak tunggu lama2. Sekali,lepas ambik no giliran, hamik kau.Takde maknanya sikit. Semua kerusi penuh! Pastu berderet yang berdiri tau. -,-


Nampak tak? No. sekarang 119. Lambat ya amat la nak tunggu sampai giliran azie.Balik rumah pon sempat lagi guling2 depan tv ni. Sorang2 pulak alahai lamanya buat urusan. Tapi takpe,azie tetap sabar. Tunggu jugak sebab nak buat kad baru .Rela tunggu lama2. 

Lepas sejam stengah tunggu, akhirnya, tibalah *skema lagi sekali* giliran azie. Azie pon cepat2 pergi kaunter 3, pastu bercakap ngan abang kat kaunter tu.

azie              : kad rosak la. Tak boleh nak withdraw.
abang bank : dah tiup-tiup? 
azie              : hah? tiup? tiup apa?
abang bank : tiup mesin atm tu la. kot2 jadi.
azie              : ohh. tak. *dia melawak rupanya. men tiup2 pulak.ingat azie ni bomoh?*
abang bank : tak try gosok?
azie              : hah? gosok apa? *ah sudah. ni ilmu bomoh mana pulak ni kena gosok pulak*
abang bank : gosok kad atm tu la.Macam ni* dia pon gosok dengan pemadam kat tempat cip tu*
azie              : ohh. Tak pernah buat. Lap ngan kain je. 
abang bank : nah,pergi try withdraw,kalau tak jadi, mari sekali lagi kat abang ambik borang.

Azie pon,cepat-cepat la pergi withdraw and.............. jeng jeng jeng! Dah boleh keluar duit! Happy giler wa cakap lu bila duit tu keluar dari mesin. Macam tak pernah jumpa duit pulak dah. hehe. Wahh. Abang bank pandai betul buat magic. Tenyeh je kad ngan pemadam (orang ganung panggil roba) , terus kad boleh guna balik. Tak rosak dah. Hebak hebak. 

Kesimpulannya, azie tunggu lebih sejam stengah kat BSN tu semata-mata untuk tunggu abang bank buat magic dengan gosok kad dengan pemadam...... -,- kalau daku tau,daku gosok sendiri kat umah. sob sob sob.


Tuesday, 25 December 2012

Menang Le Lanun Ranggi Contest !

Assalamualaikum.

Patut lah arini rasa gatal je tangan. ingatkan gatal sebab kena ulat gatal bulu,rupa-rupa nya,gatal sebab nak dapat hadiah! hihi. Alhamdulillah,azie menang contest hencik lanun yang azie join aritu. klik sini kalau nak tengok contest apa.

Tak sangka sebenarnya dapat menang.Alkisahnya,dah 2,3 hari tak dapat bukak blog sebab lupa nak bawak balik broadband,jadi tadi bila abah azie balik,terus cepat2 ambik broadband abah and cucuk kat laptop sebab nak tengok pemenang contest hencik lanun tu. ye lah, nak tengok dialog siapa yang menang. hasilnyaaaaaa~

ni print screen kat blog hencik lanun
dan in shaa Allah azie akan dapat hadiah-hadiah ni :

kalau hadiah tak sampai kat umah, meh kita pakat2 serang hencik lanun dengan bantuan Flying Duchman! :D



Thursday, 20 December 2012

Happy Belated Birthday Syu !!

Assalamualaikum.

Okayh. Entry ini memang khas untuk housemate azie ,iaitu *ayat skema nak mampuih* Nurul Syuhada binti Sulaiman ! Birthday syu dah lama sebenarnya. 16/12/2012 hari tu tapi disebabkan azie buat-buat  busy, arini baru sempat nak wish kat blog ni.

Entry hari yang paling letih tu ,azie ada mention pergi Giant kan? sebenarnya nak pergi beli hadiah untuk birthday girl ni la. hihi. Disebabkan nak beli hadiah, sanggup tau redah hujan,pastu kena kepit pintu bas otometik. tsk. tsk. T_T  Syu,sila hargai hadiah kitorang tu. Sila gantung di tempat yang tertinggi dalam wardrobe anda,ye.

Oh,lupe nak bagitau, azie and housemate kongsi duit beli baju and shawl untuk sparta syu ni. Nak beli baju tu punye la pening. Ye la, 5 orang kan, taste tak sama. masing2 cakap baju pilihan diorang tu cantik. Azie cakap yang tu cantik, housemate lain cakap tak cantik. Housemate cakap baju tu cantik,azie pulak tak berkenan. Dah tu acano? Asyik keluar masuk kedai la jawabnya~ Akhirnya, hanim pilih satu baju biru and we all *omputih u'olss* pon decide nak beli baju tu. Dah penat keluar masuk kedai.

eh eh. lupe sekali lagi. Dasar nyanyuk azie ni. Sepatutnye tepek gambar birthday girl dulu baru lah nak membebel,ye dak? Nah ini dia, azie mempersembahkan..........SYU !

birthday girl! 

azie and housemate. yang atas sekali tu birthday girl. cantik pulak susunan. :D
syu ni blogger jugak tau, tapi lagi otai daripada azie la. azie baru setahun jagung dalam dunia blog ni. sila terjah blog syu ni sekarang ! :)

last but not least, doodle untuk syu! walaupun tak cantik,terima jugak!




Tuesday, 11 December 2012

Hari yang paling letih.

Assalamualaikum.

Haihh. Penat. Siyes. Arini sangat penat. Rasa badan ni semua dah longlai. Rasa nak ponteng kelas je esok, tapi tak boley! :'(

Pagi ni, azie main bola jaring. heh. pelik,kan? azie ni memang jenis tak berapa nak in ngan sukan ni. Bola jaring memang azie tak pernah main pon. Tapi, bila classmate ajak, rasa nak join. Bukannye nak main sangat pon,just want to have fun with my classmates. :) Tapi , sangat malu la kan, tak reti nak shoot bola! hahaha. Dah lah court tu dekat ya amat ngan kolej kediaman lelaki, jadi suara kena kepit. Taknak bagi bising sangat.  Lagipun, kitorang main pukul 6:30 pagi ,tau! nanti kang, main bising2, ada pulak yang jerit 'hoi! aku nak tido la weh.'.

Lepas habis main bola jaring tu, pegi kolam ikan kat belakang fsk 1,5 tu. Macam tasik. Cantik sangat! Sebab belakang tu masih hutan, jadi memang nampak hijau jeee. azie kan suka hijau ,jadi paham2 je la ye. hihi.Ouh, kat kolam ni memang banyak ikan keli, so kitorang memang dah beli 3 bungkus nasi putih,nak bagi makan ikan. Best sangat bila nampak ikan berebut2 nak makan nasi tu. 

Dah habis main bola jaring, jalan2 kat kolam ikan, azie and yana,my classmate a.k.a housemate pon balik umah. Azie pon siap2  sebab lepas tu nak keluar pergi Klang Sentral and Giant. Yana tak ikut. Penat sangat kot. Nak keluar pon satu hal. Time kitorang nak keluar je, mesti ada yang tak kena. Orang ramai giler la. Bas takde la. Hujan la. Macam2 hal. Konspirasi ke apa ni taknak bagi azie and housemate naik bas tu? -,- Bila dah selamat naik tu, tak dapat duduk pula. Peluang untuk duduk tu memang tipis senipis kulit bawang kau tau. Berdiri la kau dalam bas rapid tu lama2 sambil badan terhuyung hayang macam orang mabuk lepas minum air ketum bergelen gelen.

Dah elok2 berdiri tepi pintu tu kan, tetiba je pintu tu terbuka! ah sudah, pakcik driver ni. Nak buka tu,bagi tau dulu,boley tak? azie terkepit tau tak kat pintu tu. kawan2 duk tarik azie, tapi masalahnya,kaki tersepit. Sakit. Sikit. :(

Bab terkepit kaki dah lepas.Ok. Ingat kan boley la naik bas tu dengan aman. Tapi pakcik bas ni. Haihhh. Pakcik, pakcik dah sumbat makhluk bernama manusia dalam bas tu sampai mampat macam tin sardin tau, so boleh tak pandu slow2 ? Naik bas rapid tu dah macam naik roller coaster,tau. So,sape2 yang tak pernah merasa roller coaster sila pergi ke uitm puncak alam. anda hanya perlu membayar seriyal  seringgit sahaja. Sangat murah kan? mak jenab mesti suka naik roller coaster murah,ni.Pak husin pon,kan?*merepek*

ayuh penduduk kampung pisang! jom naik roller coaster~~

Dah sampai kat Klang Sentral tu , jumpe la plak ulat2 tiket yang perangai memang kurang ajar ya amat. 

ulat tiket: Dik,nak kemana dik?
azie : Hah? Tak. Kawan yang nak beli,bukan saya. *sambil tunjuk kat housemate*
ulat tiket: Nak balik mana? Kulim?
azie : Teman kawan je. Taknak beli tiket pon.*time ni dah geram.pastu boley pulak mamat keding tu ikutttt je azie*
ulat tiket: Saya tanye je,nak balik mane?
azie : Takkkk. Saya teman kawan je. *dey tambi, berapa kali nak cakap?*
ulat tiket : Kan senang,cakap je. Orang cina pon boley jawab! *kau dah kenapa babit orang Cina?*
azie: !@#$%^&!@#$ *aku dah jawab la tadi,vangang. -,-*

Lepas dah habis beli tiket, terus jalan pergi Giant. Giant ni dekat je. Tapi kalau nak pergi Tesco,kena lintas highway. Tak sanggup den nak lintas highway. Insurans nyawa tak beli lagi ni. Kang mati katak aku kat situ.
Sampai kat Giant,kat pintu masuk tu je iman azie dah tergugat! bukan sebab ada orang ensem ke apa, tapi nampak mat bangla jual DURIAN! durian uolss. Bau menusuk kalbu weh. Sedap giler bau.  Nak beli,duit tak ada. 4 pek,rm10. Siyes bau dia sedap. Kempunan la nak makan. Time balik tu,tak pandang langsung durian tu. Takut tergoda. >.<

Dah habis beli barang semua, Kitorang pon balik. Time around 2 pm. Pastu baru teringat, pukul 4 ada briefing untuk sukarelawan porgram sukan UiTM. O emm jiiii. :O Sampai umah pukul 3, badan pulak letih giler. Pukul 4 ada meeting tu. Rasa nak tercabut badan. Dah lah pagi tu main bola jaring. 

Untuk sukarelawan tu, azie and linda(housemate) and anith(jiran sbelah rumah) take part bahagian bola keranjang. Sebab tu je yang nak sukarelawan 3 orang. Azie sebenarnya,nak yang Dota. Sambil2 jaga,boley la jugak tengok Dota tu game ape? bunuh2 ke? tumbuk2 ke? best sangat ke sampai lelaki suke giler game tu. 

Kesimpulan kepada esei yang agak panjang ni, hari ini sangat letih ! dah lah letih, badan terkepit kat pintu bas, kena sound lagi. benci ulat tiket! benci benci benci.


Monday, 10 December 2012

Le Lanun Ranggi Contest

Assalamualaikum.

jom join segmen. First time azie join segmen macam ni. Sebelum ni banyak join yang nak tingkatkan followers je. Kali ni tingkatkan kreativiti plak. walopon tahu fail,tapi,tetap nak join!


nak join? boleh boleh boleh. klik sini.


okayh. epic fail tapi at least azie try. >.< kalau nak bace dialog2 yang lagi lawak dan gempak dan menarik kau memang daboom! silelah terjah blog hencik lanun tu ye. :)

[Tutorial] Selesaikan masalah font PS

Assalamualaikum.

ok,tajuk agak.....errrr. azie pon tak tau nak letak tajuk ape. kalau ada cadangan,gitau ye.
sebenarnya, start dari 3 ari lepas,photoshop buat hal. Ntah kenapa tetiba tulisan mak aihhh besar gedabak! walaupon buat saiz 6 pt je, tapi dah macam 60 pt besarnya. Siyes besar wa cakap lu.

Pastu godek2 pakcik google dapat la penyelesaiannya. Senang je. Senang sangat2. Kalau sibuk,boleh mintak tolong adik umur 4 taun yang hingus meleleh tu buatkan. :)

Cara-cara nya:

1) Quit Photoshop.
2) Lepas tu bukak balik PS tu.
3) Then cepat2 tanpa buang masa, terus tekan alt + ctrl + shift serentak. Tekan sampai keluar kotak 'change your settings' . something like that la. 
4)Tekan ok dan taraaaaa! font kembali normal. 

lepas ni,dah boleh gune PS dengan riang gumbira~ hihi

Segmen : Pencarian Blogger Baru

esok cuti,so ingat nak buat sesi BW skit. hihi. jom join segmen akak niera yang kiut ni ! ;)


 jumlah follower sekarang: 144

syarat2 senang je:
1) ada follower tak lebih dari 1000
2) follow blog kak niera dan perwadah
3) letak banner
4) nyatakan jumlah follower sekarang
5 ) link kan ke blog kak niera

top refferal dapat adiah misteri uolss!

senang kan? just like 1 2 3 and done!

cop cop. tarikh last, 31/12/2012 :)

Thursday, 6 December 2012

Tolong bagi cadangan, boleh?

Assalamualaikum.

Nampak tak tajuk? tolong,boleh? sem 2 ni untuk BEL,kitorang kena buat term paper. Ala2 research tu. Masalahnya, azie tak tahu nak buat tajuk apa. :(

Tadi ada discuss, pastu cadang nak buat pasal food. grup azie ada 3 orang, dalam list masing2 ada food. hahhaahah. Nampak sangat memang suka makan. Terbukti. Time discuss untuk term paper tu,sempat lagi bincang nak makan apa lepas kelas. heee~

Malangnya, kumpulan lain dah pilih makanan. 2 group pula tu, jadi takkan la kitorang nak buat benda yang sama juga,kan? then,kitorang tukar nak buat marriage and narrowed topic dia, young marriage. Malang sekali lagi, Madam Turis cakap that topic is too common. Ah sudah! acano ni??

stress!


Madam Turis cakap, untuk pilih tajuk, kita kena tanya soalan2 macam:

is it academic?
boleh buat bahan akademik tak? means bukan benda yang main2 la.

too common?
Adakah benda tu terlalu biasa? Tak payah baca research yang kita buat tu pun,orang ramai dah tahu dah secara jelas tentang perkara yang kita bincangkan tu. -,-

too current?
Benda tu baru lagi ke? Baru rumour2 je,tak konpem lagi, jadi resources agak terhad and belum tentu boleh dipercayai, jadi nak buat reserach pun susah.

haa, susah kan? tak tau nak pilih tajuk apa dah. TOLONG!! tolong,tolong,tolong bagi cadangan.
besar pahala tolong orang dalam kesusahan ni. :) hihi

Tuesday, 4 December 2012

"Segment by NZ: I Tanya U Jawab"


The questions:
  1. Your nickname: azie/zieni/nini/jinny
  2. Do you wish you had another name? If yes, what is it? : nope. mak ayah dah bagi nama yang cukup cantik. :)
  3. Your girl best friend: ramai. at least i think so. >.<
  4. Your guy best friend: no one,i guess.
  5. Your favourite food:tomyam! *mu housemates tau. kan kan kan? ^_~*
  6. Your favourite drink: telan je mana2 air yang azie rasa sedap :D
  7. The one thing you always bring everywhere you go: handphone
  8. Your current favourite song: t-ara cry cry
  9. Your favourite singer: super junior
  10. Your birthday: 19 february 94
  11. The last person you texted or texted you: my beloved father. :)
  12. What does the text say? abah nak pergi jamuan.
  13. Someone you wish to see right now: my bestfriend. :')
  14. Someone you want to apologize to: the same bestfriend :'(
  15. Someone you miss: the same bestfriend again.
  16. What time did you wake up this morning? 6:30 am
  17. How great your life is in 2012 so far? so far so good,because now is just only first week of 2nd sem.
  18. Do you have a pet? If yes what is it and what is the weirdest thing it has ever done? nope.
  19. Where would you have your honeymoon? aiseh. suami pon belum ada. abah tak carikan lagi. hahahah
  20. Do you regret anything from your past? yes. my pmr and spm result. :(
  21. If you could have one superpower, what would it be? invisible.
  22. What is your status? (Single/Taken/Married/Divorced?What?): single mingle. :)
  23. Are you in love? If yes, have you told the person how you feel? can i say it's secret? hihi
  24. The thing you hate the most: any sauce.
  25. The type of people you hate the most:picky.
  26. The last gift a person gave you: tudung. my mum sew it for me. :)
  27. What is your favourite color? of course green. it's obvious. super duper obvious.
  28. Would you take your ex back? no.
  29. Something you can't live without: food
  30. Do you like this segment? yes! at leat release my tension! :D
ni segmen nadrahzulkifly. sape2 nak join, klik sini. :)

Wednesday, 28 November 2012

Harimau Malaya kembali mengaum !

Assalamualaikum.


azie rasa itu berkemungkinan jadi tajuk akhbar untuk esok, sebab malam tadi, Malaysia telah membenamkan Laos dengan 4-1 ! tajuk tempoh hari Harimau Malaya Menguap,kan? tapi malam ni,harimau dah kembali mengaum dan harap2 ngauman ini tak berhenti setakat ni je. Tolong. Tolong jangan kecewakan rakyat Malaysia.

keputusan

Penjaring gol :

Malaysia : 1) Safiq Rahim (15')
                2) Safee Sali (66')
                3) Wan Zack Haikal (75')
                4) Khyril Muhaimeen (79')

Laos: 1) Khonesavanh (39')



Walaupun pada separuh masa pertama tu,azie rasa geram giler sebab Malaysia macam nampak lembik je,tak mampu nak dapat lebih daripada 1 gol,tapi nasib baik separuh masa kedua tu, Malaysia mampu sumbatkan gol demi gol. Maybe diorang dah sedar,cara permainan diorang tu buatkan peminat rasa geram ya amat, hamik kau, terus sumbat 3 gol time separuh masa kedua. ;) 


kedudukan Malaysia

Harap2 Malaysia akan dapat tingkatkan gaya permainan tu pada hari Sabtu ni untuk lawan Indon. Sedih lah. Azie tak boleh nak tengok perlawanan pnting tu sebab pukul 10:30 malam tu, dah nak balik ke UiTM P.Alam. :'( Kan best,kalau dalam bas tu, boleh tengok perlawanan tu. hurmm.

Buat siapa2 yang nak mengikuti perkembangan Piala Suzuki ni, boleh pegi kat Wikipedia ni.



p/s: kalau si nazmi ada, azie rasa malaysia mampu sumbat lagi banyak gol. Walaupun muda,berbakat.

Sunday, 25 November 2012

Cara study TIP TOP .

Assalamualaikum.

haaaa. Nampak tak tajuk tu? nampak? Alhamdulillah,anda belum rabun. Ok, petang tadi tah kenapa tetibe rajin nak blajar walaupun sem 2 start 3/12 nanti. Baru belek 3,4 m/s , tapi kira rajinlah tu kan? kan? azie ni bukan budak genius macam sesetengah orang tu. Mai kelas,tido. time tutor pon tido. Tapi bile dapat result, perghh. Kalah result orang yang bersengkang mata tak tido. T_T Punye la geliga otak dye. Jeles. Sangat-sangat.

Ok,back to topic. Cara study TIP TOP. tip top bagi siapa? bagi azie. Mungkin bagi orang lain, tak berapa nak bagus ataupun tak sesuai ngan cara diorang. Tapi,lain orang lain caranya,kan? So,here we go!

1) Study bila ada mood

azie memang tak akan study kalau tak ade mood. Sebab kalau takde mood,sume benda jadi tak kena. Kucing pon,kalau takde mood,diorang taknak makan,kan? *tetibe kucing terbabit* Study bila betul2 ada mood. Kalau azie,mood untuk study tu ade time malam. Dalam pukul 10 lebey tu mood datang dengan lenggang lenggoknya. Time tu lah,azie study. Time len,kebanyakannya,azie tido. Sampai housemate gelar azie 'sleeping beuty'. -,- Jadi,time mood untuk study tu ade,sila lah study dengan tekunnya,wahai kawan2 ku. :)

p/s: azie biasanya akan main game atau online sampai lah puas. Pastu,baru lah hati ni rase bersalah sebab tak sentuh buku. 
       Then,time tu mood nak study tu tetibe datang. hihi. so dad, u should let me play games. :)

lepas puas online or main games, baru study. that's soooooo azieni anak asari. :)
2)Pastikan perut tak lapar

Dah kenapa perut pon terbabit ni azie oiii ? nak belajar guna otak,bukan perut. hoi cik kak,cik abang.
Memang la belajar pakai otak,tapi kalau perut tu dah lapar,dah bunyi kriuk kriuk tu berselang seli dengan
dangdut, otak pon terganggu same. Tambah2 pulak, asyik duk terendap2 tengok dapur. Pastu pikir, 'makanan apa ek ade atas meja tu? kalu meggi plus telur rebus kan sodappp.' Jadi, sebelum belajar tu, sila pastikan perut korang tu penuhhhhh dengan makanan. Ataupun beli makanan ,pastu letak tepi.Sambil stusy,sambil makan.Tapi jangan lah beli makanan ringan. Beli lah kacang ke,roti ke.Gula2 pon boleh. Makanan ringan tu kurangkan,tak baik untuk kesihatan. :)

tapi jangan jadi macam minah salleh ni ye. kita nak study,bukan nak buat pesta makan. 
3)Nota berwarna-warni


Lepastu,nota yang anda *skema gilosss ayat* buat tu, biar la warna-warni. Barulah hati pon rasa riang je nak tengok nota tu. Sikit2,nak tengok nota. Kan bagus tu? sejuk hati mak korang tengok anak dia rajin baca nota. Tapi AWAS, jangan terlalu berwarna-warni.  Sebab nanti,mata tu berpinar tau dak? nak2 kalau guna highlight yang warna florescent tu. Silap haribulan, juling mata kes tengok nota tu. takmo takmo takmo. Kalau azie,ringkas je. Guna kertas warna-warni TAPI pen hitam dan biru je. 


beli kertas warna lembut camni.jangan warna2 terang. sakit mata tau nanti nak baca. 

Ok lah. Setakat tu je la kot yang azie boleh kongsi harini. Harap2 berguna lah ye. I have to study harder for sem 2. Please pray for me. And for Gaza too. :')


Saturday, 24 November 2012

Follower yang ke-100 !

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, skang follower dah capai 100 orang. Ye,tahu. Memang sikit. kau orang jangan la nak bandingkan follower azie ngan follower fatin liyana,hanis zalikha,yuyu zulaikha tu. Diorang tu dah konpem2 blogger hebattttt . -,-

Lagipon,azie baru start berblogging. First post 28/9/2012. Tajuk newbie tu. Dari yang sikit2 ni lah jadi banyak,ye dak? :)

Follower azie yang ke-100 ni ialah Niena Sofea.

haaa. tu dia niena sofea. azie da bulatkan warna ijau. knape ijau? suke ati. :p

Alang2 tu,meh lah nak bagi review sikit. hiks3


haaa. Tu header cik blogger. Dah nampak kan ke'pink'an header tu? and azie rase semua dah boleh agak the theme for her whole blog warna apa,kan? anak mak kiah,mak eton,mak zainab ni kan sume pandai2. :)

Blogger ni dah kira famous sbenarnya,tak macam azie. Akak niena ni pernah ada follower 1k lebey tapi disebabkan ada masalah sikit,follower dia jadi 400 lebey je skang. Sedey betul. Ye lah. Penat2 kumpul follower,tetibe hilang macam tu je. Tapi takpe kak niena. Pasni kumpul balik,ok? ^^!

hah! lagi satu. sape2 yang memang sukeeeeeee join Giveaway, memang WAJIB terjah blog kak niena sebab masuk je blog kak niena, engkorang akan nampak besarrrrrrr punye segmen GA. banyak gilosssss ok. sila join! :)




Thursday, 22 November 2012

"GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Entry Kegemaran"

Assalamualaikum.

hai,annyeong,hello,salam sejahtera. apa lagi? 
ok,pada waktu petang yang hening dan damai  hari ini *mesti cg bm azie bangga ni,ayat bm A+++ punye* ,azie nak join satu lagi segmen GA oleh blogger buasirotak . hoi. jangan lah tanye azie kenapa nama blog tu lain macam,tu bukan blog azie pon. otak dia ade buasir kot,nak buat macam mana kan? 

ok,sebelum buasir blogger tu berjangkit kat otak azie yang bersih berkilat ni,azie nak tepek banner ni dulu.


dah habis tepek banner,nak letak entry kegemaran azie pulak,okayh~

entry kegemaran: 
http://buasirotak.blogspot.com/2012/04/lelaki-dan-wanita-sangat-berbeza.html

sebab:
sebab pertama opkos la sebab entry ni best! :D lepas bace entry ni,memang betul,tepat lagi jitu apa yang encik buasirotak tu cakap especially part apa yang wanita mahu daripada lelaki. Memang betul pon,semua makhluk atas bumi yang bernama wanita, termasuklah mak jemah, mak limah, mak nyah,pondan  dan segala mak2 lagi,semua nak bf diorang Bersifat romantik, sentiasa mengambil berat dan caring even pada benda2 yg kecil dan remeh. Azie ambik satu point je,tapi sbenarnya semua 12 point tu. wanita kan tamak bin haloba. *asal azie cakap macam azie ni lelaki, aiyoyo amma appa dey tambi,nak capati! *


p/s: encik buasirotak yang ensem, sila bagi pend 16 G kat saya,kalau nak idup. :) *kidding! :p*

Wednesday, 21 November 2012

1ST MEGA-GIVEAWAY BY GIRL ON THE SLOPE

Assalamualaikum.

aiyoyo. bosan sungguh harini. dah makan,siap sendawa *burrppp* , rase nak tido plak. (calon menantu paling ngetopp) Sebelum tido,jenguk blog jap,pastu tetibe tergerak hati nak join satu GA ni. hihi. Kali ni nak join segmen belognanabyte pulak.




nak join jugak? jom tengok syarat2 yang tuan blogger ni tetapkan. senang je,dun wori bebeh! :)


1) FOLLOW DAN LIKE FANPAGE GIRL ON THE SLOPE 

 2) BUAT ENTRY BERTAJUK: 1ST MEGA-GIVEAWAY BY GIRL ON THE SLOPE

 3) SILA LETAK BANNER DI ATAS DI DALAM ENTRY ANDA 

4) TAGGING RAKAN JIKA ANDA MAHU. DIGALAKKAN TAG (maklumkan pada rakan tag)

 5) LETAK LINK ENTRY DAN FB ANDA DI RUANGAN KOMEN DIBAWAH (untuk semakan) 

6) PEMENANG AKAN DIPILIH SECARA RAWAK. 

7) PEMENANG AKAN DIHUBUNGI MELALUI BLOG PEMENANG ATAU INBOX FB PEMENANG 

8) JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI SAYA DI INBOX FANPAGE GIRL ON THE SLOPE.


haaa, korang sume dah tengok syarat2nya. gampang,kan teman2? :) skang,tengok hadiahnye plak.



ok,skang azie nak tag beberapa blogger :


  1. cikumi armena
  2. issam
  3. haruro-hana
harap2, dapat la hadiah to4 tu ya. kah3. amiinn~

Thursday, 15 November 2012

Jalan-jalan ke Pasar Payang


Assalamualaikum.

Alahai tajukkkk. Taktau nak letak tajuk ape sbenarnya.Eheh. Takde la jalan2 sangat pon sbenarnya sebab just teman mak pergi Pasar Payang je pon. Azie ni jenis yang tak suke keluar umah. Kawan ngan katak je kat umah tu,duduk sekali bawah tempurung. *ok,aku melalut* .Tapi taktau lah angin bayu laut ke bayu darat yang masuk dalam badan azie aritu,tetibe rase nak join mak and adik pergi Pasar Payang. Mak nak pergi  beli bunga 7 jenis tu sebab ada customer nak buat package bakal pengantin. *mak azie ade buka spa kecil2 kat umah. J*

Hari tu ,kitorang pergi naik bot penambang sebab sekarang musim cuti,jadi ramai la pelancong mai nananana…teganu kiteee~ memang sesak r,nak parking pon susah,so solutionnya,naik bot. Azie walopon duduk kat teganu ni 18 taun,tapi ni baru second time naik bot.huhu. sadis betul. Tambang bot ni murah gilosss tau. Mak+azie+adik umo 10 taun = RM 2.50 je. Murah tak murah?  

bot nelayan,bot,nelayan,pantai,sungai
eh eh eh. azie tak naik bot ni okay.mau karam nanti bot ni kalau ramai2 naik. ni  bot nelayan.


bot ,amoi cantik,
haa. azie naik bot yang wane kuning tu lah.sori amoi. u jadi model tambahan i.nanti wa kasi angpau sama lu,ok?


kedai makan,pasar payang,jeti
pemandangan dari bot 


Turun je dari bot,terus nampak Pasar Payang. Takyah sibuk2 nak cari parking.silap parking,nanti dapat pulak surat cinta dari abang polis ensem.haritu pon,ramai kot abang2 n pakcik2 polis ronda2 sambil tunggu orang yang buat salah. Nak bagi surat cinta lettew~

Kat Pasar Payang tu,ramai gilosss orang. Kebanyakannye,bukan orang teganu la. Pelancong luar. Dalam sesak2 nak keluar dari Pasar Payang tu,tetibe ternampak kuih fevret azie. Kuih bepang. Kuih tradisional teganu.Haaaa. Kenal tak kuih bepang? Rasa dia sedap! Tapi agak manis untuk orang yang tak suke manis. Ni haaaa :-

bepang, kuih tradisional melayu
maafkan patik.jari patik terselit disitu. tumpang glamer,katanye.

 Lepas pergi Pasar Payang beli bunga tu,kitorang pergi kedai kain pulak. Name ape ntah kedai tu. Kedai Maideen kalau tak silap. Pegi nak beli kain belacu, tapi tetibe bile ternampak kain hitam,azie terus mintak kat mak beli kain hitam tu nak buat jubah. Hihi. Nak pergi kelas . senang,kalau bangun lambat,tak payah nak gosok2 bagai kan? Sarung je .*niat tak baik,mohon jangan amal*


Azie memang sengaja beli plain hitam sebab cadangnya nak buat jubah simple je. Kat depan jubah,nak letak lace wane hijau. Tengok lah macam mane nanti . lepas mak azie siap jahit,azie upload~

ok,tu jelah cerita untuk harini. k,bye~

Tuesday, 13 November 2012

Wordless Wednesday

ok. harini takde nak cakap banyak. asyik azie je cakap,meh kite suruh gambar plak bercakap. :)



dari kiri : mak,abah,and budak paling cantik  poyo.



peace ! azie pakse abah buat peace,tapi dye taknak buat. takut hilang ke'macho'an beliau,mungkin?




dari kiri : azie,tok yang kusayang ! <3
yang ni pon azie pakse tok azie buat peace. hengkau tengok tangan tok azie. tengah buat peace beb. mael lambong pon sorok muka tengok peace unik tok azie~


aucakkk ! ni gambar sape ntah suh tepek sekali. azie kesian, makanya,azie tolong tepek. btw, manusia ni tak pakai spek pon,saje menggedik pakai spek ayahnya. ;)



yang ni,takde keja. saja menggatal nak post gambar cincin kahwin azie mak. azie pakai time raya haji aritu,tapi tak pulang2 kan lagi. hehe


amacam? bijak tak ? gambar boleh bercakap kauuuuu~

Monday, 12 November 2012

"Segmen:Bloglist Akhir Tahun by Liyana Syafiqah"

kali ni join segmen by Liyana Syafiqah ! :

p/s: kalau siapa2,nak join jugak,click nama blogger tu ea. senang,kan? :)



syarat-syarat:

1.buat entry bertajuk "Segmen:Bloglist Akhir Tahun by Liyana Syafiqah"
2.Letakkan banner di entry anda..
3.Follow blog Liyana Syafiqah..
4.Link kan entry anda di komen...

senang kan? tak payah nak tag2 orang pon. cume follow,letak banner,hantar link,done. tak sampai sepuloh minit pon kannnnn.

Sunday, 11 November 2012

" Saya join GA 2012 Nurul Yui "

Assalamualaikum.

ok,kali ni azie nak join GA dari blogger Nurul Yui pulak. :) kalau nak join,boleh click nama blogger tu tadi ya.




Syarat-syarat yang wajib dipatuhi :

1) Buat entry dengan tajuk " Saya join GA 2012 Nurul Yui "
done!
2) Jangan lupa letakkan banner kat atas dan linkkan
dalam entry tersebut
done!
3) Boleh gunakan blog personal atau blog join sana sini
done!
4) Tinggalkan link entry tersebut pada komen entry ini
{ link blog sahaja TIDAK diterima }
done!
5) Lengkapkan ayat ini dalam entry anda
Saya join GA 2012 Nurul Yui kerana ___________
{ perlu lebih dari 10 patah perkataan }

Saya join GA @)!@ Nurul Yui sebab azie ni kan blogger baru,jadi nak tambah lah kenalan yang cinonet tu. nak bagi banyak sket. hehe. untung2 dapat kenalan baru,dapat pulak hadiah . kalau bertuah laa. tak ke untung tu? tak payah bayar pape pon,kan? free of charge,mak jemah oiiii. :)


amacam? mudah je kan syarat2 yang blogger ni buat. heee. makin berkobar-kobar hati nak join. 

eh eh. lupe nak letak hadiahnye. ni haaaaa.

Hadiah- hadiahnya :

1) Topup/bankin melalui CIMB RM 30
2) 5 hadiah saguhati berupa barangan craft
dari Nurul Yui Collection

skang cakap kat azie,ohsem tak ohsem hadiah nya? *cakap tak,azie ketuk kepala gune sudu!*

Saturday, 10 November 2012

"Segmen cuti-cuti by erny"

ok. kali ni nak join segmen erny pulak. :) sambil join segmen,boley BW. alang2 tu,tambah followers,ye dak? hihi.



hadiah2 untuk segmen ni menarik sangat2 okayyyy. tergoda sekejap. auwwww.


Hadiah-hadiah yang bakal anda miliki:
1. Dress
2. T-shirt Muslimah & Homemade Chocolate
3. Top-up RM10
4. Skirt & Muslimah Blouse
5. T-shirt Soulmate & 1box mini calender (100 pcs)
6. Rings
7. Sehelai selendang kasih

jadi,kepada siapa2 yang nak join tu boleh lah pergi ke blog erny ni. click nama erny kat atas tadi,k ?

Thursday, 8 November 2012

azieni asari VS rokok !

Assalamualaikum.

Hai semua ! Azie nak tanye la kan,siapa tak suka orang hisap rokok? Azie ni memang pantang kalau tengah makan2 kat kedai/warung, tetibe datang sekumpulan laki ataupun pakcik pastu hisap rokok lepastu hembus kuat2 sambil buat asap bulat. hai brader? mintak gaduh ke?

haaaa. ni lah asap bulat yang azie maksudkan tu kalau korang2 nak tau. rase nak lempang je. -,-


Wahai kaum lelaki sekalian *dan juga wanita yang hisap rokok* ,anda semua tahukah, tanpa anda sedar,anda dah jadi penjenayah? eh eh. aku hisap rokok je, cane boleh jadi penjenayah? hello! ya,betul kau hisap rokok je. Tapi masalahnya, orang sekitar kau yang sedut asap rokok lebih banyak daripada kau. Kau sedut sikit,pastu kau hembus. Yang lain2 tu ? anak2 kau, isteri kau,kawan2 kau lah yang sedut. lepas tu dapat penyakit. Puncanya dari siapa? ye,betul . engkau. bijakkkk. :)

**nak tau lebih lanjut pasal kesan rokok,click sini
Ni lah situasi yang azie maksudkan tadi. Tengok. Baby yang tak bersalah pon kena.  Ada faham smoker?



Ok. Disebabkan azie ni memang ANTI PEROKOK *anti perokok,bukan anti rokok.rokok tak bersalah. :)* ,makanya azie telah membuat perjanjian dengan abah azie* ya,abah azie perokok* tahun lepas, sebelum trial SPM.

azie   : abahhhhh~ *dengan nada manja*
abah  : nak ape?
azie   :kalau kaknik(nickname kat umah) dapat 9A masa trial nanti,abah stop hisap rokok,eh?
abah  :9 ? kalau straight la. 
azie   : hah? 9 ? mampuih. (azie sume subjek ade 11 ==") .Tak boleh. 9 jugak!
abah  :ok lah.k lah.

abah azie pon setujulah,tapi malangnya, azie tak dapat 9A. sedih gilossss ok. azie kalah dengan rokok haremmmm tu ! 

TAPI !

azie tetap teruskan niat untuk paksa abah hisap rokok,so i make a deal one more time . kali ni,kalau result azie untuk first sem ni dapat 3.5 and above, abah kena brenti jugak . kau tau aku buat deal ngan bapak aku ni pukul brape? pukul 2 stengah pagi time study bio tau! *ok,nak tunjuk aku rajin study. hahaha. ok,poyo.sebenarnya,sebab esok exam.last min study*

HASILNYA !

Tadi, azie cek emel. Sebab orang sibuk duk pung pang pung pang cakap result dah ada. azie pon dengan nebesnye, login emel and........................ 1 unread email. Zapppppp! rasa macam nak terhenti jantung. Lepas tu,bukak2 and................................................Alhamdulillah.

Azie dapat above 3.5 (tak boley bagitau tepat.hihi) !! Ya Allah. syukur sangat2! Tak sabar gila rasa sekarang ni. Kalau ikutkan hati,nak aje Azie ketuk pintu bilik mak ayah sekarang lalu cakap, "Abah,mane rokok? kaknik nak bakar! kita bakor jeeeee " ehhehehehe

Rokok, aku dah kalahkan kau ! nyah kau dari keluarga Asari ! wacchaaa! *bagi high kick sekali,2 kali*


tengok tu, gambar jenazah lagi. tak takut ke? 


'Topup FREE by Apih'

Assalamualaikum.

Ahah! siapa apih tu? pakwe azie kah? abang kah? adik kah? atau.........atuk? *atuk nak bagi topup uolss. kelassss gituu.* .hehe. jawapannya BUKAN. apih ni salah sorang blogger yang baru aku kenal 2,3 minit tadi. :) apih ada buat satu GA and aku decide nak join lepas terbaca adiah yang ohsem itu! adiahnye sangat menggoda dahku pada petang yang hening ni.* ayat bm derrr.*

Ok lah,daripada aku melalut lagi panjangggggggggg, aku nak tepek banner si apih ni dulu. karang tak menang pulak. ;)

hangpa semua nampak tak smiley tu? aku pon tengah senyum cantu skang. :D

~sila nyatakan jenis prabayar yg anda guna..digi ke,maxis ke,celcom ke..atau lain2
azie guna celcom !

~nyatakan kenapa anda nk sgt topup nih?? 
:: result sem 1 esok. jadi sebagai classmates dan housemates yang baik,mestilah saya nak tanya dan berkongsi result ngan diorang2 tu sume. makanya! kerja2 *kerja ke?* ini memerlukan apa ? topup! ya,betul. topup. :D
:: sebab lain, sesungguhnya lah ye, baki kredit ye super duper zero! RM 0.00 ! sangat papa kedana azie pada waktu ini. dah lah kucing takde. *eh,takde ketan. eh eh?*  sedih kan dahku,incik apih? sob sob sob.