nuffnang ad

Wednesday, 8 November 2017

REVIEW MEMBELI BARANG DI LAZADA



Assalamualaikum.

Harini tetiba tergerak hati nak update blog so here we go!

Aku ni sebenarnye agak sceptical la jugak nak beli barang dekat lazada. Sebab pernah terbaca review orang cakap barang lazada tak berkualiti, barang pon lembap sampai la. Tapi aritu survey earphone kat lazada pastu tengok review cam eh ok je? Lagi banyak review yang bagus daripada tak bagus. But depends on seller jugak la.

So tips nak beli barang online (tak semestinye lazada je, hermo,nile,althea pon boleh pakai tips ni)

1)Baca review!

 Tengok total review berapa. Survey lah barang yang ada review beratus ratus ataupun beribu riban. Jangan lah pergi survey barang yang takde review. Nanti macamane nak tau barang tu elok ke tak,seller tu trusted or not? Sebab ni bukan kedai offline yang kite boleh check barang tu ok ke tak. Ni online, so benda yang kite boleh harapkan is reviews from other people yang dah beli barang tu! Ada paham?



So this is the review of earphone yang aku beli. See. Total reviews 1505 and rating in average orang bagi 4.5 out 5 star. It’s really good right? So beli! Rating teruk then cari barang lain! Hahah
           
2) Baca description!

Ni penting so that korang tau barang apa that u are going to receive. Ye lah kan. Seller ni memang letak gambar comel nau nau tapi kadang kadang it’s just for illustration purpose. Letak 2,3 barang tapi lepas beli dapat 1 barang je. So untuk mengelakkan perkara mengundang api kemarahan dan kekecewaan berlaku,makanya baca la description. Jangan malas sangat. Kesian cikgu darjah 1 ajar kite baca susah2. Kesian cikgu tadika ajar kite abcde. Kan?

            
3) Tengok ade warranty ke idokkkk
            
Ni penting bagi aku especially kalo korang nak beli barang barang mahal la. Kalo rosak,senang boleh refund or claim balik kan. So nanti takde la menyesal beli jam 3 ratus pastu pakai sehari rosak pastu tengok tengok takde warranty. So ke tong sampah la jam ituuuu.

ada setahun warranty. good good

Earphone ni aku beli bulan 6 haritu so still ada balance 7 bulan lagi for warranty. So far so good la earphone JBL ni but still takleh lawan earphone asus la. Bagi aku earphone asus is the best! Tapi setakat gune ni memang takde rosak ke apa earphone JBL ni.

3)Expired date!

Ni in case korang nak beli barang makeup or skincare or makanan dekat lazada. Sila tengok betul2 expired date bile sebab ada seller jual murah sebab nak habiskan stok yang dah nak expired. Be careful guys~

Itu jelah 3 tips yang Nampak simple tapi orang lupe pastu mengamuk dapat barang rosak la lambat sampai la. lol

Aku dah banyak kali la jugak beli barang kat lazada and semua barang sampai tak lebih dari 5 hari. And semua tak exceed due date yang lazada bagi. Kadang-kadang barang expect sampai 10-15 October tapi 8 haribulan dah sampai. Terrrrrawal plak lazada ni. Hahah

These are the things that aku pernah beli dekat lazada and all are still in good condition.







Dengar kata lazadanak buat sale kaw kaw punye sempena online revolution 11/11/2017. so apa lagi pergi la survey barang awal2 pastu masukkan dalam wishlist! Nanti hari sale senang bukak balik wishlist pastu kalo berkenan terus add to cart! Jangan menyesal plak kalo barang sold out~ cepat la weh pergi lazada karang nyesal!


Thursday, 27 July 2017

Resepi Spagetti Carbonara mudah dan simple!

Assalamualaikum.

So harini nak ajar cara-cara masak spaghetti carbonara. Lol. Aku bukan expert masak pon. This is one of the very few recipes I know of, so aku share kat sini supaya orang lain yang amatur macam aku boleh masak.  Aku dulu masak nasi pon tak reti lol.

Bahan-bahan
resepi spaghetti carbonara, spaghetti, prego,cendawan butang
resepi spaghetti carbonara, spaghetti, prego,cendawan butang, bawang merah
please excuse iron board yang terbakar sebabnye aku malas nak crop gambar haha!


  • bawang besar 1 biji (cincang halus or dadu)
    •   (bawang besar merah ataupon bawang Holland terpulang.Aku guna bawang besar merah)

  •  cendawan butang setengah tin (boleh potong sukehati)
    •  nak letak lebih pon takpe kalo suke giler cendawan
    • nak guna cendawan jenis lain pon boleh. Straw mushroom pon sedap jugak
  •   daging hancur (segenggam)
    • Kalau daging hancur jenama ramly biasa aku gune 1/3)
    • Nak guna ayam pon boleh tapi daging lagi umphh sebab ada texture bila makan tu hahah
  •  Preggo carbonara mushroom (boleh pilih jenama lain tapi aku suka preggo) tin kecik
  • Susu full cream kotak kecik (susu fresh pon boleh tapi full cream lagi creamy la lagi sedap!)
  • Air
  • Minyak (2 sudu besar)
  •  Lada hitam (wajib letak baru umphhh)
  •  Perasa(garam,ajinomoto)


Cara-cara

  • Mula-mula masukkan daging hancur ke dalam kuali. Masukkan sedikit air. Jangan bagi tenggelam daging. Just nak bagi daging masak je.
  •  Lepas daging dah masak,tunggu sampai air kering.(sebab tu letak sikit je air kalo letak banyak kang berenang plak daging dalam air tu) Kemudian asingkan daging ke bahagian tepi kuali.
  • Masukkan minyak  dan tumis bawang sampai kekuningan(bukan hangus ye)
  •  Bila bawang dah kuning, gaul sekali bawang dengan daging.
  •  Kemudian masukkan cendawan. Masak cendawan sampai masak
  • Masukkan preggo 1 tin.
  • Kemudian,perlahankan api sebelum masukkan susu sebab taknak bagi susu berketul. Yang ni terpulang. Nak rasa creamy letak banyak. Kalau nak rasa preggo lebih, kurangkan susu. Biasa aku letak je satu kotak kecik susu tu.
  • Masukkan sedikit air anggaran separuh tin preggo tadi.
  • Kalau rasa nak kuah pekat, korang tunggu la lama sikit sampai kuah pekat. Kalau nak kuah cair, boleh je terus masukkan perasa. Korang nak makan,so korang decide ikut suka anak tekak korang.
  • Masukkan lada hitam,garam dan ajinomoto.
  • Last sekali rasa la kalo tak cukup masin tambah garam,tak cukup pedas tambah lada hitam.

Tips: kalau guna ayam, tumis bawang dulu pastu baru masukkan ayam sebab ayam cepat masak. Step lain sama je.



Nak masak spaggeti plak senang je. Tunggu air menggelegak pastu tambah garam dengan minyak sikit pastu masukkan spaghetti.

resepi spaghetti carbonara, spaghetti, prego,cendawan butang


Dah boleh makan dah!