nuffnang ad

Saturday, 18 January 2014

Medical student katenye...

Assalamualaikum.

Hari tu azie buka emel pastu ada adik yang tanye pasal life as medic student ni best ke tak??

Best?

Tak best?

Depends on definisi best korang. Bagi hakak kau yang suke makan ni,definisi best tu ialah kalau tempat tu, makanan dia best,hakak kau ni cakap best. Since makanan kat uni ni tak best,so jawapan akak ialah tak best! Haha

Ok. Tukar mode serius. *kerut kening tanda serius*

Sebenarnya, tak semua best,tak semua tak best pasal medic ni. Bestnya, kita dapat belajar pasal badan kita. It is really fascinating to know how our body react to injury. Pastu tau macam mana cell-cell dalam badan kita ni mati. Mati secara semulajadi ok,bukan cell-cell ni pegi bunuh diri terjun bangunan pastu mati.

Yang tak bestnya plak selaluuuuuuu je dipandang slack oleh student kos lain. Diorang anggap budak medic ni anak emas. Padahal kitorang nak pergi kampus g.badak pon sentiasa ada masalah pasal  transport. Tang mana nye jadi anak emas? 

Jadi student medic ni atau apa-apa kos kritikal yang lain,adik-adik(gaya macam aku dah senior sangat je. Puihhh. Haha) , kena ada keazaman yang tinggi. Kena make sure yang pilihan ni adik buat sendiri. Bukan mak ayah yang paksa. Kes azie dulu, azie tak tahu nak jadi apa,jadi ikut je mak ayah suruh jadi doctor. Memang azie minat math tapi azie tak reti nak ajar-ajar orang kalau nak jadi cikgu math pon,so ikut je la cadangan mak ayah jadi doctor.

Cakap pasal belajar,susah tu memang susah. Belajar kat sini satu minggu macam azie belajar satu sem kat asasi palam tu. Dulu, nak study last minit lek-lek je dapat A. Tapi skang study last minit kau tempah maut r. Ni cakap ikut pengalaman sendiri. Eom satu aritu,disebabkan azie masuk 2 minggu lewat daripada orang lain,azie tak sempat habis study,jadi result cukup-cukup makan je. Tapi untuk eom 2 ni, pon tak cukup masa nak study, azie tak habis study dalam 4,5 lecture note. Nampak tak betapa tempah maut tahap class bisnes??

my medic books.baru sem 1. tebal kalah novel ahadiat akashah -,-

Jadi senang cakap, belajar medic ni susah. Sangat susah. Dan fail itu sangat normal. Sangat normal. Akak senior azie pon cakap camtu. Jadi jangan give up. Go on je. EOM 1 aritu pon 21 yang gagal out of 60. EOM 2 ni plak 40 gagal. harap2 EOM 3 ni ok. EOS pon harap2 ok. In syaa Allah.

Oh ya, lulus bermaksud 51 and above ok. kalu markah 45-49 untuk EOS nanti kena viva. means students yang fail tapi ada potensi nak lulus. BUT sebelum lulus tu kena mengadap lecture and jawab soklan on the spot, lisan selama 20 min merangkumi apa yang belajar untuk satu sem. gila tak? so harap azie tak kena viva. >.<


Apa apa pon, it’s all depends on niat. Nawaitu adik-adik. Kalau adik rasa nak jadi doctor sebab kaya,forget it. Zaman skang dah tak macam dulu. Gaji doctor lebih kurang pensyarah, engineer je. Kalau nak kaya,jadi business man. Doktor bukan caranya. J